MH370: Bateri Lithium Hidupkan Semula Spekulasi Pesawat Terbakar
Pendedahan oleh Malaysia Airlines terhadap pesawat MH370 yang hilang itu membawa bateri lithium-ion yang sangat mudah terbakar di dalam kargonya telah menyalakan semula spekulasi bahawa kebakaran mungkin menjadi penyebab kehilangan pesawat tersebut.
Seorang pakar keselamatan penerbangan, Billie Vincent hari ini mengesahkan kepercayaannya sebelum ini bahawa kebakaran bermula pada kargo MH370, memusnahkan sistem komunikasi pesawat, kemudiannya mengisi kabin dengan asap toksik.
Bekas ketua keselamatan Syarikat Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat itu berkata ia akan menenggelami penumpang tetapi mungkin juruterbang berpeluang untuk mengalihkan pesawat untuk pendaratan kecemasan.
"Data yang dikeluarkan setakat ini menunjukkan perkara paling mungkin ialah masalah dengan bahan-bahan yang berbahaya.
"Senario ini bermula dengan letusan bahan-bahan berbahaya di dalam kargo - sama ada dibungkus secara tidak wajar atau dibawa secara tidak sah - atau kedua-duanya sekali," beliau dipetik sebagai berkata di dalam "Pengurusan Trafik Udara" (PTU), sebuah majalah dan laman web yang berdedikasi yang membuat liputan terhadap PTU dan industri komunikasi, navigasi dan pengawasan yang berkaitan.
Vincent telah menegaskan dari awal lagi bahawa daripada menuding juruterbang pesawat Malaysian Airlines MH370 yang hilang itu sebagai pengkhianat, juruterbang mungkin adalah wira yang telah berjuang untuk menyelamatkan pesawat sehingga ditewaskan dengan asap dengan bencana yang disebabkan oleh kebakaran di kargo - atau diburukkan lagi - oleh kargo yang membawa bateri litium yang sangat mudah terbakar.
Vincent menolak kemungkinan bom diletupkan di atas kapal yang menyebabkan badan pesawat ranap, memetik fakta bahawa siri 'ping' menunjukkan bahawa Penerbangan 370 itu telah terbang sehingga tujuh jam lagi.
Vincent berkata kebakaran yang boleh bermula pada kargo yang secara progresif dan sakli gus, telah memusnahkan sistem komunikasi pesawat.
Asap toksik boleh cepat memenuhi kabin penumpang dan kokpit di mana sekurang-kurangnya salah seorang daripada anak-anak kapal penerbangan itu berjaya memakai topeng topeng oksigen yang membolehkan ia untuk menukar haluan pesawat kembali ke Kuala Lumpur atau Langkawi.
Penerbangan 370 dilaporkan telah terbang ke paras 45,000 kaki yang mana Vincent percaya ia boleh disebabkan akibat dari ketidakupayaan anak kapal untuk melihat dengan jelas dan membuat kawalan selanjut untuk kembali.
Rampasan, sabotaj mustahil
Vincent berkata bahawa adalah mungkin pesawat telah dapat dikawal semula dan ia dibawa ke tempat yang lebih rendah kira-kira 23,000 kaki - yang merupakan satu lencongan ketinggian yang ditetapkan oleh pengeluar pesawat bagi mengelakkan api terus marak dan kedua-dua keadaan itu memberikan peluang survival yang lebih baik sementara memperolehi peluang untuk melakukan pendaratan.
"Pesawat itu kemudian terus terbang sehingga tiada lagi bahan bakar dan kemudiannya terhempas - kemungkinan besar ke dalam laut kerana setakat ini tiada sebarang laporan diterima dari mana-mana Pusat Kecemasan Pemancar yang memberi isyarat jika kemalangan itu berlaku di darat ," kata Vincent.
Vincent juga berkata senario lain yang melibatkan rampasan dan sabotaj adalah tidak mungkin.
"Tidak ada sebarang petunjuk yang sama ada juruterbang terlibat dengan jenayah menghilangkan pesawat ini. Malah Malaysia sendiri tidak mengeluarkan apa-apa data mengenai apa-apa yang tidak kena di dalam tapisan keselamatan ke atas penumpang untuk penerbangan ini.
"Persoalan yang dibangkitkan mengenai dua orang penumpang yang menggunakan paspot curi telah dibersihkan yang menunjukkan bahawa mereka telah merancang dengan mendakwa mencari suaka di negara lain, mungkin Jerman," katanya.
