29 Sep 2014

Gadis Melayu Berpurdah Sertai DAP


Seremban: Selepas peguam Melayu muda Dyana Sofya Mohd Daud dan anak gadis Melayu bertudung, Syefura Othman (Rara) menyertai parti DAP, kini Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Melati Rahim, 22, merupakan anak gadis Melayu terbaru menyertai parti yang terkenal dengan jolokan parti ‘chauvinist’ Cina tersebut.

Melati merupakan seorang graduan dari UNISEL dalam jurusan Diploma TESL.

Apabila ditanya kenapa Melati memilih DAP walaupun beliau berimej Islamik, Melati berkata wawasan dan asas DAP yang membuatkan beliau tertarik untuk bersama parti itu.

“Jika diteliti secara kasar, perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama.

“Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan.

“Sejujurnya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan.

“Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting. “Saya ingin tegaskan disini, Islam adalah pegangan saya dan saya bersaksi tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah.

“Dalam hal ini saya fikir kita harus buka dan lihat dalam kerangka lebih besar tentang kepelbagaian penganut agama di Malaysia,” katanya.

DAP menentang ‘kapitalisme parti’

Melati berkata beliau yakin tiada penganut dalam mana-mana agama merasakan agama mereka salah dan jika semua agama mahu pertahankan hak mereka tanpa bertolak-ansur dan bertoleransi, maka hancurlah dunia angkara peperangan kerana prejudis dan saling benci-membenci.

“Misalnya, kita lihat di Gaza pihak Yahudi secara terbuka mengaku ingin merobohkan Masjid Aqsa kerana ingin mendirikan semula Kuil Sulaiman yang pernah di bina dibawah Masjid Aqsa.

“Andai perkara ini dilihat pada dasar agama, pihak Yahudi sebenarnya sedang memperjuangkan hak agama mereka walau pada dasar kemanusiaan sebenarnya tanah tersebut milik Palestin.

“Jadi, soal moraliti dan kemanusian harus kita jadikan indikator dalam menilai perkara ini.

“Sesungguhnya Allah meletakkan darjat manusia itu tinggi. Seorang pemikir Barat zaman Ranaissance , Pico Della Mirandola pernah menyebut “nihil spectari homine admirabilius”, yang membawa maksud tiada yang lebih indah dari manusia. Maka, mari kita baca dan fikir-fikirkan.

“DAP menentang ‘kapitalisme parti’, mereka mempraktikkan perkara ini dengan meminta setiap ahli parlimen dibawah DAP mewakafkan di antara 20 hingga 30% daripada gaji mereka kepada parti.

“Senaraikan kepada saya siapa ahli parlimen di dalam DAP yang memakai kereta mewah selepas menjadi wakil rakyat? DAP bukanlah parti Cina yang anti Islam

Melati turut mengulas bahawa DAP juga gigih menjalankan khidmat dalam perkara berkaitan perlaksanaan perkhidmatan kesihatan dan dasar–dasar keselamatan sosial.

Selain itu, pelindungan terhadap warga tua, orang kurang upaya dan miskin tegar juga menjadi isu utama dalam DAP. Ia dipraktikkan di Pulau Pinang dengan pelbagai jenis bantuan.

“Di negeri naungan DAP itu juga mempunyai briged yang ditugaskan menjaga keselamatan awam di kawasan masing-masing dengan kelengkapan penuh yang di taja sepenuhnya oleh kerajaan Pulau Pinang.

“Hadirnya wakil rakyat dari kaum Melayu dan India seperti Zairil Khir dan Ram Karpal menguatkan lagi bukti bahawa DAP bukanlah parti Cina yang anti Islam.

“Saya yakin dalam hal ini kita harus berlapang dada dan cuba melihat dengan mata hati.

“Rumi pernah berkata aku beriman dengan agama Cinta, dan Islam adalah agama yang penuh dengan nilai cinta namun dirosakkan oleh manusia yang menjadikan agama sebagai senjata untuk menindas manusia yang lemah.

“Politik Islam meletakkan keadilan sosial dan kemanusiaan sebagai teras dan saya melihat ciri-ciri ini wujud dalam DAP. “Saya yakin sudah tiba masanya anak muda bersama-sama berjuang dalam DAP dan meruntuhkan segala dogma dan sifat rasisma yang sekian lama ditanam dalam benak rakyat Malaysia,” kata Melati. -FMT

ULASAN GB

Tiada apa-apa kesalahan dilakukan oleh Melati Rahim.

