14 Mei 2014

Episod Terengganu: Najib & UMNO Yang Cemas & Kecut Perut, Bukan PAS


Ahmad: Najib mohon maaf, saya begitu jua

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik surat keluar Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf kepadanya.

Malah Ahmad yang juga ADUN Kijal turut sama berbuat demikian kepada Najib.

"Beliau minta maaf kepada saya atas salah faham itu dan saya minta maaf atas kelakuan saya," katanya dalam sidang media di kediamannya di Kemaman petang ini.

Secara khususnya, Ahmad berkata bahawa beliau memaafkan Najib ekoran salah faham berkaitan dengan majlis perkahwinan anak perempuannya itu.

"Najib fikir perkahwinan itu berakhir pada 10 Mei, tetapi sebenarnya ada satu lagi majlis pada 17 Mei dan satu lagi pada 31 Mei di Kuala Lumpur," katanya.

Menurut Ahmad, perkahwinan anak perempuannya merupakan maruahnya dan beliau meletak jawatan dari Umno kerana keengganan Najib menghormati permintaannya.

"Kami saling minta maaf jadi saya pun buat keputusan tarik balik peletakan jawatan sebagai ADUN Kijal umno. Begitu juga Ghazali Taib.

"Jadi kes ini selesai dan kami juga kekal sebagai ADUN Umno, semuanya selesai. Ini sahaja," katanya. -mk

ULASAN GB

Berakhirnya episod Terengganu... dimana Najib "terpaksa" mengalah dan meminta maaf kepada Ahmad Said.

Segala usaha dikerahkan untuk pastikan tidak berlaku pilihanraya di negeri itu.

Semenjak 1999, iaitu kewujudan kerjasama parti-parti PAS, DAP dan PKR, UMNO BN cukup takut dengan pilihanraya. Tahun 2014 lagilah teruk dimana di Bukit Gelugor, BN lansung tidak meletakkan calonnya - sesuatu yang amat jarang berlaku dimana parti kerajaan telah mengangkat bendera putih. Itu petanda memang UMNO penakut dan pengecut untuk berhadapan dengan rakyat, sekarang dan selama-lamanya.

Jika Bukit Gelugor pun BN dah kecut, inikan pula satu negeri. Negeri Terengganu yang umum mengetahui bahawa UMNO BN hanya menang tipis di situ di dalam pilihanraya yang lalu - dengan kelebihan hanya tiga kerusi.

Itu sebab mengapa UMNO sedaya upaya cuba mengelakkan DUN dibubarkan dan mengelakkan pilihanraya diadakan sehingga Presiden UMNO "terpaksa" dan "dipaksa" untuk merendah diri dan memohon maaf kepada Ahmad Said - sesuatu yang pelik untuk Najib lakukan tetapi, demi Terengganu, ia mesti dilakukan.

Terengganu sebuah negeri yang unik dimana hasil royalti minyak yang diperolehi dari petronas dikuasai oleh Menteri Besarnya. Itu sebab mengapa sesiapa juga jadi MB Terengganu, ia akan menjadi super kaya-raya... siap boleh pergi dan taja orang lain pergi ke Antartika dan beli dan bela anak singa. Sungguh aneh wang royalti beratus juta ringgit ini diterima semenjak UMNO BN perintah negeri Terengganu tidak pernah diaudit!

Mujurlah PAS dan Pakatan tidak gopoh dan tidak melatah sepanjang episod Terengganu ini berlaku. Tidak seperti UMNO di dalam episod Perak dahulu. Bak kata Dr Azman Ibrahim di harakahdaily "PAS tidak menangguk di air keruh tetapi ‘cerdiknya’ Mat Said and The Gang, keruhkan air kemudian tangguk sendiri."

Apa hyang jelas ialah episod Terengganu adalah sekilas cahaya di dalam gelap yang menunjukkan bahawa ada terdapat tanda-tanda UMNO BN bakal runtuh di negeri it. InsyaAllah.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Misi Kemanusiaan Difitnahkan Sebagai Militan


Saya bukan anggota militan’

IPOH – Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa nafi terlibat secara langsung dengan sebarang pertempuran di Syria atau menyertai kumpulan militan di negara bergolak itu.

Menurutnya, dakwaan bahawa beliau menyertai gerakan militan di Syria sama sekali tidak berasas dan dianggapnya berniat jahat.

