30 Mac 2015

Pindaan EKJS Kelantan Bukan Rang-Undang-undang Hudud


EKJS: Bukan Islam tak sokong kerana belum faham

Cadangan pindaan Enakmen Jenayah Kanun Syariah (EKJS) melalui Bill Persendirian yang akan dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di parlimen disifatkan sebagai sangat cantik.

Bagaimanapun kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, disebabkan masa tidak mengizinkan maka ia tidak dapat disampaikan untuk dikaji oleh semua pihak.

Beliau yakin, jika cadangan berkenaan EKJS itu berjaya disampaikan 100 peratus, semua pihak bukan sahaja Pakatan Rakyat malah tidak mustahil MCA dan Gerakan yang kuat menentang pun akan menerimanya.

Katanya, tugas PAS adalah mencari jalan agar agenda yang dibawa oleh Ustaz Hadi boleh difahami oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS nak bawa pindaan itu ke parlimen, kita memerlukan sokongan sekurang-kurangnya daripada ahli parlimen yang beragama Islam.

"Ahli Parlimen beragama Islam itu termasuklah daripada DAP dan PKR. Jadi, saya berpendapat jalan memberikan penerangan adalah lebih baik untuk kejayaan pindaan yang dicadangkan.

"Saya tak reti nak bergaduh macam orang lain, saya mempertahankan dengan cara saya, iaitu supaya agenda Presiden PAS itu berjaya, orang yang tidak faham dan tidak menyokong bukan kerana dia menentang tetapi kerana dia belum faham," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu Gajah kali ke-29 di D'Hotel, Seri Iskandar, dekat sini semalam.

Husam juga berkata, parti komponen BN di Sabah dan Sarawak termasuklah PBB dan SUPP yang berdiam diri dalam isu ini membuktikan mereka boleh menerima EKJS bahkan diyakini akan menyokong jika BN menyokong bill persendirian tersebut.

Ini katanya adalah satu perkembangan yang sangat baik dan jika PAS berjaya memberikan penjelasan dengan baik, beliau yakin ia akan boleh diterima oleh kedua-dua belah pihak.

"Saya yakin bahawa semua pihak termasuklah dari kalangan komponen BN sendiri akan boleh menerima apa yang dibawa oleh Presiden PAS," ujarnya lagi. -HD

ULASAN GB

Pom pang Pom pang, akhirnya hukum kebenaran dan keadilan terdedah dengan sendirinya.

Kenyataan daripada Presiden PAS, Haji Abd Hadi Awang sendiri melalui Surat Terbuka Kepada Umat Islam: Isu Hudud Yang Dikelirukan, ternyata bahawa pindaan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan tempohari BUKAN hukum hudud. Begitulah juga dengan Private Bill yang hendak diusulkan di Parlimen nanti.

Petikan:

Dalam masa yang sama, apa yang ingin dicadang dan akan dibawa oleh PAS menerusi Private Members Bill nanti pula bukanlah rang undang-undang hudud, tetapi pindaan dalam akta Mahkamah Syariah untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan satu-dua aspek syariah itu dilaksanakan terhadap penganut Islam sahaja. -Haji Abd Hadi Awang (rujuk pautan yang diberikan)

Jika demikian halnya, maka tidaklah salah dan berdosa untuk mana-mana ahli parlimen beragama Islam menolak Private Bill berkenaan. Kerana ia bukan rang undang-undang hudud. Dan tidak pula salah dan tidak juga menjadi kesan apa-apa untuk mana-mana ahli parlimen bukan-Islam jika mereka menyokongnya.

Sepatutnya isu pindaan berkenaan tidak perlu digembar-gemburkan dan tidak perlu untuk dikatakan sebagai hudud sehingga ia menimbulkan semacam phobia di kalangan bukan Islam. Ia hanyalah pindaan biasa dengan sedikit tambahan terhadap hukuman-hukuman yang sedia ada. Malah unsur hudud tidak lansung kedapatan di dalam pindaan-pindaan yang telah dilakukan. Maka adalah tidak betul untuk Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mendakwa pihak yang mengkritik pindaan enakmen yang dibentangkannya di DUN Kelantan sebagai “golongan yang tidak beriman”. Apatah lagi kenyataan dari Ketua Ulamak Sedunia, Sheikh Yusof Al-Qardawi pun telah menyatakan "[VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud".

