Setelah isu kangkung membahang beberapa hari ini sehingga ke peringkat antarabangsa, kerajaan Malaysia telah menyekat pautan ke lamanweb laporan BBC (UK) #BBCtrending: Be careful what you say about spinach.
Isu "kangkung" telah menjadi bahan ejekan di Internet, sensasi ekoran ucapan perdana menteri berhubung penurunan harga kangkung sehingga menarik perhatian media antarabangsa berkenaan.
Agensi berita BBC tersebut di bawah segmen trending beritanya melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan mengenai kangkung.
“Ketika kerajaan dikritik kerana peningkatan harga barangan asas seperti bahan api dan elektrik, beliau (Najib) pilih untuk ketengahkan pengurangan kos sayur kangkung,” laporan itu dipetik.
Laporan itu juga menyebut, perlbagai pendekatan diambil rakyat Malaysia sebagai reaksi kepada ucapan Najib itu, termasuk ratusan ribu tweet, pembukaan laman Facebook dan ciptaan remix komen perdana menteri di YouTube.
Selain itu, BBC juga melaporkan kewujudan lirik lagu popular dan tradisional selain penjualan kemeja-t sinikal dengan tulisan “Keep calm and eat kangkung” (bertenang dan makan kangkung).
Najib pada 12 Januari lalu dilaporkan berkata:
"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun...."
“Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."
Walau bagaimanapun pihak yang menyekat laporan BBC tersebut menganggapkan semua rakyat Malaysia buta I.T. kerana orangramai masih boleh mengakses lamanweb tersebut menggunakan proxy dan juga mencarinya di google cache dan webarchive.org
"Printscreen" penuh lamanweb tersebut juga telahpun tersebar luas dan boleh diakses di SINI
Sementara blog GB telah membuat "printscreen" beserta sebahagian terjemahan & ulasan seperti di bawah.
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

7 ulasan:
sbb psl apa Tun M menyesal x sekat internet.. live 24jam seluruh dunia.. kira tada boleh kincing mcm itu tibi sama surat kobar..haha.
Kangkung malu nak bagi tau rakyat yang berita kangkung dah jadi world news...hehehe
Perihal kangkung lagi.
Cerita asal-usul yang aku dengar semasa kecil dahulu:
Persoalan mengapa orang cina suka makan kangkung tanpa dipotong-potong (masak panjang-panjang.. gitu.)
Kisahnya 'kebijaksanaan' satu deligasi kerajaan melayu melaka dahulu ke negara cina. Untuk dapat melihat 'wajah' maharaja cina ketika itu mereka telah memberitahu tukang masak istana akan kegemaran 'orang melaka' ialah memakan sayur kangkung yang dimasak tanpa dipotong-potong.
Tujuannya ialah apa bila memakan sayur kangkung yang berkeadaan panajang-panjang begitu mereka dapat mendongak lalu dapatlah melihat 'wajah' maharaja cina yang ketika itu ada peraturan melarang orang luar dan rakyat jelata daripada melihat wajah maharaja mereka.
Peristiwa kebijaksanaan orang melaka itulah dikatakan menjadi teladan orang-orang cina mengapa mereka suka makan kangkung yang tidak dipotong-potong.
Betul atau salah kisah tuh aku tak pasti tetapi itulah salah satu cerita asal-usul yang aku dengar sejak kecil.
Ampun maaf.
Namun dengan fenomena kangkung terbaru kini, aku dapat pengajaran. Bahawa kangkung jika diguna cara betul akan melihatkan kecerdikan seseorang atau pihak tetapi jika salah kontek ia juga boleh dilihat satu kegagalan atau kelemahan seseorang atau pihak.
Kangkung adalah anugerah Allah juga. Bersyukurlah.
Mr. Najib, why u nak sembunyikan beb? Berbanggalah sikit sebab lawak mu sudah terkenal sampai level antarabangsa beb. Terkedu semua peserta maharajalawak sebab tak dpt buat lawak seperti lu buat.
We all bukan bodoh beb. Sembunyikan macam mana pun we all still dpt acess berita BBC tersebut. Come onlah, sudah media antarabangsa kritik muhasabahlah sikit beb. Takkan itu pun lu tak blh buat.
Tulah sudah tahu lu jadi PM jangan buat kerja mcm pelawak ataupun badut, mengalahkan badut mcdonald beb. Sudah nasi jadi bubur terima sahajalah sebab mana mungkin lu dapat tukar balik bubur kpd nasi.
seantero dunia seluruh begeri pm popularkan kangkung ! ii sudah bagus ,macai umporno semua tak mau sokong ka ? ABU !
Najib ingat nak jadi Popeye kot....tu kuat makan Kangkong.
Kangkung sudah popular di seantero dunia. Sepatutnya ia menjadi sayur kebanggaan pemimpin negara. Alahaiii..kangkung..kangkung..buat goreng belacan lagi best..
Catat Ulasan