Vincent juga merupakan penulis 'Pengebom, Perampas, Pengimbas Badan, dan Golongan Jihad' .
Mengapa radio senyap?
Namun teori Vincent mengenai kebakaran di kapal terbang itu tidak dapat meyakinkan semua orang.
Pengurusan Trafik Udara dipetik oleh beberapa penyiasat kemalangan udara sebagai berkata bahawa masih terdapat beberapa anomali dalam senario seperti radio pesawat yang senyap sepi .
"Dalam setiap kebakaran dalam penerbangan di mana pesawat itu terhempas, keadaan akan merosot dengan pantas, akhirnya menghalang keupayaan pesawat untuk terbang seperti kebakaran bateri lithium ion UPS 747-400 di Dubai, kimia oksigen dalam kargo hadapan Valujet 594, kebakaran sistem elektrik dalam ruang kosong Swissair 111 dan kebakaran kargo Penerbangan Boeing 747 South African Airways pada tahun 1987, " kata seorang pakar.
Dalam setiap kes di atas, beliau berkata anak-anak kapal mempunyai masa yang cukup untuk berkomunikasi dengan kawalan trafik udara sebelum pesawat itu terhempas walaupun api marak dengan pantas dan menyebabkan kebakaran bahan-bahan berdekatan.
Dalam setiap kes kebakaran itu juga menyebabkan pesawat tidak mampu terbang, kecuali Swissair yang tinggal di udara lebih lama apabila anak-anak kapal telah cuba membakar bahan api.
Sebab kedua yang menyebabkan keraguan pada senario kebakaran kargo MH370 ialah, jika juruterbang pesawat berkenaan mengikuti prosedur kecemasan yang betul, kedua-duanya telah menggunakan topeng oksigen kecemasan, yang melindungi mereka daripada gas toksik.
"Ada mikrofon dalam topeng, jadi mereka telah memaklumkan ke pusat kawalan trafik udara terhadap tujuan mereka untuk membuat pusingan kecemasan," katanya.
Akhir sekali, terdapat juga keraguan tentang sama ada - walaupun autopilot masih ada - pesawat itu mampu untuk terbang selama tujuh jam .
"Akhir sekali bencana itu sepatutnya berlaku lebih awal, sekalipun mereka cuba untuk mengurangkan tekanan kabin bagi tujuan mengurangkan kebakaran."
Kenyataan Flip-flop CEO MAS CEO Jauhari
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya mendedahkan bahawa pesawat itu membawa beberapa bateri ion litium , yang dianggap "merbahaya" untuk kargo dan boleh menjadi terlalu panas dan mengakibatkan kebakaran.
Bateri jenis ini telah bertanggungjawab untuk 140 insiden pesawat sejak 23 tahun yang lalu, mengikut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat, termasuk satu apabila pesawat kargo UPS yang terhempas semasa pendaratan kecemasan pada tahun 2010.
Tetapi Ahmad Jauhari Yahya berkata, bateri yang biasa digunakan di dalam komputer riba dan telefon bimbit, telah dibungkus dan dibawa mengikut peraturan dan tidak mungkin menimbulkan ancaman.
Menjawab satu soalan pada sidang akhbar semalam, Jauhari berkata: "Kami bawa beberapa bateri litium -ion kecil, ia bukan bateri yang besar dan ia pada dasarnya diluluskan di bawah ICAO ( Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ) di bawah barang-barang berbahaya.
"Ia bukan barang berbahaya, tetapi dari segi ia (menjadi) barangan yang diisytihar dikelaskan sebagai berbahaya di bawah ICAO."
Beliau menegaskan ia telah diperiksa beberapa kali untuk memastikan ia mematuhi garis panduan.
"Syarikat penerbangan lain melakukannya sepanjang masa, bukan sahaja Malaysia Airlines. Ia barang-barang yang diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan kargo, (yang mana) adalah mematuhi ketetapan ICAO , "tambah beliau.
Pendedahan Jauhari mengenai bateri litium muncul empat hari selepas beliau telah menafikan pesawat itu membawa apa-apa barang-barang berbahaya dan hampir dua minggu selepas pesawat hilang.
Apabila ditanya awal minggu ini jika terdapat kargo berbahaya di atas kapal, Jauhari berkata tidak ada, sambil menambah bahawa ia hanya membawa "tiga ke empat ton manggis".