Ianya mungkin sengaja dihebohkan sebagai hudud untuk menarik sokongan kaum Islam, mungkin untuk agenda "penyatuan PAS-UMNO" di samping memporak-perandakan Pakatan Rakyat yang mana umum mengetahui hudud ditentang oleh bukan-Islam.

Soalnya siapa dalang yang merancang menyebabkan kekeliruan itu berlaku dan mengapa PAS menghebohkannya sebagai hudud?

31 ulasan:

sahak berkata...

Salam...statment nk cover niee..alahaiii...

Tanpa Nama berkata...

betul kata2 MSO msomelayu.blogspot.com
Jangan main-main dengan Hudud
dan cuba politikkan utk egenda kepentingan tertentu..
so renung2 lah wahai pro UG ..

Tanpa Nama berkata...

Jadi puak yg kata kami lebih utamakan hudud dari PR tu berbohong le ye? Kami utamakan redho Allah dari ke putrajaya juga adalah cakap cari populariti aje ke ye?

Tanpa Nama berkata...

Kalau benar bagai dikata, yg bermasalah adalah beberapa pemimpin PAS. Yg wala' bagai nak rak sebelum ni, amacam? Ingat, hadi pernah kata, dia tak kisah kalau UMNO dan PAS bersatu di Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Inilah masalah lebai2 bila berpolitik, rakyat dipaksa percaya bill enakment hudud tetapi sebenarnya enakment kanun jenayah syariah. Bila dah terserlah kesilapan besar tak nak mengaku dan banyak menyalahkan rakan dalam PR.
Siapa yang malu sekarang dan PAS telah rosak imej nya dikalangan rakyat.
Untuk menambah baik pindaan EKJS sepatutnya wakil kerajaan membentangkan dlm dewan dan bukanya PAS.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa susah sangat nak terima perintah allah...macam2 putar belit...gunakan ayat itu ini....Rakan sekalian...apa saja yg turun dari langit terima walaupun pahit kerana kan kita ni HAMBA Allah...ingat title kita...maka dengan rela hati terima hudud titik.

Tanpa Nama berkata...

Sy terkejut dgn jwpn tuan admin??ni jwpn u turn atau cover up atau apakah ini?tiba2 isu terma pula dsabitkan?dan isu terma juga di jadikan alasan & lesen agar ejks boleh di kritik atau ditolak??come on lah admin..thats why sy ckp,jgn lihat dri sudut ruang yg sempit.buka minda.

HP

Tanpa Nama berkata...

kalau hudud Allah, mana boleh pinda2...

jadi ekjs ini hanyalah undang2 manusia, sama je cam kanun keseksaan...

Hj Otman berkata...

Bukankah Presiden PAS sendiri yg kata Private Bill itu bukan hudud. Awak dh baca ke belum? Siapa yg putar belit skrg ni?

Hj Othman berkata...

Ini bukan soal istilah atau terma. Bukankah Presiden PAS sendiri yg kata Private Bill itu bukan hudud. Awak dh baca ke belum? Siapa yg putar belit skrg ni?

Mat Bon berkata...

Sebab itulah PAS tidak boleh menutup ruang perbincangan dengan kumpulan bukan Islam.

Masalah sekarang, golongan bukan Islam sudah kurang mempercayai cakap2 TGHH dan PAS. Saya percaya, tentu ramai yang akan membankang kata saya ini - ramai yang akan berkata 'Peduli apa' dan sebagainya. Soal saya sekarang, tidakkah PAS lebih kerugian sekarang?

