5 Mei 2015

[VIDEO] Luahan Sayu Nur Firuza: Tangkap Orang Yang Langgar Ayah...


Tangkap orang yang langgar ayah saya", luah Nur Firuza Amira kepada Zahid

KUALA LUMPUR: "Tangkap orang yang langgar ayah saya," kata adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Permintaan itu disampaikan adik Nur Firuza Amira ketika Zahid menziarahi keluarga keluarga Fairuz Nizam Husain, mangsa nahas kemalangan melibatkan dua buah MyVI dan sebuah Pajero awal pagi Sabtu lepas.

Nur Firuza Amira, 7 dan adiknya Nur Firuza Aqila,4, menjadi yatim piatu selepas ibu bapa dan adik mereka terlibat dalam kemalangan tersebut.

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke), awal pagi Sabtu itu mengorbankan Fairuz Nizam,35 bersama isterinya Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka yang berusia 7 bulan, Nur Firuza Annisa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua buah Perodua Myvi sebelum terbalik.

Mangsa, Fairuz Nizam Husain yang memandu Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari, dan bayinya, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berdasarkan maklumat yang menjadi viral di laman sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada enam kereta Perodua Myvi yang sedang berlumba sebelum dua daripadanya bergesel dan merempuh sehingga Pajero Sport yang dinaiki mangsa berpusing dan terbalik. -astroawani



FB kutuk pemandu Myvi diwujudkan


Kemarahan rakyat Malaysia terhadap tindakan pemandu Myvi dari kelab Familia Myvi Club yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian tiga sekeluarga, awal pagi Sabtu lalu masih belum reda.

Malah, sebuah laman Facebook khas diwujudkan dengan nama Familia MurderMyvi Club kelmarin sebagai medium kemarahan masyarakat kepada enam pemandu Myvi yang dikatakan terlibat dalam perlumbaan sehingga menyebabkan kemalangan mengorbankan pasangan suami isteri, Fairuz Nizam Husain, 35, Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa.

Sehingga jam 3 petang semalam, laman tersebut telah mendapat 15,000 like daripada pengguna Facebook.

Laman tersebut menjadi medan kepada orang ramai untuk meluahkan perasaan marah dan mahu pemandu Myvi terlibat dibawa ke muka pengadilan serta dikenakan tindakan sewajarnya.

“Kau orang lari ke mana pun. Sampai ke lubang cacing kami akan cari. Dunia ini kecil saja. Tunggu!,” tulis salah seorang pengguna akaun Facebook dengan nama Eyfa Danieya.

“Gantung terus lesen memandu. Jangankan kereta, basikal pun jangan bagi dia bawa. Membahayakan nyawa orang lain,” kata pengguna Butik Qaesara.

Seorang pengguna dengan nama Beeb Siti Baiti pula berpendapat kelab kereta perlu diharamkan kerana membawa banyak keburukan.

“Haramkan saja semua kelab-kelab kereta ini. Banyak buruk dari baik dah kebelakangan ini. Kelab motor pun sama,” katanya.

Laman tersebut turut digunakan untuk pengguna berkongsi maklumat terbaru mengenai kemalangan tersebut seperti video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), laporan polis oleh saksi dan maklumat diri pemandu Myvi.

Manakala, di laman Twitter, hashtag MyviFamilia menjadi trending di Malaysia dengan rata-rata pengguna menyuarakan perasaan simpati terhadap keluarga mangsa terutama dua anak pasangan tersebut yang masih kecil.

“Kepada #MyviFamilia, mohon yang terlibat tampil untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi. Kesian dekat adik-adik ini,” tulis pengguna Twitter dengan akaun @ZaidDanialHarih.

“Berlumba berani, minta maaf tak berani? #MyviFamilia mereka dah meninggal, dah tak boleh ubah. Sekurang-kurangnya pergilah jumpa keluarga mereka, minta maaf,” kata seorang lagi pengguna akaun bernama @tengkudahlia.

Sementara itu, hasil carian di Facebook mendapati terdapat juga sebuah laman khas baharu diwujudkan semalam untuk menyokong ahli kelab Familia MurderMyvi Club dengan nama Keadilan untuk Familia Myvi Club.

Laman tersebut menyiarkan kata-kata positif agar ahli kelab Familia MurderMyvi Club terus bersatu walaupun menerima kecaman masyarakat.

Bagaimanapun, laman itu tidak terlepas daripada menjadi sasaran pengguna Facebook untuk melepaskan kemarahan.

Sementara itu, sebuah rakaman litar tertutup didakwa merakam tindak tanduk pemandu Myvi yang berlumba di Lebuhraya Duke, Sabtu lepas telah dimuat naik ke laman Facebook.

Melalui rakaman berdurasi 29 saat berkenaan, Sinar Online mendapati beberapa buah kenderaan termasuk beberapa buah Myvi dipandu dengan laju berbanding kenderaan-kenderaan lain.






14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bebudak Myvi tu pandai.

Ini kan Malaysia

Siasatan awal kata nya Pajero langgar Myvi

Orang Dah Mati mana boleh ber cakap.

Mat Kanpau ada banyak , mesti boleh Kautim punya.

Lepas 2 minggu senyap lah cerita ; kesian anak2 yatim Arwah.


Bebudak Myvi pun bukan sehari racing mesti banyak Mat Kampau buat kautim yang lepas lepas.

Itu kan orang orang Melayu pun , macam dalsm 1MDB pun.

antikonvoi berkata...

Haram kan konvoi. Tangkap marshal konvoi yg berlagak. Konvoi moto besar bawa lane kanan hambat kete pegi tepi, walhal dia bukan bayar tol pun.
Jalanraya kita takda penguatkuasa ke? Atau ada deal di tepi semak?

Tanpa Nama berkata...

Diminta pihak berkuasa tingkatkan pnguatkuasaa keatas jln raya bukan sekadar mencari kasalahan pemandu jln raya dan jgn sibuk menagkap ahli politik saja dan kesalahan lain seperti jenayah yg terlalu kerap berlaku saban hari yg mana jenayah berlaku dihadapan mata masyarakat kami harap penguatkuasaan keatas jenayah dan lumba jln raya
Di pantau kan...

Saiful berkata...

Ini la msia...yg salah raja..yg betui kena pijak..mat2 moto blh blah..kalu kita guna lane depa marah..yg depa merempit kat kane keta tak pa ..poodah...dah tol tak bayaq..road tax singgit..

Saiful berkata...

Lg satu yg gjna lampu putih..kata nak opwrasi ..poodah..

Tanpa Nama berkata...

brp banyak kes pemandu cuai yg menyebabkan banyak kematian di jalan raya tp hukuman yg dikenakan terlalu ringan. hukuman ringan tidak menjadi penghalang (deterrent) bg pesalah tersebut utk mengulangi perbuatan mrk. yg protes gst ditangkap dan diikat dgn rantai seolah mrk penjenayah tegar. selagi ketidakadilan berterusan selagi tu lah peristiwa tragis spt di duke dll akan berterusan

Tanpa Nama berkata...

Aku insaf, sebab kadang2 aku pun ada masanya terbawa lebih 110km/jam.
Tapi tak selalu. Sesekali aje, ikut situasi.Berlumba tu tak pernah.

Aku rasa , kbnyakan kita pernah terlajak bawa melebihi 110km/hr mcm aku. Termasuk le lori, bas, kancil, viva, kapcai, kete cc besar tu biasa la.

Tanpa Nama berkata...

Mereka akan hidup di dunia ini atas penderitaan ke dua dua anak yatim ini

Ini bukan cuai Yang boleh di kenakan dengan denda atau hukuman ringan Ini kesalahan berlumba dengan merbahaya

Dentuman pertama yang kuat membuatkan Arwah Fairuz Nizam terkejut dan memusingkan stearing ke kiri jalan lalu di hentam oleh kereta MyV yang di pandu laju

Walaupun dua buah kereta MyV atau pun hanya sebuah MyV di pandu laju bererti berlumba lah tu Samada mendahului lawan atau untuk mengatasi rekod masa



Tanpa Nama berkata...

Ramai pemandu MyVi ni perasan kreta dia org ni laju mcm F1. Dah lah tu tak respect pemandu lain. Masuk jalan besar x mau "Give way" atau " Beri laluan. Lepas tu ramai yg pasang lampu HID haram putih terang benderang pada mlm hari. Sakit mata bila bertentangan jalan. LOUSY Drivers..

Tanpa Nama berkata...

Adakah nombor plet pajero itu mengikut spesifikasi JPJ? KP JPJ hanya nak 5000 orang sahaja yang mati kemalangan di jalan raya.

Tanpa Nama berkata...

.

Jalan raya di negara ini lebih merbahaya semasa jalan tak ada kereta atau tak banyak kereta Masa ini Polis tak ada dan juga tak buat perangkap laju Waktu tengah malam ke pagi di hujung minggu begini lah situasi nya dan kita pun pandu bersantai menikmati keindahan malam Tiba tiba ada race and stupid bawak kereta laju mencelah celah antara satu sama lain

Jalan raya di negara ini lebih selamat bila jalan jam macam hari jumaat dan sabtu lepas Kalau ada kemalangan pun langgar belakang tak teruk sangat sebab kereta lain main ciluk Langsung tak ada Polis dan tak buat perangkap laju Pada hal kereta banyak yang dipandu laju

Jalan raya dalam keadaan apa dan bila bila pun tak selamat Jika jumlah kenderaan berulang alik sederhana Polis pulak buat speed trap Selamat tak kena langgar tapi tak selamat sebab kena bayar saman Tak laju mana pun Bukan macam pelesit macam MyV pun cuma sesekali terlajak 10km sebab tak perasan bila turun bukit tak lepas pedal

Yang terlajak 10km kena bayar saman sama banyak dengan yang sengaja bawak laju sampai lebih 50-60 km So alang alang laju biar laju betul

Tanpa Nama berkata...

Kes ini mesti di bawa ke mahkamah bukan setakat kena kompaun dan selesai dengan ganti rugi insuran

Bila masuk mahkamah baru lah kejadian di siasat dengan teliti dan secara professional Patut panggil CSI kita panggil (Pakar) Jangan ambil atas dasar lapuran dan kenyataan mereka yang terlibat saja tak cukup

Sebab tidak mustahil kita mungkin mangsa seterus nya



Tanpa Nama berkata...

.

Selepas baca komen di sini Baca lah pulak pasal Orang yang pergi Singapore berfantasia

Yang tak patut pergi dah kena panggil
Yang patut pergi Tak jugak pergi pergi

Untuk menginsafkan diri

Tanpa Nama berkata...

tak sabar tunggu time anak2 diorg lak jadi yatim piatu... hahaha..