Bacalah yang tersirat dari yang tersurat, lagi ramai pemimpin melayu dan islam mengehentam DAP, semakin ramai pula muslimat menyertai parti itu. Itu hukum alam.

Bagitahu kepada Nasruddin Tantawi dan Nik Mohd Abduh serta konco-konco mereka.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau Begitulah, GB juga tak payah nak heran kalau ada ustaz masuk umno

Tanpa Nama berkata...

PAS merendahkan mertabat wanita sehingga wanita dlm PAS nak bersuara hal hal parti pun susah Kalau yg lelaki ilmu agamanya kurang sikit dr pemimpinnya pun susah inikan pula wanita

Khalid tadbir Sgor mcm tabir Syarikat PAS sokong Sdgkan ramai wanita yg berkebolehan mentadbir Syarikat jd apa beza nya? Kalau PAS memerintah Bank Negara tak akan bergabenorkan se org wanita skg ini

Wanita dlm DAP belum ada yg spt mulut Zuraidah Shahrizat sbg perbandingan

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah

DAP Parti Politik Bijaksana , dimana ahli ahli nya ada pendidikan serta ber tanggungjawab.

DAP PArti Politik Waras dan Matang , ahli ahli ada Maruah diri tinggi dan Ber Integriti.

Biar lah orang orang Melayu belajar jadi Tanggungjawab dan Bijak selepas ber gaul kawanan yang Bijak.

PAS PArti Politik Bahalol , kalau masok pun tetap menongkat langgit sampai jadi menipu dan munafik kalau di ikut gaya Tuan Presiden nya. PAS juga PArti Politik tak ber tanggung jawab dan malas berusaha hanya tunggu bantuan kerajaan untuk maju. Bukti nya Royalti Minyak Kelantan,,,

Orang yang Rajin , Bijak lagi Ber tanggungjawab ada Nilai Ekonomi , pasti menjadi Orang Berjaya tanpa Rasuah.

Tanpa Nama berkata...

When I go to non muslim countary I see Islam, but when I go to muslim countary I see kufr,....

Amuraria berkata...

nampak sangat yang perjuang untuk islam konon lagi tebal nasionalis@perkauman daa, ABU dan tolak geng pro 'ug'!

Unknown berkata...

Kini DAP..PKR..GERAKAN..dan NGO2 yg tidak bersifat" perkauman" tidak perlu risau .. Akan hadir lebih ramai dari kalangan bangsa melayu yg akan membuang sifat "perkauman" akan menyertai .. pada waktu itu semua bangsa adalah sama? semua agama adalah sama? ..dan tanah melayu ini adalah sama nilainya pada para penduduknya ? inilah sifat kemanusiaan yg total yg bakal menggantikan sifat perkauman .. dan bangsa melayu perlulah bersedia untuk melupakan bahawa tanah melayu ini bakal dikuasai hanya pada golongan berilmu ..tiada lagi batas sifat "perkauman".. maka beruntunglah bangsa melayu andai ia mampu melahirkan generasinya yg mencintai ilmu.. Dan bangsatlah bangsa melayu itu jika ia hanya mampu melahirkan generasi yg gagal.. adapun perihal agama islam itu tetaplah ia dlm perlindungan Allah swt .. sehingga ia diangkat olehNya sebagai tanda tibanya hari pembalasan.. soalnya adakah bangsa melayu itu sudah bersedia untuk membuang hak dan amanahnya pada tanah ini demi membuang sifat perkauman untuk diganti pada sifat kemanusiaan ?

Tanpa Nama berkata...

semakin meroyanlah nampaknya puak ultra-Melayu...

Tanpa Nama berkata...

hello unknown

disisi Allah semua manusia adalah sama. Yang mulia ialah yang taqwa.

kedua, katakanlah ada satu accident ngeri berlaku melibatkan ramai penumpang pelbagai bangsa dan agama... masa itu pertolongan kita dan nilai kemanusiaan yang dihulurkan adalah tanpa mengira bangsa dan agama, bahasa atau warna kulit.

So simple...

sanizabrinee berkata...

Memang betul tu greenboc kalau dilihat pada yang tersirat x ada yang menariknya untuk wanita muda berpelajaran meminati perjuangan PAS apatah lagi dengan kualiti dan mentaliti pemimpin mudanya yg tersangat ketinggalan berbading PKR dan Dap. Lagi banyak yang keluar dari geng UG ni ...lagi ramai yang akan meninggalkan PAS dan yang baru nak memilih parti pastinya meminggirkan PAS....!!!

Tanpa Nama berkata...

Tak tau pula bagi duit gaji kepada parti DAP dikira wakaf. Wakaf ni ada syarat2nya. Ustazah DAP kot yg kata begitu.

Tanpa Nama berkata...

kalau mereka tidak benar masuk dap, minta tuang president barua dan ular semak buat definasi baru supaya kuasa veto tuang president barua boleh merangkup setiap individual orang ingin masuk mana-mana parti.

selesai, tak perlu Tanya-Tanya boleh ker tak boleh ker

Tanpa Nama berkata...

yg tolol berkata ini tanah aku

yg bahalol pon kata ni tanah melayu

si goblok mendakwa ini bangsa aku

si fakeh barua pon sebut ini agama aku


tahukah kamu..
bahawa tanah..kawasan..bangsa..agama dan segala2nya adalah semutlak2nya milik'NYA" shj..

bahawa sume milik'NYA" itu..
sume milik'NYA' itu wajib dikongsi bersama dgn sbnr2 sbnr2 sbnr2 nilai UNIVERSAL tertnggi yg TIADA nilai2 lain yg mampu menyamai nilai2 hakiki'NYA" itu..

ddlm DAP nilai2 UNIVERSAL lebih jls berbanding nilai2 auta-belit khianat n finah ddlm parti-barua sarban n jubah??

DAP usaha utk selesai masaalah
barua-sarban memanjang dgn masaalah!

"wama ARSALNAKA illa RAHMATAN lilalaminn.."

Tanpa Nama berkata...

“Senaraikan kepada saya siapa ahli parlimen di dalam DAP yang memakai kereta mewah selepas menjadi wakil rakyat?" Kata Melati Rahim.

Betul ke? Saudari sudah semak hartanah lain seperti rumah-rumah, bangunan-bangunan, saham-saham, kedai-kedai dan sebagainya.

Biasanya orang Cina jarang tunjuk kekayaan mereka bukan seperti Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Anon 7:39

Dari komen sdra nampaknya sdra dah semak dan mempunyai maklumat lengkap. Ini satu modal yang baik. Kongsilah dengan semua orang.

Kalau belum, biasalah perangai melayu. Cakap nampak berisi tetapi kosong.....

Unknown berkata...

Sejujurnya kamu tidak mengetahui pada apa yg aku ketahui begitulah sebaliknya ...adapun setiap bangsa itu akan ditanya dihadapan Allah swt dengan usaha apa yg ia lakukan demi memuliakan bangsanya..mempertahankan hak yg berhak terhadap bangsanya..amanah terhadap bangsanya ..apakah ia meninggalkan keadaan bangsanya samaada lebih baik atau lebih buruk untuk generasi akan datang .. Dan tidaklah kejadian manusia yg berbangsa2 merupakan sesuatu yg sia2.. Ini merupakan salah satu urusan fardhu kifayah yg akan mberatkan timbangan seseorang sama ada berupa pahala atau dosa.. tanyakan dirimu sebagai seorang melayu ..apakah tanah melayu ini bukan hak dan amanah kepada bangsa melayu .. Bagaimana jika kelak anak keturunanmu .. Tidak lagi mampu untuk mengakui bahawasanya tanah ini adalah tanah melayu .. Aku sangat cintakan bangsaku dan akan mempertahankan hak yg berhak pada bangsaku ini menurut pada syariat islam

Unknown berkata...

Mempertahankan hak yg berhak ..memuliakan ..mendoakan rahmat@perlindunganpada bangsa sendiri termasuk dlm syariat islam .. Ia terkandung dlm urusan fardhu kifayah .. Tanah ini bernama tanah melayu merujuk pada bangsa melayu ,.dan ia merupakan rahmat dan amanah dari Allahswt ..di akhirat kelak segala perbuatan manusia akan ditimbang ..ditanya..diadili ..termasuklah pada kejadian kamu sebagai bangsa melayu .. Apakah kamu telah menunaikan hak dan amanahmu sebagai seorang melayu.. Aku taajub dan bingung siapakah mengajar perihal kejadian manusia yg beraneka bangsa seolah2 tidak termasuk dlm syariat islam yg akan dipersoalkan pada setiap manusia

Unknown berkata...

Bukan sedikit yg tidak mengerti apakah beza antara yg zahir dan yg batin .. Benar segala apa yg ada hakikatnya adalah milik Allahswt .. Tetapi manusia adalah pemegang amanah atas apa yg ada padanya.. Kerana manusia itu diberatkan padanya pahala dan dosa..maka berusahalah sedaya upaya dengan dipandu syariat islam .. Sifat perkauman adalah fitrah manusia yg waras .. Ia bakal membawa pahala ataupun dosa..

Ibn Sabil berkata...

Pernahkah Rasulullah berdoa untuk orang Arab?

Malah Rasulullah bersabda:
laisa minna man da'a ila a'sabiyyah.
walaisa minna man qatala a'la a'sabiyah.
walaisa minna man maata a'la a'sabiyah.

"bukan dari golongan kami sesiapa menyeru ke arah asabiyyah (perkauman), dan bukan dari kalangan kami sesiapa yang berperang pada jalan asabiyyah, dan bukan dari golongan kami sesiapa mati di atas asabiyyah."


Mempertahankan hak yg berhak ..memuliakan ..mendoakan rahmat@perlindunganpada bangsa sendiri termasuk dlm syariat islam .. Ia terkandung dlm urusan fardhu kifayah .. Tanah ini bernama tanah melayu merujuk pada bangsa melayu ,.dan ia merupakan rahmat dan amanah dari Allahswt ..di akhirat kelak segala perbuatan manusia akan ditimbang ..ditanya..diadili ..termasuklah pada kejadian kamu sebagai bangsa melayu .. Apakah kamu telah menunaikan hak dan amanahmu sebagai seorang melayu.. Aku taajub dan bingung siapakah mengajar perihal kejadian manusia yg beraneka bangsa seolah2 tidak termasuk dlm syariat islam yg akan dipersoalkan pada setiap manusia by unknown

Tanpa Nama berkata...

Yg terima syarat kemerdekaan tu siapa ? Yg lepaskan Singapore tu tentu ditanya dihadapan Allah jugak termasuk Batu Putih yg di pertahankan oleh Sultan sendiri Rezab melayu pun UMNO tak pertahan ini kan pulak Tanah Melayu yg hanya nama dlm lipatan sejarah Jgn pertahankan tanah Pertahan kan maruah bangsa

In response to apakah tanah melayu ini bukan hak dan amanah kepada bangsa melayu .. Bagaimana jika kelak anak keturunanmu .. Tidak lagi mampu untuk mengakui bahawasanya tanah ini adalah tanah melayu .. Aku sangat cintakan bangsaku dan akan mempertahankan hak yg berhak pada bangsaku ini menurut pada syariat islam by unknown

Unknown berkata...

Adapun DAP itu terhalang untuk bangsa melayu berada didlmnya selagi ada ruang untuknya berjemaah dari kalangan sebangsa dengannya .. Walau ia seribukali lebih baik sekalipun .. Kerana DAP bukanlah dinakhodai oleh bangsamu ..mungkin banyak urusan fardhu kifayah(urusan dunia) yg ia uruskan yg menepati syariat islam ... tetapi ia tidak mungkin mampu berlaku adil dlm urusan yg melibatkan bangsa dan hak yg berhak .. kerana kepimpinan DAP pada waktu ini darah dan amanahnya bukan dari bangsa melayu .. Ambilah pelajaran pada kaum red indian..hatta saudaramu di singapore ..apakah haknya sama dengan bangsa yg memerintah .. bukankah sebelumnya polisi PAP itu juga tidak bertunjangkan kaum.. lalu mengapa mereka mengusai hampir segala keistimewaan dan kelebihan ..apakah bangsanya itu terlalu bijak ..atau hanya bersandar pada majoriti penghuninya.. Sejarahnya PAP dan DAP itu merupakan satu ..hanya terpisah pada sempadan kuasa pemerintahan yg berbeza ..tetapi berkongsi asas yg sama .. Malang sungguh bangsa melayu baru pasca kemerdekaan .. Hatta untuk mengetahui hak yg berhak pada bangsanya sendiri ia terlalu dungu untuk memahami

Unknown berkata...

