1MDB punca BN akan kalah pilihan raya?
Walaupun penerangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diterima oleh akar umbi Umno, besar kemungkinan BN kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang
“Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua Umno sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat.
“Ingatlah undi orang Umno sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya,” kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada 8 Mac lalu, kira-kira 160 ketua-ketua Umno bahagian dikatakan berpuas hati dengan penjelasan Najib sebagai presiden parti berhubung isu 1MDB.
Menulis di blog hari ini, Mahathir berkata jika tiada siasatan forensik oleh polis dibuat susulan tuduhan beberapa pihak yang terlibat dengan pengurusan 1MDB, sokongan rakyat pada BN akan terus merosot.
“Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi,” katanya.
Mahathir juga berkata menyatakan dakwaan dibuat sebagai fitnah semata-mata tidak cukup untuk rakyat menolak tuduhan tuduhan berkaitan 1MDB.
Katanya, rakyat masih tidak berpuas hati dengan perkara itu dan membincangkannya di mana-mana sahaja.
“Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong BN dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah.
“Dan jika BN ditolak, sokongan kepada presiden oleh pemimpin bahagian Umno tidak lagi bermakna,” katanya. -mk
Audit 1MDB saja tidak cukup, polis kena siasat, kata Dr Mahathir
Siasatan forensik polis perlu dilakukan terhadap mereka yang terlibat dalam tuduhan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana audit biasa saja tidak mencukupi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata audit yang ingin dilakukan ketua audit negara itu tidak mencukupi kerana tidak dapat membongkar apa yang berlaku dalam syarikat pelaburan strategik itu.
"Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik polis akan tuduhan yang dibuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB," katanya menerusi kiriman terbaru di blognya www.chedet.cc hari ini.
Beliau berkata jika ini tidak dilakukan segera, sokongan kepada Barisan Nasional (BN) akan bertambah rendah.
"Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua Umno sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang Umno saja tidak cukup untuk menang pilihan raya," katanya.
Dr Mahathir berkata melantik ketua audit negara menyemak akaun 1MDB tidak akan memberi banyak jawapan kepada persoalan yang diajukan rakyat.
“Ulasan semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap kerajaan dan individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu.
“1MDB bukan buat hutang biasa seperti kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta saja. 1MDB sudah hutang berbilion ringgit. Walaupun 1MDB bukan kerajaan tetapi ia badan yang ditubuhkan dan dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak RM1 juta.
“Oleh itu kerajaan tidak boleh dakwa ini masalah syarikat dan bukan masalah kerajaan,” katanya.
Najib pada minggu lalu mengadakan pertemuan bersama ketua Umno bahagian bagi menjelaskan isu mengenai 1MDB dan mereka yang hadir berpuas hati dan sedia menunggu siasatan ketua audit negara selesai.
Dr Mahathir berkata beliau tidak mengetahui bagaimana Najib memberi penerangan mengenai isu 1MDB tetapi segala tohmahan mengenai isu itu tidak wajar dibiarkan dengan alasan kerana ia diperjuangkan pihak pembangkang.
“Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini di mana saja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong BN dalam pilihan raya umum akan datang, BN mungkin kalah. Jika BN ditolak, sokongan kepada presiden oleh pemimpin Umno bahagian tidak lagi bermakna,” katanya.
Dr Mahathir persoal sumber kekayaan anak tiri Najib
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyertai suara ramai yang mempersoalkan bagaimana anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz mempunyai kekayaan luar biasa.
Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah apa yang rakyat ingin tahu selepas Riza muncul sebagai produser bersama di Hollywood bagi filem calon anugerah Oscar "Wolf Wall Street" filem, yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dua tahun lalu.
"Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika,”," kata Dr Mahathir dalam catatan blognya chedet.cc.
“Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil daripada perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?”
Riza menimbulkan persoalan dengan siri pembelian hartanah walaupun hanya bertugas sebagai seorang jurubank junior di London.
Ini didedahkan dalam artikel oleh New York Times baru-baru ini, yang menampilkan ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan harta serta peranannya sebagai pelabur hartanah, transaksi yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk Riza.
Low juga dikaitkan dengan skandal syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dibebani hutang sehingga RM42 bilion.
Low membeli sebuah apartment mewah di Manhattan dan sebuah rumah besar di Beverly Hills melalui satu syarikat dan kemudian menjualnya kepada Riza. Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Low.
Akhbar itu mendedahkan "kekayaan luar biasa" ahli keluarga terdekat Najib dan menimbulkan persoalan bagaimana kekayaan itu terkumpul.
Laporan itu juga menyatakan Najib dicemari dengan berita tabiat isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang gemar barang kemas dan beg tangan berjenama.
Pejabat Perdana Menteri dalam maklum balas kepada laporan New York Times itu berkata: "... tiada satu pun wang yang dibelanjakan ketika melancong, membeli barang kemas, mahupun isi mana-mana peti simpanan seperti yang didakwa bukanlah sesuatu yang janggal bagi kedudukan, tanggungjawab dan aset warisan keluarga perdana menteri.”
Sebaliknya, beliau berkata kekayaan Najib datang daripada warisan keluarga.
Beberapa hari selepas laporan itu tersebar, Najib dan 4 adiknya - Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir mengeluarkan kenyataan menolak perbincangan mengenai harta peninggalan yang diwariskan bapa mereka, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Najib kemudian sama seperti adik-adiknya dalam menyifatkan bapa mereka, yang juga perdana menteri ke-2 sebagai seorang yang berjimat dan berintegriti.
Pemimpin pembangkang termasuk Tony Pua menggesa Najib menjawab soalan dibangkitkan mengenai kekayaan yang terkumpul.
Semalam, Pemuda PAS membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi menyiasat laporan mengenai kehidupan Najib yang mewah. -TMI
13 ulasan:
Najib patutnya berani saman Mahathir seperti mana Najib berani saman Harakah
Lapuran Zul si haprak pasal Nurul cepat pulak pihak berkuasa ambil tindakan Lapuran Polis oleh ahli UMNO pasal 1DMB macam kura kura pulak
Saya yang tak jadi Menteri ini pun mengigil risau Negara boleh berhutang sampai RM 40 BILLION Dah lah kewangan negara teruk
Kalau main golf bola masuk semak atau masuk dalam kolam sebab tak boleh nak fokus
Tak apa lah kena yakin pada doa Mana tahu doa UG pro Ulamak dapat menyelanatkan negara UMNO Najib memang peelukan doa macam orang orang UG
duit umno/bn pun dulu berjuta dikatakan semasa bawah mamak kutti tapi mana pergi aar ? mamak kutti patut juga jawab ni ! ABU !
INI LAKONAN YANG DAH MENJEMUKAN .BEKAS PENYANGAK INI KALAU DIA DAPAT SAPU DAPAT HABUAN DIA PASTI DIAM
Jgn kita sebagai penyokong PR nak berdondang sayang ingat BN kalah PRU14 nanti disebabkan banyak kebobrokkan BN. Pihak BN, terutama Najib tidak gentar langsung dan optimis dia akan kekal berkuasa lepas PRU14 dan mungkin majoriti lebih tinggi diatas pertolongan pihak Pas sendiri. Pas dah beruru-ara nak tanding semua kerusi DUN dan Parlimen. Jika ini benar, 2/3 kemenangan BN dah dlm tangan.
Apb hadir CAHAYA
Wahyu itu sumber CAHAYA
Nabi SAW itu obor pmbawa CAHAYA
"..aarinal haqqa-HAQQAN.."
Kita memohon agar CAHAYA CAHAYA CAHAYA CAHAYA CAHAYA CAHAYA dan CAHAYA itu mnjd terang semakin TERANG dgn bnar2 sbnr7TERANG..utk bnar7 dpt mnjd saksi kpd sbnr7CAHAYA-KBNARAN..
Apb CAHAYA
CAHAYA itu bnar7TERANG
Bnar7TERANG berCAHAYA ddlm HATI
CAHAYA yg maha7TERANG itu akan mnyuloh sgl erti/MAKNA/definasi azali ygHAKIKI sprt..
--apa MAKNA ulamak?
--apa MAKNA ahlulKitab?
--apa MAKNA sipenyangak?
--apa MAKNA pewaris nabi?
--apa MAKNA Yahudi & Nasrani?
--apa MAKNA songlap-GELAP?
--apa MAKNA pngkhianat?
--apa makna RASUAH?
--apa itu FITNAH?
....dan bgmn FITNAH dan RASUAH adalah kembar asli yg SEJATI yg sgt2TERANG ibarat pancaran CAHAYA mentari yg sgt7MUDAH kelihatan disiang hari diwktu TENGAH2 hari!
INGAT..
Klu kita bnar2 dpt hidup & berdiri ddlm CAHAYA-CAHAYA yg bnar7TERANG, smua nya akam mnjd sgt7MUDAH & mnjd sgt7TERANG serta sgt7JELAS telus kelihatan..itulah itulah..
CAHAYA
CAHAYA CAHAYA
CAHAYA CAHAYA CAHAYA
CAHAYA..bhw Islam itu adalah sgt2 trsgt7MUDAH lg sgt77meMUDAHkan yakni mnyuloh sgt7TERANG dgn seTERANG7 sekali yg TAK mampu disembunyikan hatta skalipon seZARAH halus-NIAT ddlm HATI!!
CAHAYA
CAHAYA yg maha7TERANG itu pasti dgn sgt7MUDAH mnyuloh..
-bukan skadar TRILLION?
-bukan hanya BILLION?
-bukan lg MILLION?
-bukan lg RIBU2?
-bukan RATUS?
...HATTA walau SATU "sen" dan kpd pecahan PERPULOHAN "sen" skalipon akan pasti dpt dgn bnar7MUDAH dikesan dikenal PASTI ibarat pancaran CAHAYA matahari disiang hari diTENGAH2 hari digurun Kalahari!!
Bgmn hutang lebih 700billion?
Bgmn PERWAJA bungkus??
Kenapa MAS lingkop?
Mana dtg duit kuasai San-MAGUEL?
Bgmn ulangalik2 LONDON-Turki??
Mudahnya dpt ESOS 500ribu?
Kerinci sentral-PARK?
BMW miniCooper?
Siapakah yg mnjd sbnr2 CAHAYA obor pewaris nabi2 yg bnar7BERANI utk mngambil RISIKO-maut dinegara ini..
--adakah Haron Din Hadi & Tontowi?
ATAU
--Anwar & Rafizi Ramli??
Jiwa-NAFAS=MAKNA-definasi utk mnjd pewaris-nabi2 itu bukan & BUKAN terletak pd kertas2 hampas MA-PhD serta BAHASA-Arab yg di"nobat"kan oleh univrsiti2 Unesco-PBB..tetapi ia adalah BAHASA-kalbu yg mekar BERANI ddlm HATI..
Semoga Subky Latif juga dpt brsama2 merenong sdlm2nya HAKIKAT ddlm tulisan ini
Syabas dan taniah kepada ulAma pas suci mulia berjaya matlamat iaitu kalah pru dan buat pr kalah pru.
Mahathir kena baca bidalan ini: Mengatakan dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih.
Rakyat yang lemah akal saja akan menyokong 1 Mat Dah Bahalol dan GST
Bulan April mula lah ekonomi hancur merudum dengan jutaan melayu makin papa kedana
Ulama Pas tak mahu UMNO kalah, mereka suka Pakatan berpecah?
Betul tu...aku sampai skrg tak akan percaya cakap mamak kutty ni...dia mmg licik dlm politik...dia jenis politik jari telunjuk kelingking berkait dan jenis tembak serampang dua mata...aku dah faham benor taktik politik mamak kutty ni...
Dengan spr dan undi pos serta undi sabah sarawak dan felda usah cakaplah bn akan tumbang...rasanya sukar dan mustahil...
Kali ini Che Det tidak akan berjaya menundukan lawanya. Timbakanya tidak mengenai tepat kepada bull's eyes.
OHHHH
Catat Ulasan