Pendedahan ini telah menghidupkan semula teori bahawa Boeing 777 mungkin telah terlibat dengan kebakara, menyebabkan anak-anak kapal dan penumpang tidak sedarkan diri selepas terhidu asap toksik. -FMT/Terjemahan bebas oleh GB
ULASAN GB
Ada kebenarannya bahawa bateri lithium ion itu punca kebakaran kargp. Ini kerana terdapat laporan sebelum ini bahawa:
Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang seperti laporan di SINI. Petikan:
Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.
Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay.
Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.
Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370.
Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang.
Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.
Sebelum itu, ada laporan polis dibuat di Terengganu dimana 8 orang pemuda terdengar bunyi kuat seperti dilaporkan oleh Metro.
8 pemuda dengar bunyi kuat
Marang: Lapan pemuda mendakwa terdengar bunyi yang kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas, Marang pada hari kehilangan pesawat MH370.
Kesemua pemuda itu mendakwa terdengar bunyi letupan yang agak luar biasa dan menakutkan ketika berehat di sebuah wakaf di Kampung Pantai Seberang Marang, Marang kira-kira jam 1.20 pagi pada Sabtu lalu.
Alias Salleh, 36, berkata, sebaik mendengar letupan itu, dia bersama tujuh rakannya bergegas ke tepi laut untuk meninjau dan mencari punca letupan berkenaan tetapi tidak menemui sebarang kejadian pelik.
"Dalam keadaan tertanya-tanya, masing-masing mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan mengabaikan bunyi misteri tersebut.
"Bagaimanapun, saya mula mengesyaki bunyi misteri itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat itu sejurus menerima berita berhubung insiden berkenaan yang disiarkan di dalam media elektronik secara meluas kira-kira jam 11 pagi, hari yang sama sebelum membuat laporan di Balai Polis Marang pada jam 10.28 pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung bunyi misteri itu dan menyerahkan laporan itu kepada Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.
Dan ada juga laporan polis di Kelantan:
KOTA BHARU - Polis Kelantan menerima empat laporan daripada orang awam berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, laporan tersebut dibuat dari 9 Mac hingga semalam yang mendakwa mereka ternampak sebuah pesawat melalui beberapa lokasi, disyaki pesawat berkenaan.
"Kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 dan memanggil mereka untuk menunjukkan lokasi, serta membuat beberapa ujian untuk mendapatkan fakta yang boleh menyokong laporan mereka," katanya.
Jadi kemungkinan telah berlaku kebakaran terhadap pesawat 370 tidak dapat ditolak. Kewujudan bateri lithium ion yang diakui oleh CEO MAS memperkukuhkan teori kebakaran tersebut.
Persoalannya jika terbakar dimanakah bangkai pesawat MH370 tersebut?
Teori-teori yang pelik sebelum ini yang menyatakan pesawat itu telah berpatah balik ke Langkawi, Andaman, Kasazhtan dan sebagainya hanya tinggal teori tanpa sebarang fakta yang menyokongnya. Radar TUDM hanya dapat menunjukkan ia membuat U-turn, tetapi tidak menjelaskan ke mana arahnya selepas itu.
Penemuan-penemuan "bangkai pesawat" oleh pakar-pakar IT kononnya ditemui di India, Taiwan dan sebagainya pun tidak ada sandarannya malah ada yang terbukti palsu.
Malah penemuan terbaru oleh Australia dan imej satelit dari China menyatakan ada objek besar ditemui di Lautan Hindi pun tidak dapat disahkan lagi kebenarannya.
Dua objek itu yang masing-masing sepanjang 24 meter dan 5 meter dipercayai berada di kawasan sejauh 2,500km dari barat daya Perth.
Namun beberapa pakar bimbang dua objek tersebut tiada kaitan dengan pesawat MH370.
Seorang pakar penerbangan di Universiti New South Wales, Sydney memberitahu agensi berita Associated Press bahawa dua objek itu mungkin merupakan sebahagian kontena yang terjatuh dari kapal kargo di lautan itu. -mstar
Jadi dimana sekarang bangkai pesawat itu?
GB berpendapat bahawa pesawat itu telah terbakar dan terhempas ke dasar laut di titik dimana dikatakan ia membuat U-turn. Ada yang bertanya kalau terhempas tentu ada serpihannya dan mengapa satelit tak menemui apa-apa?