Adapun DAP itu terhalang untuk bangsa melayu berada didlmnya selagi ada ruang untuknya berjemaah dari kalangan sebangsa dengannya .. Walau ia seribukali lebih baik sekalipun .. Kerana DAP bukanlah dinakhodai oleh bangsamu ..mungkin banyak urusan fardhu kifayah(urusan dunia) yg ia uruskan yg menepati syariat islam ... tetapi ia tidak mungkin mampu berlaku adil dlm urusan yg melibatkan bangsa dan hak yg berhak .. kerana kepimpinan DAP pada waktu ini darah dan amanahnya bukan dari bangsa melayu .. Ambilah pelajaran pada kaum red indian..hatta saudaramu di singapore ..apakah haknya sama dengan bangsa yg memerintah .. bukankah sebelumnya polisi PAP itu juga tidak bertunjangkan kaum.. lalu mengapa mereka mengusai hampir segala keistimewaan dan kelebihan ..apakah bangsanya itu terlalu bijak ..atau hanya bersandar pada majoriti penghuninya.. Sejarahnya PAP dan DAP itu merupakan satu ..hanya terpisah pada sempadan kuasa pemerintahan yg berbeza ..tetapi berkongsi asas yg sama .. Malang sungguh bangsa melayu baru pasca kemerdekaan .. Hatta untuk mengetahui hak yg berhak pada bangsanya sendiri ia terlalu dungu untuk memahami

Tanpa Nama berkata...

Hello unknown

itu tanah genting highland siapa serahkan kepada Cina kalau bukan puak kamu UMNO namanya?

Unknown berkata...

Asobiah adalah perbuatan mempertahankan@melindungi bangsa@kaum kerabat@kumpulan tanpa berlandaskan syariat islam..bukankah Baginda saw memuliakan nasab keturunannya..memuliakan umat islam..memuliakan bangsa arab..memuliakan kaum ansar dn muhajirin..memuliakan tanah mekah dan madinah..pernah ia menitiskan air matanya tatkala melangkah keluar dari tanah mekah menuju madinah .. Demikianlah adanya perihal mempertahan@melindungi@memuliakan sesuatu jika berlandaskan syriat islam tdaklah ia termasuk pada perbuatan assobiah.. Aku tidak berkiblatkan mana2 parti politik secara kekal@mutlak.. Aku kira kau sudah memahaminya wahai sahabat

Tanpa Nama berkata...

Tetapi segelintir pemimpin PAS juga mengamalkan assobiyah juga. Assobiyah depa ini berdasarkan puak mana? Puak ulamak ke puak profesional.

Yang kuat mengamalkan assobiyah ni dalam PAS adalah puak ulamak UG ( buman semua ulamak PAS assobiyah). Bila ada peluang depa tekan dan cantas je puak satu lagi. Kat Kelantan dah terjadi apabila kerajaan baru pasca TGNA hendak ditubuhkan dulu.

Unknown berkata...

Perbuatan yg membawa kerosakan pada masa lalu yg dilakukan pemerintah yg berkait pada urusan bangsa melayu dan hak2nya bukan untuk diteladani mahupun untuk dicela selamanya .. Ataupun untuk dijadikan alasan jika kita melakukan perbuatan yg sama .. aku tergerak untuk mengkhabarkan pada bangsa melayu betapa generasi (xyz) kamu itu telah hampir mencampakkan hak dan amanahnya sebagai seorang melayu lebih dlm dari apa yg telah diperbuat oleh pemerintah .. Boleh sahaja kamu menukar kuasa pemerintahan . tetapi fikirkan sejenak apakah DAP PKR akan mampu mempertahankan hak dan amanah bangsa melayu di tanah warisannya ..setelah ia membuang nikmat dan kemuliaan kejadian manusia yg berlainan bangsa .. apakah akal fikir manusia itu lebih hebat dari hikmah yg terkandung disebalik fitrah kejadian manusia yg beraneka bangsa .sehingga. usaha mempertahankan@memuliakan hak yg berhak pada sesuatu bangsa tanpa melampaui syariat islam disamakan pada perbuatan assobiah@rasist .. Jika kabur pada makna asobiah@rasist .. rujuklah sejarah africa selatan..sikulit putih itu mempertahankan hak bangsanya dengan perbuatan assobiah sedang sikulit hitamnya mempertahankan hak bangsanya menurut pada syariat islam walaupun akidahnya terkeluar dari syariat islam.. Kerana urusan ini hanya urusan fardhu kifayah .. Wahai sahabat

Tanpa Nama berkata...

yg gadaikan dan tak boleh nak tebus lagi hak dan amanah sebg melayu ialah pemerintah Yg kena pikul generasi xyz Kalau terlajak 5 km boleh lah ni dah terlajak beribu ribu km Kalau di campak boleh di kutip ini tak boleh nak di tebus

di africa kulit putih pertahan hak dr kulit hitam Yg kulit hitam pertahan kan hak dr kulit putih Yg di negara kita org kulit sawo matang mempertahan hak dr kulit sawo matang

Ekonomi di tanah melayu ini di kuasai oleh siapa dan di perintah oleh siapa ?