“Kehadiran saya di Syria hanyalah untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dan saya baru sampai di Malaysia, 4 Mei lalu selepas berada di sana selama seminggu. Ini misi ketiga yang saya sertai.

“Misi pertama adalah pada 26 Oktober tahun lepas dan sekali lagi saya ke Syria pada 5 Januari lalu melalui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), dan baru-baru ini saya bersama Muslim Care Malaysia,” katanya semalam ketika diminta mengulas mengenai beberapa keping gambarnya yang dikirimkan individu tidak dikenali kepada Sinar Harian.

Ungkapan ‘Pejuang tanahair, Ustaz Haji Norazli Musa yang berasal dari Perak di bumi Syria bersama pejuang-pejuang Islam di sana, demi Jihad!’ turut disertakan bersama gambar-gambar berkenaan.

Nor Azli berkata, tindakannya bergambar bersama penduduk di Syria tidak semestinya menggambarkan dirinya mempunyai kaitan dengan kumpulan militan.

"Di Syria, bukan hanya penduduknya mengangkat senjata, doktor yang merawat pesakit sendiri pun ada senjata. Jadi tidak hairanlah senjata sentiasa digalas di bahu mereka.

“Adakah dengan bergambar dengan doktor yang memegang senjata, mereka menuduh saya sudah menyertai gerakan militan di Syria? Saya sama seperti NGO yang menjalankan misi kemanusiaan di sana, itu sahaja,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa senapang dipegangnya dalam gambar yang tersebar dalam laman sosial bukan senjata sebenar tetapi merupakan pemetik api.

Malah katanya, gambar tersebut diambil di pekarangan Masjid Negeri di Ipoh, bukannya di Syria.

“Saya tak tahu mengapa ada pihak tertentu yang mahu mengaitkan gambar tersebut dengan gambar saya semasa misi di Syria. Mungkin mereka ini ada niat tertentu,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, Nor Azli akan dipanggil untuk memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.

“Kita memang tidak mengetahui pemergian ahli kita ke sana (Syria) apatah lagi kita tidak berupaya untuk mengetahui setiap gerak kerja ahli kita termasuk misi kemanusiaan yang disertai Nor Azli.

“Bagaimanapun Pas sentiasa memastikan perjuangan ahlinya berasaskan perlembagaan parti serta mengikut lunas perundangan di negara ini,” katanya. -SH

Tiada istilah militan terhadap orang Islam


ALOR SETAR – Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, tiada istilah militan mahupun pengganas terhadap orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan saudara Islam yang lain.

Menurutnya, istilah itu hanyalah tanggapan orang bukan Islam terhadap orang Islam untuk menggambarkan bahawa Islam itu mengajar keganasan.

“Berdasarkan hukum, umat Islam adalah dituntut untuk berjihad. Tetapi erti kata jihad terlalu luas dan dalam konteks situasi sekarang, kita perlu memberi tumpuan kepada jihad dalam negara terlebih dahulu.

“Bahkan Nabi juga berkata, siapa yang tidak ambil tahu berhubung umat Islam atau saudaranya yang lain, dia bukanlah daripada kalangan aku,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, walaupun Islam menuntut untuk berjihad, tetapi kewajipan itu perlu diberikan kepada hal-hal dalam negara terlebih dahulu.

“Sekiranya kewajipan kita dalam negara sudah selesai, barulah dibolehkan untuk berjihad ke negara lain.

“Tetapi berjihad dengan cara memberi sumbangan kewangan dan doa pun sudah mencukupi. Jihad ini tidak bermakna kita perlu berjuang ke negara lain, cukuplah sekadar kemampuan kita,” katanya.

Jelasnya, kewajipan untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan sesuatu negara itu juga adalah tanggungjawab negara itu sendiri.

“Tidak salah sekiranya kita nak berjihad mempertahankan umat Islam di negara lain, tetapi kita perlu lebih berhati-hati kerana ia melibatkan hukum dan akidah.

“Kita perlu tahu punca sesuatu masalah itu lebih mendalam sebelum berjihad,” katanya.




IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Krisis Di Terengganu, Balasan Rampasan Kuasa Di Perak – Nizar


Pergolakan politik yang berlaku di Terengganu adalah balasan akibat rampasan yang dilakukan Umno di Perak pada tahun 2009, kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, pergolakan politik di Terengganu dilihat semakin parah antara Umno negeri itu dengan Umno Pusat sehingga wakil rakyat mereka secara sukarela keluar dari parti itu.

