15 Jan 2014

[VIDEO] #BBCTrending, Najib Berjaya "Harum"kan Nama Negara Dengan "Kangkung"nya


Sejak isu "kangkung" meletup awal minggu ini, nampaknya PM Kangkung telah berjaya "mengharumkan" nama negara.

Portal berita BBC yang berpusat di London menyatakan Najib kini dibelasah hebat dengan isu kangkung - dan BBC mengangkat isu kangkung tersebut sebagai BBCTrending untuk minggu ini.

Dengan kerajaan kini diserang hebat akibat kenaikan harga dalam keperluan asas seperti minyak dan elektrik, Najib telah memilih untuk menonjolkan pengurangan dalam kos sayur hijau bernama "kangkung", menurut laporan tersebut. Kangkung - yang dimakan secara meluas di Malaysia, dimasak sebagai tumis dengan sedikit bawang putih atau cili.

Namun harganya murah, tumbuh meliar di tepi-tepi sungai, sawah padi dan parit-parit, namun ia bukanlah makanan utama bagi rakyat.

Sejurus selepas video Perdana Menteri mengenai pengurangan harga kangkung disiarkan, pelbagai sindiran dan jenaka mula menjadi trend di media sosial di Malaysia.

Terdapat ribuan tweet, laman Facebook yang wujudkan - dengan mempunyai lebih 10,000 pengikut - remix video mengenai ucapannya dimuatnaik ke YouTube, lirik untuk lagu-lagu rakyat yang popular dan tradisional telah dibikin semula (lihat video di bawah) dan kemeja-T tertera tulisan "Bertenang dan makan kangkung" beredar laju di pasaran.

Fenomena "kangkung-gate", seperti yang digelar oleh sesetengah pihak, telah membangkitkan kemarahan orangramai yang kini sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, geram dengan gejala rasuah dan perbelanjaan mewah oleh kerajaan Najib.

Kisah kangkung ini begitu meletup di dalam media sosial yang ramai juga yang telah telah mengadu garis masa (timeline) di FB mereka jadi tersumbat. "Obsesi kangkung ini begitu pantas menjadi satu bahan ketawa", tambah laporan BBC itu.

Antara koleksi terbaik sesi balas pantun #Kangkung oleh rakyat Malaysia!!


Hari-hari makan kangkung,
Peniaga kangkung banyak untung,
Otak pun naik kulat makan kangkung,
Syukur dapat PM Najib kangkung,

Budak budak bermain kangkung,
Kangkung meliar diatas tanah,
Rakyat kurus muka dah cengkung,
Asyik kangkung yg dimamah..

Cari kangkung ditepi paya,..
Kangkung dijual dpasaraya,..
PM kangkung dh kaya raya,..
Peduli apa rakyat derita...

PM kangkung bininya pun kangkung,?
Menterinya kangkung kabinetnya pun kangkung,
Kenapa UMNO menjadi kangkung?
Mungkinkah sebab memakan kangkung?

Pulau kangkung jauh ketengah,
Gunung kangkung bercabang tiga,
Hancur Umno kangkung disumpah seranah,
Hati Najib kangkung yg busuk dimaki juga

Sorong kangkung, tarik kangkung,
sayur kangkung dlm perahu,
dpt professor, professor kangkung,
dpt pm pun cuma turunkan hrga kangkung

EMAS kangkung Bawa belayar,
masak kangkung didalam peti,
PTPTPN Kangkung kena bayar,
NFC KAK JAT bawak mati.....

lenggang lenggang kangkung ,
kangkung ditepi paya,
biar rakyat tiada untung .
asalkan keroni aku kaya.

Ramai orang menanam kangkong,
kangkong ditanam ditepi paya,
kalau setakat pandai berlenggang kangkong
janganlah cuba hidup bergaya.

Makan kangkung sambil cangkung.
Goreng kangkung dalam tempurung.
Barang naik rakyat tanggung.
Menteri kaya hari hari melancong

Kangkung tua bawak belayar.
Kangkung muda cicah mentega,
Hutang ptptn jgn lupa bayar,
Undi be end lg kan dah kena...

Goreng kangkung dlm perahu,
Sdap dimakan berada dirumah,
Dari dlu lg kta dah thu be end 2 penipu,
Untng sape lg? mst la borosmah..

Sana kangkung sini kangkung,
Atas kangkung bawah pun kangkung,
Depan kangkung belakang kangkung,
Buat masa nie semuanya kangkung

Sayur kangkung d luar pagar,
Ambl galah tlg tarikkn,
Saya bdak ddk brcangkung,
Klau salah tlg panggungkn...

Beli kangkung di Pasar Selayang
Kangkung dijual si mat Bangla
Terima Kasih PM Tersayang
Kangkung Murah Rakyat Bahagia

Hari-hari Makan kangkung,
Peniaga kangkung banyak untung,
Otak pun naik kulat makan kangkung,
Syukur dapat PM Najib kangkung,

Bantah #NajibKangkung
-sharpshooter






7 ulasan:

Awanama berkata...

gembira sungguh 47% rakyat m'sia yg selama ini berharap harga kangkung akan turun. t'kasih pm kangkung.

Awanama berkata...

Hahahaha lawak mu mr. Najib sampai satu dunia tahu beb. jealous semua peserta maharajalawak dan zizan raja lawak (contoh aje) pun jealous dengan lu sebab dia tak berani buat lawak sebegini seperimana lu berani buat.

Inilah akibatnya kalau kita lantik pelawak utk jadi pemerintah negara. Disini lu blhlah control media massa mcm harta lu sendiri utk spin cerita. Media massa luar negara, "lu siapa nak control media massa kami, kami buat apa yang kami patut buat."

Sekarang media luar buat tanggapan negatif terhadap lu beb. So pelabur luar pun blh keluar semua pelaburan diaorg di malaysia sebab takut bankrap dibuatnya akibat imej PM kita yang mcm badut + imej malaysia negara pengamal rasuah terbesar di m'sia beb.

Awanama berkata...

hahahahahahah....lawak abad ini

Awanama berkata...

Pegi kedai nk beli kangkung
Kangkung di beli di kedai kak ROs
Hari-hari Jib kena pelangkung
Makan kangkung smpai overdos....Tuan-tuan kalo nk duit lebih beli kangkung cubala klik kat sini...http://stayreward.com/index.php?share=14575

Awanama berkata...

Kangkung ye....
arnab & kura-kura akupun dah makan kobis....

ha..ha...kesian rakyat Malaysia dapat PM Kangkung!

Awanama berkata...

Tahniah PM kangkung Menteri Kangkung, dan BN kangkung, rakyat diperbodohkan BN

Awanama berkata...

Najib Najib, Apa nak jadi dengan kamu ni. Mak Bapak buat malu saja.

Najib Najib.