Tolong nilaikan sendiri pemimpin kita Please

Tanpa Nama berkata...

mahathir sendiri pernah berkata mana mana bangsa akan memberi keutamaan kpd masa depan bangsa nya

Anwar sendiri mengakui perkara ini terang terang depan umum dlm ceramah yg dihadiri oleh kaum cina dan india yg dia tidak berganjak dlm soal hak melayu Awnar sendiri berkata kaum india yg dlm pkr utk pertahankan hak kaum india

Tp UMNO gagal mempertahankan hak org melayu dan bumi di sabah dan sarawak Lebih dr itu UMNO menakutkan melayu dng pendirian nya Royalti minyak tu hak siapa ?


In respond to

Sejarahnya PAP dan DAP itu merupakan satu ..hanya terpisah pada sempadan kuasa pemerintahan yg berbeza ..tetapi berkongsi asas yg sama .. Malang sungguh bangsa melayu baru pasca kemerdekaan .. Hatta untuk mengetahui hak yg berhak pada bangsanya sendiri ia terlalu dungu untuk memahami

SEPTEMBER 30, 2014 AT 9:06 PM

bat8 berkata...

Anon 11:43

"Sejarahnya PAP dan DAP itu merupakan satu ..hanya terpisah pada sempadan kuasa pemerintahan yg berbeza ..tetapi berkongsi asas yg sama .. Malang sungguh bangsa melayu baru pasca kemerdekaan .. Hatta untuk mengetahui hak yg berhak pada bangsanya sendiri ia terlalu dungu untuk memahami"

......................................

Jika betul dakwaan sdra, kita semua ditipu hidup-hidup oleh UMNO yang memegang pemerintahan negara sejak merdeka. UMNO telah menggunakan DAP untuk menghapuskan melayu dengan meluluskan pendaftaran DAP sebagai sebuah parti politik dibawah Akta Pertubuhan 1966. Dimana pe4juangan untuk kedaulatan orang melayu yang dilaungkan. Amat jijik sekali UMNO jika dengan sengaja membiarkan PAP m3nubuhkan DAP bagi m3nghapuskan melayu

Kerajaan UMNO patut m3ngharamkan DAP demi menjaga keselamatan orang melayu. Ini tugas asas UMNO dan sebab UMNO wujud.

Kita lupa siapa yang membela gadis melayu bawah umur yang dinodai oleh KM Melaka dalam tahun 80an dulu sehingga merengkok di penjara. Dia kehilangan jawatan MP kerana mempertahankan maruah gadis melayu. Dimana pejuang2 melayu masa itu.

DAP memang PAP. Sebab itu peruntukan untuk MAIPP diberi sampai RM 60 juta. Kebajikan guru KAFA dijaga. Pelbagai imbuhan kepada imam dinaikkan. Pelbagai bantuan kewangan disalurkan kepada masjod-masjid untuk memakmurkan kegiatan ugama.

Peruntukan diberi jauh lebih besar dari peruntukan yang disediakan oleh kerajaan-kerajaan UMNO yang menguasai Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan Melaka.

Jadi tak payah nak jual minyak urat la. Kalau betul DAP tu PAP, haramkan sahaja! Undang-undang negara cukup untuk mengambil tindakan terhadap DAP. SOALNYA M3NGAPA KERAJAAN UMNO TAK HARAMKAN SAHAJA!

Unknown berkata...

Sebetulnya aku tidak berbicara perihal politik .. simpan sahaja kisah kemuliaan DAP dan sekutunya sebagai sandaran buatmu .. Sifat DAP ibarat rugi secupak untung segantang..Aku cuma kisahkan pada amanah kita sebagai bangsa melayu .. Sebagai imbangan tahukah kamu di perak sebelum tumbangnya kerajaan PR telah diluluskan pemberian tanah selama 999tahun.. dan dioperasikan semula lombong bijih timah bersyaratkan minimum 5tahun operasi dan hak milik juga 999 tahun diberi kepada sipengusaha .. Maha Suci Allahswt tumbangnya golongan khianat itu sebelum ia sempat menuai hasil ketaasuban dan kebodohan bangsa melayu itu sendiri.. Di penang sendiri dibuka tanda2 kejelikan DAP hasil dari rakan tahlufnya PAS lebih mesra dengan gelar UG.. Seperti yg dikata pemerintahan siapa yg lebih menurut pada syariat islam itulah yg wajib diangkat ..