“Pergeseran mereka parah. Dulu cakap Pas dan KEADILAN parti yang tak boleh tadbir. Tapi kita lihat secara terang-terangan pergolakan Umno lebih dahsyat lagi,” kata Nizar kepada Keadilandaily.

Sebelum ini, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Nizar di Perak ditumbangkan pada 2009 dengan taktik lompat parti oleh dua Adun KEADILAN iaitu Kapten (B) Mohd Osman Jailu, Jamaluddin Mohd Radzi serta Adun DAP, Hee Yit Fong.

Kini, di Terengganu tragedi sama berulang apabila tiga Adun BN mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat Bebas iaitu Datuk Seri Ahmad Said (Kijal) Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

Nizar berkata, Datuk Ahmad Said dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu kerana dia mempunyai krisis dengan Timbalannya iaitu Datuk Seri Idris Jusoh yang merupakan orang kanan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin.

“Mereka dari dulu tiada persefahaman, ada perbalahan yang jelas. Tak mustahil Ahmad Said boleh digugurkan,” tambah Nizar yang juga Adun Changkat Jering.

Jelas Nizar, apa yang berlaku di Terengganu membuktikan kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang bukan sahaja gagal mentadbir negara, malah tidak mampu mengurus negeri dibawah pentadbiran BN sendiri.

Dalam pada itu, kata Nizar ada tangan tersembunyi dalam Umno yang berniat menjatuhkan Ahmad Said, selain budaya tikam-menikam sesama sendiri dalan parti itu.

“Ada orang ketiga yang mahu hancurkan seseorang yang tidak disukainya lagi. Prinsip Umno memang macam itu. Jatuhkan orangnya sendiri kerana ada kepentingan,”
ulas Nizar. -KD









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Terbuktikan Sudah Dia Seorang Penipu & Pendusta Tegar!


Najib muka tak tahu malu, mustahil akan letak jawatan

SHAH ALAM, 13 MEI : Krisis kepimpinan yang berlaku di kalangan Umno Terengganu dilihat satu lagi kegagalan kepimpinan presiden parti itu yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Azan Ismail, berkata Najib harus mengikut jejak langkah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk meletak jawatan.

Katanya, krisis yang berlaku menunjukkan betapa Najib lemah dalam pentadbirannya hingga memecah belah sebuah kerajaan negeri.

“Kalau di peringkat persekutuan, mungkin Najib ada ramai pembantu yang tolong dia mentadbir dan menguruskan pelbagai hal.

“Tetapi nampaknya tidak di peringkat negeri. Ini salah Najib kerana melakukan keputusan secara tergesa-gesa dan langsung tidak fikir kepentingan rakyat.

“Patutnya dia juga letak jawatan, ikut Ahmad Said,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau dihubungi bagi mengulas tindakan letak jawatan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semalam diikuti upacara angkat sumpah jawatan itu oleh penggantinya, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Ahmad Said yang juga ADUN Kijal turut mengisytiharkan keluar Umno dan berkata keputusan itu dibuat ekoran tidak puas hati dengan masa pertukaran Menteri Besar yang dibuat beberapa hari sebelum perkahwinan anaknya, pada 17 Mei ini.

Mengulas lanjut, Azan bagaimanapun menjangkakan Najib tidak akan sesekali mengikut jejak Ahmad Said untuk meletak jawatannya, sebaliknya akan terus mempertahankan segala kedudukan yang ada.

“Kalau di Korea kapal karam, Perdana Menterinya letak jawatan hanya beberapa hari selepas insiden kerana rasa tanggungjawabnya kuat.

“Kita di Malaysia, kapal terbang hilang tetapi Perdana Menteri muka tebal tidak mahu lepas jawatan, apa lagi setakat di Terengganu. Tetapi apa hendak dihairankan, Altantuya mati juga dia boleh rilek,” katanya. -selangorkini

ULASAN GB


Printscreen yang dipamerkan adalah dari akhbar Berita Harian bertarikh 25 Apr 2014 12:54:13 GMT, namun telah dipadamkan oleh akhbar berkenaan. Namun bagi yang memahami IT, beritanya masih boleh diakses di SINI

Di dalam berita berkenaan dilaporkan:

Najib nafi khabar angin tukar beberapa menteri besar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak khabar angin yang disebarkan berhubung cadangan untuk menukar beberapa menteri besar.

"Siapa yang kata kita nak tukar MB?," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini, sebentar tadi.

kemudian apa berlaku selepas itu? betul-betul Ahmad Said ditukarkan.

tidakkah itu penipu dan pendusta tegar namanya? ... dan sedikit pesanan penaja......