Tanpa Nama berkata...

untuk anon at 12:11 AM
gunakan ilmu dan akal yg waras utk nilai nya sebagai filter yg mana betul atau tidak jgn kita setuju satu pihak kita nafi kebenaran yg datang .. belajar dan dengar kuliah ilmu dan berguru dgn guru yg tiada kepentingan dunia sj.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya undang2 syariah 1965 nak dipinda kepada undang2 hudud, itu je yg nak dibuat, umno sokong pindaan itu sampai menangis, Pas da masuk jerat umno untuk hancurkan PR, sekarang nak cover malu, buat le cerita macam2, buat kerja tak profesional ini le jadinya, bukan senang Dato Fadil Noor nak gabungkan Pas, Dap, PKR, sekarang ni da hancur, nampaknya pilihanraya akan datang ni umno akan dapat majoriti penuh, padan muka kita

Tanpa Nama berkata...

inilah ada segelintir Ularmak yg ada sifat sombong dan bongkak ..akulah yg hebat ..akulah no.2 dunia .. oranglain dipandang rendah..
ambil contoh baik seperti Tok Guru Nik Aziz ..bersifat rendah diri dan pemaaf..
Allah tidak akan bagi kemenangan pada kita yg ada sifat buruk di atas.
ambillah contoh kekalahn perang Uhuhd pada pusingan kedua ..

Tanpa Nama berkata...

ulamak politik cerdik tak boleh diikut, bodoh menjilat lantai.

hadi keliru selepas dibahlolkan lawan dan kawan.

pak ustaz boleh tolong kira tak berapa ramai yg telah dikafir, di sesatkan sejak minggu lepas akibat percaturan status quo lebai UG. tolong ambil kalkulator dan tekan tengok. sebelum di audit semula di akhirat kelak.

ingatlah pak ustaz, dunia ini sementara. Akhirat jua kekal abadi.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin dan penyokong kuat PAS mengaku ikut panduan Al-Quran dan Hadith tapi bila ditegur dan dikomen melenting bagai nak runtuh dunia,apakah mereka sudah lupa ayat suci Al-Quran yang diturunkan oleh Allah dengan FirmanNya " Demi masa(Yang sedikit)sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan (Menegur/Nasehat)dengan kebenaran(Betul)dan berpesan-pesan dengan sabar."Jadi bukalah pintu hati kita agar Allah beri pertunjuk kejalan yang benar dan diradho olehNya.Ameeeen

Tanpa Nama berkata...

bill tu pun langkah awal..untuk perlaksanaan hudud,jika disokong dan lulus di parlimen, 50 peratus hukuman hudud dalan ekjs tu dapat dilaksanakan.

ni juga juga langkah yang baik

ada dua perkara jika negeri nak laksana satu bidangkuasa MS perlu dibesarkan dari 3 tahun 5k denda dan 6 sebatan kepada tahap yg dikehendaki dalam hudud terutama sebatan tu.bill perlu dikemuakan bg nmeminda akta parlimen ni(ni yg nak bawa dulu)

kedua di bawah perkara 76 perlembagaan..step kedua..

dua2 ni kena sokong la,

Nostalgia abkk berkata...

Kenapa sebelum jadi kecoh tak buat penerangan umum...


Tanpa Nama berkata...

Tak tahu lah kenapa rasa nya macam Hj Hadi nak selamatkan Najib yang tak buat buat kenyataan menolak hudud

Masa bentang di DUN beriya iya kata Hudud bila nak masuk ke parlimen dah bertukar jadi Kanun Syariah

Kalau nak buat Syariah jadi Hudud ia itu perlahan lahan langkah demi langkah dengan pinda beberapa kandungan Kanun Syariah lebih baik tukar dulu Kanun 'Syariah' kepada Kanun 'Hudud' dengan tidak mengubah apa kandungan Kanun Syariah yang sedia ada Kemudian buat lah ikut langkah demi langkah

Tukar nama je dari Syariah ke Hudud Dan bagaimana pula nanti setelah kesemua hukum di pinda mengikut Kanun Hudud ketika itu kita tukar pulak Kanun Hudud tersebut kepada Kanun Sivil

Enakmen Jenayah Kanun Syariah ia lah Enakmen Jenayah Kanun Syariah !
Hukum Hudud ialah Hukum Hudud

Kalau tak MENIPU nama nya !

Tanpa Nama berkata...

Bila Majlis Raja Raja kata tak di bawa ke mesyuarat hati ini tak sedap Bukan kata Raja Raja mengelak atau berbohong tapi isu Hudud dan Kanun Syariah hendak lah mendapat perkenan Raja Raja sebaik baik nya di bentang oleh Kerajaan selepas di perkenan oleh YDP Agung

Raja Raja adalah Ketua Agama dan bila di bawa ke mesyuarat Raja Raja samada terima atau perlu di perhalusi lagi terpulang pada Raja Raja Jangan tindakan kita memberi gambaran yang Raja Raja tidak mahu masuk campur

Hj Hadi telah membelakangi Raja Raja dengan terus membawa Hudud ke Parlimen Untuk mereda kan situasi sebab itu lah Hj Hadi kata bukan Hudud

Tanpa Nama berkata...

Tahu pun hudud boleh di buat step by step Tu hari kemain macam boleh sampai masuk neraka

Tanpa Nama berkata...

Kan dah di cakap Orang Islam boleh tolak dan tak salah kalau 'orang bukan Islam' hendak menyokong nya Ini bukan hudud

Orang tidak risau pindaan EJKS yang tidak perlu di buktikan dengan saksi 4 orang Sebab yang nak di buat sekarang ialah pinda hukuman sahaja

Macamana pulak kita maintain hukuman Jenayah Syariah dan kita tambah 4 saksi Apa jadi??

Susahkan nak dapatkan saksi di zaman sekarang

Empat saksi ini ia lah tanggung jawab kita bersama untuk melahirkan lebih ramai lebih lagi dari yang ada kalau nak dapatkan syarat empat saksi Memang tak boleh kan dan itu lah yang Allah nak beritahu kita macamana keadaan kita yang semakin jauh sekarang ini Yang ada pun tak boleh di pakai Yang boleh di pakai di hina dan di musuhi

Tanpa Nama berkata...

Pasai tu la tuang presideng sblum bt apa2 kta glakkan brbncng brdebat dn bri pnjelasan supya x tmbul salah pham..ni bt x hbaq main redah je last2 kta ni bukn hudud..kan rugi tu..

Tanpa Nama berkata...

Dulu ‘PAS ganti Umno’, kini PAS jadi Umno
PAS ganti Umno adalah cogan kata yang paling banyak digunakan menjelang pilihan raya umum 2013. Cogan kata itu lahir selepas kemenangan besar PAS pada pilihan raya 2008.

Banyak veteran PAS tidak bersetuju dengan maksud mendalam cogan kata itu. Mereka berkata ia seperti doa. Apa sahaja yang buruk dilakukan Umno akan diikuti PAS sebagai ‘penggantinya’.

contoh nya:
1malangnya pada 2015, semua itu diputar balik ke belakang. PAS telah mencontohi Umno yang tidak mahu jawatan presiden dipertandingkan.
2.PAS telah berubah 360 darjah, daripada parti yang mengamalkan demokrasi Islam kepada parti autokratik yang lebih teruk daripada Umno.
3.PAS sebaliknya meletakkan Hadi sebagai satu-satunya pemimpin sepanjang hayat, tidak boleh dicabar dan tidak akan meletak jawatan .
4.Pengumuman mursyidul am yang baharu dibuat pada 12 Mac dan lewat empat hari juga menimbulkan persoalan. Adakah perlantikan Haron semata-mata strategi untuk mengelakkan ahli PAS mendesak Hadi mengambil jawatan tersebut dan mengosongkan kerusi presiden? Memandangkan Haron tidak mempunyai kebijaksanaan politik sebagaimana Nik Aziz yang melayakkannya memegang jawatan tersebut.
5.Adakah seorang yang pernah ‘menyeberang’ seperti itu layak menjadi ketua tertinggi PAS?
aron yang satu ketika dahulu pernah menjadi Naib Presiden PAS ketika era kerajaan perpaduan dengan BN pada1972-78 ‘meningalkan’ PAS buat sementara waktu ketika parti itu lemah. Beliau kemudian timbul semula di sisi Anwar Ibrahim dan dikenali sebagai kawan baik ‘Pak Sheikh’ ketika itu.Sebelum itu, beliau dikatakan dekat dengan Umno.
6.Suatu ketika dahulu PAS sering memperlekeh Umno dengan mendakwa Mahathir menyingkirkan Anwar kerana tidak mampu berdebat dengan timbalannya itu. Kini, PAS juga hampir berperangai sedemikian.
Sangat mengarut apabila ditubuhkan satu jawatankuasa yang menyiasat tuduhan Timbalan Presiden Muhammad Sabu dan AJK PAS pusat Dr Hatta Ramli mahu menjatuhkan presiden pada pemilihan Jun 2015
7.Suatu ketika dahulu, PAS sering menjenakakan amalan politik dalaman Umno yang berebut untuk bertanding menjelang setiap pemilihan, dan mendakwa puak tertentu dalam Umno yang tidak berpuas hati akan mengupah samseng memukul lawan.
Kini, perangai itu didakwa telah merebak dalam PAS. Samseng didakwa membakar kereta Dr Hatta kerana cuba menjatuhkan presiden dan menumbuk muka Dr Dzulkefly kerana mengkritik ulama.
--
Apa nak jadi dengan PAS?
Umno telah berkuasa lebih 55 tahun. Maka wajarlah jika ia mula jadi ‘nyanyuk dan gila’ kerana berada di usia tua. Mereka telah puas menjarah kekayaan negara dan tidak mengapa jika mereka berlawan sesama sendiri. Lebih daripada itu Umno adalah parti sekular yang tidak mementingkan agama dan tidak mengikut jalan Allah.

