29 Sep 2015

Akhirnya Khir Toyo Dipenjara 12 Bulan...

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo didapati bersalah tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lalu.

Panel lima hakim yang bersidang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin memutuskan demikian terhadap Mohamad Khir selepas menolak rayuan motigasi hukuman Mohamad Khir yang memohon supaya dia diberi hukuman denda atau perintah khidmat masyakat atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lalu.



Korum berkenaan turut dianggotai Tan Sri Ahmad Maarop; Tan Sri Hasan Lah; Tan Sri Jeffery Tan Kok Hwa; dan Datuk Ramly Ali.

Dalam keputusannya hakim berkata, hukuman berbentuk perintah khidmat masyarakat tidak bersesuaian untuk kesalahan jenayah rasuah dan sebagai penjawat awam.

Mahkamah itu turut mengarahkan Mohamad Khir dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan tertakluk kepada cas bank.

Suasana galeri awam mahkamah yang padat dipenuhi penyokong dan ahli keluarga Mohamad Khir agak suram selepas mendengar keputusan berkenaan.

Mohamad Khir, 50, merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei 2013 yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zahrah Kechik, 48, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.

Mahkamah Rayuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 menasabitkan Mohamad Khir bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.

Mohamad Khir dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Shamsuddin Hayroni yang merupakan pengarahnya.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.


Mohamad Khir didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. -SH


Khir Toyo dihukum penjara setahun, harta disita

Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula hari ini kerana menyalahgunakan pengaruhnya ketika mentadbir negeri itu untuk membeli sebidang tanah dan banglo pada 2007.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang menyampaikan keputusan itu juga mengekalkan keputusan mahkamah lebih rendah melucutkan hak terhadap hartanah berenaan.

Hakim berkata, khidmat masyarakat seperti dicadangkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak sesuai dalam kes ini.

“Hukuman seumpama itu akan menjejaskan keyakinan rakyat kepada kerajaan,” katanya. Zulkefli berkata Dr Khir sebagai penjawat awam menyalahgunakan kedudukannya untuk mengambil hartanah tanpa pertimbangan secukupnya.

Dr Khir boleh memohon mendapatkan pengampunan daripada Sultan Selangor.

Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Dr Khir selepas panel hakim mengekalkan sabitan yang dibuat mahkamah rendah.

Hakim Tan Sri Jeffrey Tan Kok Hwa yang menyampaikan keputusan sebulat suara panel 5 hakim berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu.

“Semua perkara dalam pertuduhan sudah dibuktikan, termasuk sama ada beliau penjawat awam atau tidak,” katanya ketika menyampaikan keputusan.

Dr Khir tenang ketika penghakiman hukuman dibacakan dalam mahkamah yang penuh sesak dengan ahli keluarga, penyokong dan media.

Beliau akan menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Dr Khir sebelum ini diikat jamin RM750,000 sehingga rayuannya selesai.

Shafee ketika ditemui wartawan berkata Dr Khir mungkin kehilangan pencennya sebagai bekas menteri besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.

Undang-undang menyatakan mana-mana wakil rakyat atau bekas wakil rakyat yang didenda RM2,000, atau dipenjarakan minimum 12 bulan akan hilang ganjaran mereka.

Shafee berkata pengampunan adalah satu pilihan tetapi pihak pembelaan sedang melihat kemungkinan lain yang masih belum boleh didedahkan.

Difahamkan pilihan lain ialah memohon semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan berasaskan kepada ketidakadilan kepada tertuduh.

“Kami terkejut dengan sabitan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan kerana kami mengharapkan beliau dibebaskan. Kami juga berharap hukuman lebih ringan selepas mahkamah ini pada minggu lalu mengekalkan sabitan,” katanya.

Shafee berkata, beliau diarahkan anak guamnya untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap akhbar The Sun kerana menyiarkan 2 artikel bertujuan mempengaruhi hakim.

Dalam penghakiman hari ini, Zulkefli berkata rasuah dalam apa juga cara dan bentuk tidak boleh diterima dan denda saja tidak akan memberikan pengajaran.

“Begitu juga khidmat masyarakat. Dalam apa juga keadaan, khidmat masyarakat hanya pilihan dalam kes membabitkan pesalah muda dan tidak terpakai kepada perayu (Dr Khir),” katanya.

Hakim berkata, penjara adalah hukuman yang tepat dan sesuai walaupun pihak pendakwa tidak merayu untuk hukuman lebih berat.
-TMI


ULASAN GB

GB sudah menjangkakan bahawa Khir Toyo tak mungkin terlepas dengan hukum penjara 12 bulan itu kerana GB lihat hukuman yang dikenakan pada waktu itu begitu ringan... berbanding dengan hukuman penjara 16 bulan bagi seorang yang mencuri untuk membeli nasi.