Di dalam penerbangan EgyptAir yang terhempas pada 1999, menjelaskan tiada serpihan jika pesawat terhempas ke dalam laut. Kapal terbangnya tidak akan bercerai sebelum impak, dan akan tenggelam dengan cepat.
Satelit tidak menemui apa-apa kerana pesawat telah tenggelam ke dasar laut. Satelit hanya dapat merakam imej objek-objek di pemukaan laut, bukan di dasarnya!
Masalahnya ialah pencarian selama ini di Laut Cina Selatan dilakukan hanya di permukaaan, tidak di dasar laut. Tiada kapalselam yang mencari di dasar laut di titik dimana radar kali terakhir mengesan kedudukan pesawat berkenaan. Tiba-tiba pencarian di Laut Cina Selatan dihentikan. Terbabas penariannya ke tempat lain. Kejap ke sana sekejap sini.
Seandainya ada kapalselam yang mencari pesawat di Laut Cina Selatan berkemungkinan ia sudah ditemui sejak hari pertama ia dilaporkan hilang dan kemungkinan ada nyawa yang dapat diselamatkan. Tetapi lansung tidak dijengah di dasar laut itu.
Selain itu, blog GB juga pernah menedahkan pasangan suami isteri di Bogor yang mendapat petunjuk selepas solat tahajjud yang menyebutkan pesawat berada di titik berikut (Latitud Utara 7 darjah 47'47.90" Longitud Timur 105 darjah 13'39.59" Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh. Bererti imej berkenaan menepati kedudukan yang disebutkannya iaitu di Laut Cina Selatan. Klik SINI
Semuga Allah mempermudahkan urusan penemuan pesawat MH370 yang hilang ini disamping mendedahkan kebenaran apakah yang sebenar-benarnya yang telah berlaku yang menyebabkan pesawat demikian "hilang" secara tiba-tiba.
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan. Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini. KLIK SINI |
9 ulasan:
RASANYA PERNAH TERBACA YANG SALAH SEORANG PENUMPANG TELAH MENELEFON AHLI KELUARGANYA DAN MEMBERITAHU BAHAWA KEADAAN DALAM KABIN SANGAT PANAS TAK LAMA SEBELUM PESAWAT MH 370 HILANG DARI RADAR.
ulasan yg cukup akkademis dan mantap. tahniah GB!
Dari hari pertama lagi... ramai saksi melihat ada sesuatu yang berlaku di lokasi. Tapi malangnya tak nak jengah pun. Tak nak pegi selam. Sekarang dah cari jauh-jauh, depan mata tak nak cari dulu. Nak kata BODOH DAN SOMBONG kasar sangat lah pulak.
adakah setiap pilot yang membawa kapalterbang tau tak apa yang dibawanya selain manusia? Adakah dia diberitahu tentang jenis-jenis barang/consignment yang dibawanya dalam cargo? Jika benar teori ini, kenapa MAS pada awalnya takut sangat nak mengaku kapalterbang membawa bateri lithum-ion yang sangat mudah terbakar? Adakah dari awal lagi mereka dah menghidu punca kapalterbang hilang disebabkan letupan bateri?
Malaysia tidak mempunyai aset aset canggih, seperti negara lain, tapi Malaysia ada aset seperti bangunan tertinggi, jambatan terpanjang, gedung terbesar dan bermacam lagi, malangnya aset tersebut tak mampu untuk digerakkan untuk tugas menyelamat.
jom tengok cerita MAS di zaman Mahathir dan Tajudin ramli dgn kerugian MAS sebanyak rm 580 juta... dan parahkan oleh idris jala...
http://www.roketkini.com/2012/02/25/siapa-yang-akan-bayar-hutang-rm580-juta-tajudin-ramli/
ada kiatan ker????
IATA patut buat law baru.. pilot kena tahu apa barang kargo dia bawak sblm berlepas.
Apa yg berlaku sebenarnya arahan orang atasan.
senang cerita saperti cerikut:
1. bateri siapa punya
2. alamat mana diposkan
3. bagitahu dgn jenis2 spectifikasi bateri
4. nyatakan dgn jelas kti bateri
5. siapa luluskan kebenaran bawa beteri
jika semua ini dimaklumkan cerita mh3700 akan reda.
Catat Ulasan