Tetapi kini rakyat mentertawakan PAS kerana belum pun berjaya memerintah negara, namun telah berebut dan bertumbuk sesama sendiri. Lebih tenat parti itu dianggotai oleh pak lebai, guru agama dan ulama’
>> Akhirnya PAS benar-benar menggantikan Umno. Menyedihkan.<<

Tanpa Nama berkata...

lain kali tak perlulah sombong dan angkuh kalau mahukan hudud sekali pun. bawa berbincang.

ini tidak, nak tengok hudud sebelum mata terpejamlah, sebelum hari kiamatlah bagai. dengan gaya mafia, macam manalah orang tak takut. suka sangat bergaduh. terpekik terlolong musuh islam, musuh islam tak habis habis.

Tanpa Nama berkata...

Aku dah tau dah tektik Ug ni apa yang mereka boleh buat ialah buat kebajikan aje le mana boleh dililit dililit nye le. Tengok Abu Dzar AlGhafiri apa jadi? baca kisahnya..tapi beliau
tetap dengan pendirian.. itu dulu

Tanpa Nama berkata...

PAs ni jangan puss dan piss aje yang dia tau sudahhh
..

Tanpa Nama berkata...

kenapa hadi tak bentang undang-undang hudud di Malaysia, tapi hanya EKJS, adakah Hadi anti hudud? atau berlakon?

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi ada buat surat terbuka menerangkan keadaan keadaan dan memberi penjelasan mengenai hudud Dan dia sendiri menegur pihak pihak tertentu jangan jadi macam burung kakak tua tanpa memahami maksud maksud yang di sebut

Apa sudah jadi ?

Tanpa Nama berkata...

Tak cerdik berpolitik. Termasuk perangkap lawan dengan umpan sokongan.
Tiada hemah dan hikmah dalam percaturan.
Kawan di tinggal, lawan di cari buat kawan baru.Kawan baru perangkap jerat bila dah pecah kawan baru belah. Akan tinggal sorang ternganga kat mana slipanya. Jadi Pak Pandir makan termakan pisang pasang mulut melucur sebab gopoh dan dungu. Itulah kalau tak ikuat cara Rasulullah berpolitik. Kawan di jaga, musuh di jaga. perjanjian adil dan tiada hasat. golongan kafir zimmi dan harbi di kenalpasti. Bersatu teguh berpecah roboh. Bak Kata orang Cina. Keep your friend close but keep your enemies closer -sebab muuslihat musuh lebih halus dpd kawan. Mendaekati musuh lebih dekat kena baca muslihat dan taktik serta strategi mereka supaya tidak terjebak. Nampaknya tidak ada yang cerdek pandai dalam tindakan yang di ambil hanya untuk mendepankan agenda sendiri dan termakan jebak musuh yang lebih mantap. Wallah'alaam.

Tanpa Nama berkata...

Sapa yg fhm skrg nih... Knp knd Ruu dlu ??? Leh cite x?