24 jam saja, polis sampai ke rumah Nurul
Tidak sampai 24 jam laporan polis dibuat, pihak polis hari ini melawat rumah Nurul Izzah Anwar untuk merakamkan kenyataan anggota Parlimen Lembah Pantai itu.
Bagaimanapun Nurul ketika itu dalam perjanalan ke Kota Bahru.
“Tinggalkan penjara. Empat anggota polis berada di rumah. Malangnya dalam perjalanan ke Kota Bharu.
“Sudah pun buat temujanji di IPD (ibu pejabat polis daerah) Dang Wangi pada 16 Mac,” katanya di Twitter.
Semalam, selepas lama berdiam diri, bekas calon BN Zulkifli Noordin tampil membuat laporan polis terhadap Nurul ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen.
Zulkifli bangkitkan ucapan Nurul kelmarin yang mengulas keputusan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Zulkifli, Nurul antaranya berkata hakim akur pada kehendak tuan politik, menjual diri kepada syaitan dan memilih kekal dalam kegelapan.
Zulkifli berkata Nurul tidak dilindungi kekebalan sebagai seorang anggota Parlimen kerana ia melibatkan kes hasutan seperti dinyatakan dalam perkara 63, fasal 2 dan 4 dalam Perlembagaan Persekutuan. -mk
“Zulkifli Nordin sudah hilang akal”
Tindakan Bekas Peguam Ketua Pembangkang, Zulkifli Nordin membuat laporan polis terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ekoran ucapanya yang mengecam hakim ketika berucap di Parlimen diselar PasMa.
Naib Pengerusi Tiga PasMa Selangor, Michael Tamil berkata, tindakan Zulkifli yang menggesa pihak pendakwa bertindak ke atas Izzah juga menunjukkan beliau (Zulkifli) sudah hilang akal.
“Zulkifli Nordin, bekas Ahli Parlimen dan peguam tetapi hilang ingatan, apabila mengaitkan kes hasutan seperti dinyatakan dalam perkara 63, fasal 1,2,3 dan 4 dalam Perlembagaan Persekutuan dengan peraturan Dewan Parlimen.
“Apa yang dilakukan Izzah ketika berucap di dalam Perlimen langsung tidak melanggar peraturan Dewan Parlimen,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).
Katanya, Zulkifli perlu kembali ke sekolah undang-undang kerana beliau tidak dapat membezakan undang-undang Parlimen dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan.
“Berhentilah mencari publisiti murahan dan menipu rakyat, kerana tindakan itu hanya merugikan masa sahaja,” ujarnya.
Jelas Michael , Dewan Rakyat merupakan tempat yang sesuai untuk setiap Ahli Parlimen membahaskan segala isu yang berbangkit termasuk ketelusan keputusan Mahkamah melibatkan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum ini Izzah dalam sesi bahas di Parlimen yang mempertikai sistem kehakiman negara, dibidas Bekas Peguam Ketua Pembangkang, Zulkifli Nordin.
Kata Zulkifli, ucapan Izzah yang dikatakan memetik teks bapanya,itu sangat menghina dan mencerca badan hakim Mahkamah Persekutuan.
Perbuatan Izzah secara sah melanggar peraturan Dewan Parlimen kerana anak kepada Ketua Pembangkang itu hanya berhenti selepas ditegur oleh Yang DiPertua Dewan. -FMT
11 ulasan:
Mamat peguam temberang.kes aper ntah yg dia wakili.x penah dgor pon berhujah dlm mahkamah.wakil sekerat jln ade laaa.tersengeh2 wat2 sibuk konon penting time nuar punyer kes dulu.kih kih kih.lantak kao laa zol.teringt almarhum us fadhil dulu akn simpang ke tempat lain kalo dia tau mamat temberang ni ade kat tempat dia nak pegi time mamat kelentong neh dlm PAS dulu2.tgok dia ulas kes nuar kat ceramah dulu pon aku gugur bulu roma psl punya la meraban fakta dia bagi.pengamal undang2 pon sorok kepala dlm tanah psl malukan peguam jer kah kah kah.mr no if no if kah kah kah.110%kah kah kah.geli tol.baik tgok neruk berak dari tgok mamat neh.sori aaarr GB.bahasa mulia sgt.psl meluat loya tekak bila dgo nama mamat neh.lain kali tlg laa GB jgn masukkan psl dia dlm blog GB.dan2 hamba nak ke bilik termenung
Kita wajib bersabar dan pasti ada hikmah Allah.Biarkan mereka menangkap Nurizzah.hendaknya mereka menggunakan gari adalah lebih baik sebab kita akan INSYAALAH dapat keuntungan daripada KEZALIMAN bertambah dari mereka.Didunia mereka rasa seronok.tunggulah di dalam kubur,tak dikatakan di alam akhirat,cukup dikubur sajhaja bagi mereka yang ZALIM,mereka yang hidup dengan hasil FITNAH atas orang dizalimi.Insyaalah Allah akan membela orang dizalimi.biarkan mereka seronok diaras dunia sementara ini.
bnyak sngat yg mereka. hantu attantunya, anwar dan kini izzah. Ha ha ada lg 1mdb. lepas mereka akan takut pd 1msia
Dia ingat bila duduk diam diam akan dapat mengubah diri dia (Zul Nordin) jadi cerdik Bukan saja tak cerdik sebaliknya hilang ingatan
Tapi itu lah hukum kebenaran dan keadilan yang sedang berjalan Sedikit saja yang dapat melepasi fasa fasa tersebut dan terus berubah kepada kebaikan Ramai yang gagal melepasi fasa fasa tersebut apabila melihat hidup ini kosong dan kebosanan menyelinap dalam tubuh badan nya
Orang yang baik hati nya akan meningkatkan lagi amalan nya dan orang yang busuk hati nya akan bertingkat tingkat kebodohan nya
Kalau puak2 depa buat report..dlm masa 24 jam tak tangguh dah terus ambik tindakan...punya la x adil.
Pernah buat pangillan kat polis sebab ade rumah kena pecah masuk. Padahal dari balai polis ke rumah mangsa tak sampai lima minit tapi polis sampai dalam masa lebih 4 jam. kenapa macam tu ye. kalau tak de transport saya boleh ambil polis tu ke rumah mangsa.
Tau tau nak aniaya orang saja
Yang Zul buat kerja macam tu kita faham lah Orang lain pulak yang beriya iya nya
MP BN menjerit jerit 10 juta semasa Anwar bercakap Anwar berhenti dan cabar MP BN ulang di luar Dewan Senyap MP BN kecut Sebab dalam Dewan ada peraturan Dewan Betul lah tu Yang Di Pertua Dewan memberhentikan ucapan Nurul Kan Yang Di Pertua Dewan boleh mengantung MP dari menghadiri persidangan
Perlembangaan tu pun kalau nak gubal dalam Dewan Parlimen
Tuhan panjangkan umur pun masih sia sia kan hidup ini
Kesian mp bn.bnyk yg hilang akal dan tak lama lagi bnyk yg gila..dan bertambh lah pratus org yg gila d mlysia ini....
Satu cara Zul cari makan. Peguam angkat sumpah pun jadi atau jadi peguam UMNO.
Zul Nordin dah jadi pencacai Umno.....x ada maruah
Catat Ulasan