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


[TERKINI] Seorang ADUN Bebas Buat U-Turn, Skrip Perak Berulang


Adun Bukit Besi kembali kepada Umno, kata Shahidan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud yang menjadi wakil rakyat bebas pagi ini kembali kepada parti tu.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno itu, kedudukan terkini kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menyebabkan tiada keperluan untuk diadakan pilihan raya negeri.

"Dengan kembalinya Roslee maka BN kembali memerintah," katanya kepada The Malaysian Insider.

“Kedudukan terkini, Umno kembali kepada 15, PAS 14, PKR 1, dan calon bebas 2.”

Lewat malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar Umno, tidak sampai 24 jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai ketua eksekutif baru negeri itu.

Awal pagi ini, Roslee menyertai Ahmad dan Ghazali keluar daripada Umno.

Tindakan berkenaan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dalam DUN Terengganu apabila hanya mempunyai 14 kerusi, PAS (I4), PKR (1) dan Bebas (3).

DUN Terengganu mempunyai jumlah keseluruhan 32 kerusi.

Kemelut itu menyaksikan PAS Terengganu mendesak DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya diadakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan ‎akan berjumpa semua Adun BN Terengganu malam ini bagi meredakan ketegangan politik di negeri itu. – TMI


Politikus tukar keputusan jika kena ‘harganya’, kata Kadir Jasin

Datuk A Kadir Jasin tidak menolak kemungkinan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang keluar parti boleh bertukar fikiran jika kena pada "harganya".

Kemelut politik dalaman Umno di negeri itu tercetus selepas peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar dan kemudian diikuti dua lagi Adun.

Lebih meruncingkan, PAS mendakwa empat lagi Adun akan keluar parti sebagai tanda membantah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ini hanya perkembangan awal.

"Ahli politik boleh bertukar fikiran secara sukarela jika kena pada 'harganya'. Seringkali dikatakan ahli politik yang kita percayai sudah tiada lagi," kata Kadir dalam blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini.

Kadir juga membayangkan keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya beberapa Adun lain di Terengganu mengambil langkah sama keluar parti.

"Situasi pasti buruk kepada BN (Barisan Nasional) sekiranya ada Adun Umno lain mengikut jejak Ahmad dan Ghazali," katanya.

Jangkaan Kadir tersebut semakin menjadi kenyataan apabila Adun ketiga, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Kadir berkata, PAS boleh membentuk kerajaan baharu di Terengganu dengan mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar baharu menerusi sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Mereka (PAS) juga boleh mendesak sesi khas DUN untuk mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar memandangkan beliau tidak memiliki majoriti di dalam dewan," katanya.

Ahmad bersama dua lagi Adun Umno keluar parti beberapa jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai menteri besar baharu semalam.

Tindakan tersebut menyebabkan komposisi DUN yang dikuasai oleh BN di Terengganu berubah dan menjadikan jumlah kerusi sama dengan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata BN masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya keluar parti.

Beliau berkata, walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.

Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia.

Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008, walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris kini merupakan menteri pendidikan II dalam Kabinet Najib.

Tahun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku DUN tergantung disebabkan BN menang tipis. Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu.


ULASAN GB

Ahamd Said dah kena main. Sekiranya kita masih ingat di dalam krisis politik Perak, runtuhnya Pakatan Rakyat di Perak adalah melompatnya Datuk Nasarudin (ADUN Bota) ke dalam UMNO semula selepas sehari menyertai PKR.

Nampaknya skrip itu berulang di Terengganu.

Di Perak, yang lebih dasyatnya apabila dua Adun Perak dari PKR iaitu Adun Behrang dan Changkat Jering dilaporkan hilang dan gagal dihubungi. Desus desus ketika itu menyatakan yang mereka berada di rumah Najib di Pekan dan dikawal ketat oleh pasukan polis tentera. Alasan mereka ke Pekan - berubat dengan seorang bomoh di Pekan!

Kemudian ADUN DAP dari Jelapang turut melompat. Maka tumbang kerajaan PR ketika itu.

Tapi hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Satu hari "katak-katak yang melompat akan menerima nasibnya - mengikut nasib Si Raja Katak di pantai timur itu. Rakyat loya dan tak berahi dengan perangai mereka yang tidak berprinsip...





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI