4 Mei 2015

Cadangan Kerajaan Perpaduan Hadi Hanyalah "Fantasi" - Merdeka Center


Cadangan kerajaan perpaduan Hadi adalah ‘fantasi’, kata penganalisis

Cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar diadakan kerajaan perpaduan hanya satu bentuk "eskapisme" (melarikan diri) dan tidak akan menyelesaikan krisis dalaman PAS dan Umno, kata penganalisis politik Ibrahim Suffian. Pengarah Merdeka Center – sebuah pengkaji bebas – itu berkata masalah sebenar dihadapi kedua-dua parti tertumpu pada pimpinan yang tidak menunaikan kehendak sebahagian ahli, dan ia tidak akan dapat diselesaikan menerusi kerajaan perpaduan.

Ibrahim berkata kerajaan perpaduan hanya menangguhkan masalah buat sementara waktu sehingga sebelum pilihan raya umum (PRU) kelak.

"Datuk Seri Najib Razak berhadapan tekanan dari Tun Dr Mahathir Mohamad atas isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad), sementara Hadi pula berhadapan perpecahan parti ekoran tindakan membelakangkan Pakatan Rakyat (PR)," kata Ibrahim.

Dalam wawancara khas dengan Today Singapura minggu lepas, Hadi menyalahkan parti pemerintah, Umno, terhadap ketidaktentuan politik di Malaysia sekarang dan mencadangkan masih belum terlambat untuk memperbetulkannya, iaitu dengan cara membentuk kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik utama dan tanpa pembangkang.

"Apa yang berlaku ialah ekoran kelemahan dalam Umno sendiri. Ia bukan kerana Mahathir, Najib atau (Tun) Abdullah (Ahmad) Badawi," beliau dipetik berkata laporan Today.

Hadi menyampaikan idea yang sama pada 2008, selepas beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) yang menyusuli PRU12, meminta ahli Parlimen memberikan fokus kepada rakyat dari membuang masa menghadapi PRK.

Namun, cadangan itu ditentang pemimpin PAS sendiri ketika itu, termasuk naib presiden Datuk Husam Musa yang berkata, "Ia umpama menghantar ambulan kepada Umno yang sedang nazak, sedangkan selama ini PAS berusaha mematikan Umno."

Pemimpin veteran PAS Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah baru-baru ini berkata, cadangan Hadi itu tiada beza dengan cadangan yang dikemukakan Lim Kit Siang menubuhkan satu pakatan yang tidak partisan untuk "Selamatkan Malaysia", sedangkan cadangan itu dibantah penyokong Hadi sendiri.

"Apa bezanya dengan saranan Lim?" soal Rahim, Yang di-Pertua PAS Kota Baru yang pertama menamakan calon selain Hadi untuk jawatan presiden dalam mesyuarat agung PAS peringkat kawasan sebelum ini.


Sementara itu, Ibrahim yakin agak mustahil bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan kerajaan campuran itu kerana ia dilihat lebih menguntungkan Pakatan Rakyat (PR).

"Pada masa sama, hasrat PAS mengajak Umno menyokong usaha melaksanakan hudud akan ditentang parti komponen BN yang lain.

Cadangan ini kurang realistik kerana timbang tara antara kedua pihak tidak seimbang,"
katanya kepada The Malaysian Insider.

Baginya, pandangan Hadi yang "masalah Umno tiada kaitan dengan gelagat pemimpin" agak tersasar kerana pergolakan yang berlaku tertumpu kepada perbezaan pendapat antara Dr Mahathir dan Najib.

Beliau berkata, kenyataan Hadi seolah mencerminkan pandangannya yang masalah PAS berpunca dari ahli dan bukannya kepimpinan beliau sendiri.

Baginya, idea penggabungan itu juga tidak realistik kerana pembangkang merasakan mereka mempunyai 'kelebihan' oleh kerana pelbagai isu yang membelenggu BN pada waktu ini.

"Pengajaran dari negara separa autoritarian seperi Zimbabwe menunjukkan, pembentukan kerajaan campuran antara pembangkang dan parti pemerintah yang dominan, lazimnya merugikan pembangkang pada pilihan raya,"
kata penganalisis politik bebas itu.

Tekanan memuncak terhadap Najib selepas Dr Mahathir menggesa peletakan jawatannya kerana skandal yang melibatkan syarikat milik kerajaan 1MDB, kerana meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam PAS, Hadi berdepan cabaran mempertahankan jawatannya, selepas kedua-dua Husam dan bekas naib presiden Ahmad Awang menerima pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan presiden parti itu semasa perhimpunan agung parti itu bulan depan.

Parti itu mengalami persengketaan dalaman kerana terdapat perbezaan pendapat di antara ketiga-tiga parti komponen PR, yang termasuk DAP dan PKR.

Antaranya, langkah PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan PRK bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang tahun lalu.

Kemelut Selangor itu berpanjangan apabila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai calon untuk jawatan menteri besar itu, yang tidak dipersetujui PAS, walaupun PKR dan DAP bersetuju hanya satu nama hendaklah dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Hubungan yang penuh bermasalah antara PAS dan rakan komponennya bertambah buruk dengan keputusan PAS Kelantan membentangkan pindaan kepada Enakmen Jenayah Syariah II negeri baru-baru ini, dalam usaha membuka jalan kepada undang-undang Islam dilaksanakan di negeri itu.

Dalam masa sama, beberapa ahli PAS memutuskan menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), bertujuan mengukuhkan pakatan pembangkang.

Tetapi pada konvensyen Selangornya baru-baru ini, PasMa berkata ia akan memutuskan pada perhimpunan agungnya bulan depan, kemungkinan untuk menjadi sebuah parti politik. -TMI

14 ulasan:

obat pelangsing herbal ampuh berkata...

janganlah terpengaruh adu domba

Tanpa Nama berkata...

As salam all. Beginilah kesannya apabila tunas sesuatu penyakit dibiarkan membesar dan kini telahpun merebak. Para pemimpin PAS yg telah lama tahu akan pergerakan UG, watak2 yg terlibat juga telah menelah kesannya ttp hanya mendiamkan diri atas prinsip tidak mahu mengaibkan seseorg sepatutnya berasa bersalah sekarang. Tidakkah apabila PAS meletakkan calon di tempat2 yg telah dipersetujui milik rakan PAKATAN memberitahu kita sesuatu? Begitu juga apabila urusan rumahtangga PKR di selangor, dijadikan HH sebagai urusan tumahtangga PAS walaupun PKR telah menjelaskan kenapa tindakan itu diambil. Adakah rakan PAKATAN yg lain menyibuk apabila PAS menguruskan rumahtangga mereka? Tindakan HH bukan sedikit merobek perasaan rakan PAKATAN. Beria-ria rakyat berjuang menentang kezaliman BN, ttp HH buat tak tahu sahaja. Sudah lama pada pengamatan ramai HH tidak bersama rakyat yg semakin tertekan, kalau ditanya pun akan keluar ayat2 angkuh dari mulutnya atau yg cliche, saya tak tau. Seolah2 dia sedang diperhatikan seseorang yg mengawalnya. HH juga sebagai presiden nyata amat gagal menangani sikap kurang ajar sesetengah watak2 dalam PAS. Saya lebih suka menyatakan HH sebenarnya menyokong. Ayoh, para pencinta kebenaran, keadilan dan ketelusan, PAS akan terus gagah sekiranya duri2 dalam daging ini kita buang. PAS adalah milik kita semua kerana tanpa kita PAS tidak akan kemana. PAS bukan sebuah syarikat milik individu atau keluarga. Tubuh PAS yg telah sgt berpenyakit ini wajib kita rawat dan kita jugalah doktornya.

Tanpa Nama berkata...

Satu perkara yang tidak dapat dilakukan oleh PAS ialah menyekat penyusupan operatif-operatif ke dalam PAS dan usaha sabotaj yang sedang dan bakal berlaku. Ahli PAS tidak memahami bahawa sabotaj tidak semestinya berbentuk pengebom berani mati tetapi pembuatan dasar, mempengaruhi sentimen ahli, menguasai jawatan kuasa dan sebagainya. PAS pernah, sedang dan bakal mempunyai kepimpinan yang terdiri dari operatif-operatif.

Perlu diingat operatif-operatif itu tidak datang dari organisasi yang sama. Kepentingan yang diwakili juga berbeza.

Hasilnya sudah nampak sekarang iaitu musuh PAS bukan lagi UMNO.

Tanpa Nama berkata...

UG hanya lah permainan orang orang bodoh untuk bangsa yang bodoh.

Arwah Nik Aziz dan Arwah Tunku pasti malu menjadi Melayu jika melihat bangsa nya mahu kembali hidup di zaman batu dengan pemimpin Otak Gred 3 mengkaya sendiri menganiaya bangsa dan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Aku ahli seumur hidup pas ,sekatrang ni pegi mampus dengan Pas.apa nak jadi peduli aku.Ptuiiiiii

Tanpa Nama berkata...

tepat sekali jika ada berpendapat batang tubuh badan politik dlm negara menghidapi banyak penyakit kronik disebabkan gaya hidup berpolitik tidak sihat sejak berabad-abad...doktrin pecah-belah begitu subur hinggakan setiap idea yg dicadangkan oleh satu pihak sering menimbulkan rasa was-was dan syak wasangka pihak yg satu lagi...tiada penawar bikinan manusia boleh merawat melainkan back to quranic prescription... rd5

Tanpa Nama berkata...

Satukanlah pas dan umno agar menjadi PASEKEMBARU......

Tanpa Nama berkata...

Pas pun Tak peduli, yang penting ulama ulama pas kena nampak suci mulia.

Gst, Banjir, 1md, RM, economic, ahli professional, kezamlinam, dan sebagainya semua Tak penting

Tanpa Nama berkata...

Ayoh gabungkan umno+pas jadi MONPOS atau MAMPOS

Tanpa Nama berkata...

Peluang terbaik utk penyokong ust Ahmad Awang dan Husam Musa....Hadi Awang dan nampak belang....

Saiful berkata...

Pasma kena jg party politik

Tanpa Nama berkata...

.


Pemikiran Hj Hadi tak sampai ke taraf ini

Ada Pembangkang pun UMNO melembukan rakyat Habis harta rakyat Berhutang sana sini Apalagi kalau tak ada pembangkang !

Kan lebih baik PAS diam dan membisu apa jua yang di buat oleh UMNO Semua yang Hj Hadi kata kan pasal UMNO ialah sebab dulu dulu PAS yang kuat kacau UMNO Hj Hadi nak beritahu Malaysia jadi macam sekarang sebab PAS ganggu UMNO berebut kuasa

Jadi lebh baik Hj Jadi cadang supaya semua pihak jangan kacau Najib supaya Najib memberi fokus 100% pada tugas nya sebagai PM Sebab kalau bercakap atau bertanya atas sebab apa tindakan yang Najib buat maka akan ada pendapat lain dan seterusnya mencetuskan ketidak kepuasan pada diri masing masing

Jadi lah seperti Senator Ezam

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

.

Apa punya pemimpin ?

"Apa yang berlaku ialah ekoran kelemahan dalam Umno sendiri. Ia bukan kerana Mahathir, Najib atau (Tun) Abdullah (Ahmad) Badawi,"

Begitu jugalah bukan salah Hj Hadi Bukan salah Abduh Bukan salah Tantawi At Takiri Tapi salah PAS sendiri yang lemah


Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

Bergabung lah UMNO PAS ke atau BN PR yang penting bukan Najib bukan Muhyiddin yang jadi PM dan TPM

Kalau negara lain Ketua Jeneral yang mengambil alih pentadbiran negara Maka di Malaysia orang yang layak ia lah Rani Kulup