Dan GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Tak apalah Khir. Tuan pun dah lama "sapu" bersih wang rakyat semasa menjadi MB. Mungkin di dalam penjara tuan boleg "berriadah" memperbanyakkan ibadah menyuci diri dan kemudiannya siapa tahu diterima semula ke dalam masyarakat macam Mokhtar Hashim yang pernah jadi seorang Menteri kabinet kemudian, dihukum gantung sampai mati, kemudian mendapat keampunan dari Yang Di Pertuan Agong dengan cuma dipenjara seumur hidup. Kemudian setelah menjalani 10 tahun dalam penjara, beliau mendapat keampunan daripada Agong untuk dibebaskan.

Gigil tak bila GB kata kena masuk penjara jugak? (24/08/2011)

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pusa 2016 balik la

Tanpa Nama berkata...

Bersabarlah datuk.
Mungkin ada hikmah besar yg kita tidak tahu.
Insyaallah tuhan tunjukkan jln yg lurus selepas ini.

Tanpa Nama berkata...

Atas dunia tak setimpal hukuman sebab ia ada pangkat kamu tunggulah diakhirat nanti sorrry duit rakyat kamu sapu siapa yg hendak menghalalkanya.kamu akan dibersihkan dgn api kaw kaw umno bn peminpin penuh gelumang dgn rasuah dan fitnah.

Tanpa Nama berkata...

anwar kena fitnah kena bertahun2 penjara

zalim tu

Tanpa Nama berkata...



HAD-Had-ATURAN...Di Panggil HUDUD
HUDUD-Universal...Integrity Yg SATU
Makna yg MUDAH...Di Keliru Di KUSUT
HUDUD yg Luas...Di Jumud & BUNTU


HAD-Had-BATAS...Aturan ALLAH
"SYSTEM"-Universe...HUDUD-Azali
Seluruh PLANET...Meng Orbit PASRAH
Di Dalam "SYSTEM"...Hudud ILAHI


HUDUD...ATURAN.."SYSTEM"-ILAHI
"SYSTEM" Men TADBIR...Langit & BUMI
'Fakeh' yg TOLOL..."Prasan" BISTARI?
HUDUD Di Tafsir...Meng Gelapkan HATI


HUDUD Di Tasfsir...Gelap Me NIPU
ESOS Balak...Projek di SAPU
Ber Gelap Songlap...FITNAH Merapu
HUDUD Apakah?...Yg se HAPRAK itu??


HUDUD...Aturan..."SYSTEM"-ILAHI
"SYSTEM" Yg TERANG...Di Langit & BUMI
Dato' & Tan'SRI...Pe Nyamun Pen CURI
Di Dalam "SYSTEM-NYA"..Tak Dapat LARI





Tanpa Nama berkata...



HAD-Had-ATURAN...Di Panggil HUDUD
HUDUD-Universal...Integrity Yg SATU
Makna yg MUDAH...Di Keliru Di KUSUT
HUDUD yg Luas...Di Jumud & BUNTU


HAD-Had-BATAS...Aturan ALLAH
"SYSTEM"-Universe...HUDUD-Azali
Seluruh PLANET...Meng Orbit PASRAH
Di Dalam "SYSTEM"...Hudud ILAHI


HUDUD...ATURAN.."SYSTEM"-ILAHI
"SYSTEM" Men TADBIR...Langit & BUMI
'Fakeh' yg TOLOL..."Prasan" BISTARI?
HUDUD Di Tafsir...Meng Gelapkan HATI


HUDUD Di Tasfsir...Gelap Me NIPU
ESOS Balak...Projek di SAPU
Ber Gelap Songlap...FITNAH Merapu
HUDUD Apakah?...Yg se HAPRAK itu??


HUDUD...Aturan..."SYSTEM"-ILAHI
"SYSTEM" Yg TERANG...Di Langit & BUMI
Dato' & Tan'SRI...Pe Nyamun Pen CURI
Di Dalam "SYSTEM-NYA"..Tak Dapat LARI





Tanpa Nama berkata...

Selamat datang ke penjara kajang. Ke dunia penuh misteri. Tentu dapat ramai kawan2. Mereka pun telah menunggu dengan macam2 buah tangan. Awas gigi kau tu. Ada buah tangan yang agak keras sikit.

Nanti jangan lupa menyapu tiap2 pagi dan petang. Penyapu paling besar ada kat ketua dorm. Elok2 minta dengan dia. Dia masih hangin tu. Tak pasal2 kena 16 bulan kerana mencuri nasi. Kerana lapar tak makan. Kau pula curi sebuah mahligai oii.

Wahai anak toyo. Aku masih ingat betul. Ya sampai hari aku tidak pernah lupa muka bos daerah ulu selangor yang tembam dan malu2 menerima hadiah penyapu dari tangan kau sendiri. Tuduh orang pengotor. Rupa2nya kau yang pengotor dan menghina2 kaum melayu.

Allah maha adil. Aku pun puas hati. Semoga bayangan suram saudaraku yang mendapat hadiah penyapu sedekad lalu berlalu pergi dari ingatanku. Tertunai juga doa dan sumpahku pada hari itu. Bahawa pemimpin ini suatu hari nanti pasti mendapat balasan tuhan.

Malaysiabaru berkata...

org umno suka mencuri

inikah amalan yg disukai pas

nik abduh tantawi hj hadi

berbaik dgn prnyamun

Penuntut Keadilan berkata...

Dulu masih saya ingat Kg Berembang diroboh dgn bulldozer, RAKYAT menagih simpati daripada pemimpin ini, anakbini kehilangan tempat berteduh, konon utk menjadikan Selangor setinggan sifar. Baru sedikit ujian dari Allah dah gelebah, tak taulah di Masyar macamana

Unknown berkata...

Bila mcm lahir pulak kesihan... tp itu...wak khir org yang baik agaknya...cuma terbabas sikit je.. sabar ya wak...wak ni bila dah di puncak pemerintahannya boleh pakai botox... mcm tak caya je.. kulit berseri2..

Tanpa Nama berkata...

Stiap mnusia ada mlakukan ksilapan kcuali kkasih2 Allah spt rasullullah saw,sbg ujian yg MNA btul2 beriman..ujian2 ITU pula yg mmpu di pikul oleh stiap hmbanya..Allah ITU adil & bijaksana stiap APA yg di tentukn olehnya..

Tanpa Nama berkata...



Dari 24 bulan penjara kena 12 bulan.

Semasa rayuan, guna alasan banyak berjasa semasa menjadi MB dan menjadikan Selangor Maju. Hakim pertimbangkan dan bagi lah penjara 12 bulan. Adil ke ?

Buat permohonan pengampunan dari Sultan. Minta dibebaskan kalau boleh, kalau tak boleh kurang kan lagi. Alasan yang Khir bagi sama dengan alasan rayuan di mahkamah. Adil ke ?

Sebagai seorang penjawat awam dan berpendidik tinggi yang berurusan dalam hal-hal begini, tidak sepatutnya di kurangkan. Harta yang di sita bukan hak dia maka tidak perlu di ambilkira sebagai ganti rugi kerana dia telah memalukan dan menderhaka kepada Sultan atas sumpah janji nya menerima amanah sebagai MB Selangor.

Tanpa Nama berkata...



Sekurang-kurang nya biarkan dia merasa berhari raya puasa tahun depan. Mungkin dia insaf bila bertakbir raya dalam penjara.

Adakah Khir Toyo memakai baju merah semasa hadir di mahkamah ?

Tanpa Nama berkata...



'Saya cuma hendak beli sebuah rumah di Selangor sahaja. Bukan nya di Hollywood dan New York.' - Rayuan Khir Toyo untuk mendapatkan pengampunan Sultan.

'Sebagai MB, Khir Toyo layak memiliki rumah tersebut. Tak kan cina sahaja yang boleh kaya. Bila melayu kaya, bangsa sendiri yang dengki' - Macai UMNO.

'Perlukan saksi. Kita rujuk kes RM 2.6 billion. Ini yang di tuntut Islam. Kalau ada saksi kita cabut semua gigi dia ganti memotong tangan' - Penduduk Marang.

Abdul Said berkata...

Dalam UMNO ramai yang mencuri. Mamat ni kena kerana ia salah masuk geng atau pun melawan tokey atau tokey punya orang. Macam Almarhum Datuk Harun Idris. Dia dikatakan boleh menggugatkan dinasti NUH. Maka Almarhum perlu disingkirkan dengan apa cara juga. Itulah UMNO yang sejarahnya tak kurang hebat dari sejarah PKI ataupun MPAJA!!!

Tanpa Nama berkata...



Untuk memberi keinsafan yang sebenar-benar nya insaf, pihak penjara berikan lah sel bersebelahan dengan banduan yang mencuri untuk beli nasi!