7 Jan 2014

Fatwa Songsang Bughah: Lagi Laporan Polis Terhadap Harussani


Seremban: Isu bughah yang dicetuskan oleh Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terus dikecam apabila PAS Seremban hari ini membuat laporan polis ke atas beliau.

PAS Seremban menyifatkan kenyataan itu sebagai satu hasutan membunuh. Laporan polis di buat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Seremban.

Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman berkata merujuk kepada kenyataan Harussani di dalam akhbar Berita Harian pada 02 Januari iaitu ‘Kerajaan usah berlembut’ dan kemudiannya kenyataan beliau di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 05 Januari iaitu ‘Saya tetap dengan kenyataan’ merupakan satu kenyataan yang menggugat keselamatan awam.

“Kenyataan Harussani dalam Berita Harian pada 02 Januari iaitu ‘…dihalalkan darah golongan bughah’ adalah satu hasutan membunuh.

“Beliau yang berjawatan Mufti Negeri Perak boleh menyebabkan masyarakat menyalah tafsir dengan menyatakan kenyataan tersebut adalah fatwa.

Ianya juga boleh memberi kesan negatif kepada rakyat negara ini untuk melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah serta ketegangan orang ramai.

“Sedangkan tidak ada didalam mana-mana peruntukkan undang-undang boleh mengambil nyawa seseorang seperti itu.

“Tambahan pula, perhimpunan TURUN tersebut adalah perhimpunan aman dan mana-mana perhimpunan aman adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru itu saya memohon satu siasatan terperinci dapat dilakukan oleh pihak polis demi kepentingan awam, kata MK Ibrahim.

MK Ibrahim yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan berkata golongan yang dilabelkan sebagai bughah adalah golongan penderhaka yang mengistiharkan perang ke atas Yang DiPertuan Agong atau mengistiharkan perang ke atas negara Malaysia contohnya.

“Yang tak puas hati dengan kerajaan adalah perkara biasa yang berlaku di mana-mana negara. Kita protes kerana bantah kenaikan harga barang, elektrik, minyak dan sebagainya. Tak kan lah kita tak boleh nyatakan rasa tidak puas hati kita pada kerajaan dengan cara aman?

Turut hadir Timbalan Yang DiPertua PAS Seremban, Zakaria Sheikh Othman dan Ketua Pemuda PAS Seremban, Abu Zarin Abdul Rahman. -FMT

Bimbang ‘darah ditumpahkan’, peserta Turun buat laporan polis


Seorang peserta Himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka, 31 Disember lalu, membuat laporan polis semalam berikutan bimbang dengan ancaman “darah mereka halal”.

Laporan polis itu dibuat berikutan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa peserta himpunan pada malam 31 Disember lalu adalah 'bughah' dan halal darah mereka.

Peserta terbabit membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira jam 3.00 petang semalam bersama Dewan Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss bersama Penolong Setiausahanya, Ustaz Hafez Sabri.

Khamisah Abdul Hamid, 55, berkata kenyataan Harussani itu mengancam keselamatan keseluruhan ahli keluarganya yang menyertai himpunan itu.

Beliau berkata, ramai yang mengetahui penyertaan mereka memandangkan tersiar gambar mereka di himpunan itu di akhbar.

"Kami sekeluarga rasa diancam dengan kenyataan Mufti Perak itu dan terpaksa melalui kehidupan yang tidak tenteram selepas fatwa itu dikeluarkan.

"Darah kami dianggap halal untuk dibunuh, ia adalah satu kenyataan yang menggalakkan berlakunya keganasan termasuk pembunuhan," katanya sebagaimana yang dipetik oleh Harakahdaily.

Sementara itu, Dr Raja Iskandar berkata, fatwa songsang yang dikeluarkan oleh Harussani sangat tidak bertanggungjawab, merbahaya dan melanggar kepentingan awam.

Katanya, ia mengundang berlakunya hasutan yang mendorong kepada terjadinya keganasan dan pembunuhan kerana mengeluarkan kenyataan darah peserta himpunan itu adalah halal.

"Beliau yang berjawatan Mufti Perak boleh menyebabkan masyarakat salah tafsir dengan menyatakan kenyataan tersebut adalah fatwa.

"Ia juga boleh memberi kesan negatif kepada rakyat untuk melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah serta ketegangan orang ramai sedangkan tidak ada dalam mana-mana peruntukan undang-undang boleh mengambil nyawa seseorang seperti itu," katanya.

Beliau berkata, polis diharap dapat membuat satu siasatan yang terperinci berhubung kenyataan itu demi kepentingan awam kerana ia berunsur hasutan ke arah melakukan keganasan.

Sebelum ini, pelbadai pihak mengecam kenyataan Mufti Perak itu termasuk membuat khutbah mengenainya ketika solat Jumaat minggu lalu.

Dewan Ulama PAS melalui Ketua Penerangannya, Dr Kahirudin Aman Razali juga mempertikaikan kenyataan itu.

"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan bahaya apabila darah demonstrator ini diisytiharkan sebagai darah halal.

"Ia merupakan kenyataan yang sangat berbahaya yang boleh membawa huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat," kata Khairudin.

Turut membantah kenyataan itu adalah bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainal Abidin
-TMI


5 ulasan:

Ridd berkata...

HAIRAN DAN ANEH..!
Negara Malaysia adalah satu-satunya Negara yang mempunyai 14 mufti. Negara lain hanya mempunyai 1 MUFTI Bila seorang MUFTI negeri menyuarakan hukum BUGHAH dari kepandaian dan kefahaman beliau dalam AGAMA ISLAM. Tapi hakikatnya kenyataan beliau boleh mengakibatkan UMAT ISLAM di Malaysia berpecah belah dan mendatangkan ketakutan bangsa lain dengan agama ISLAM. Menyuarakan sesuatu tanpa membuat rujukkan. Beliau seperti mengangkat diri beliau KetUA ataupun RAJA.
Sewajar etika kerja bagi seorang yang diamanahkan oleh ketua agama NEGERI, WAJIBLAH mendapat persetujuan dari ketua AGAMA Negeri iaitu YAM SULTAN sebelum membuat sesuatu kenyataan pada Rakyat.

Mengapa 12 MUFTI termasuk 1 Mufti yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong DIAM seperti DIKUNCI malah tidak menyuarakan atau meredakan keadaan dengan apa yang keluarkan oleh seorang bergelar MUFTI yand mendatangkan perbalah dikalangan RAKYAT. Adakah mereka bersetuju dengan apa yang disuarakan atau TAKUT kehilangan gelaran, pangkat dan FULUS. Dimana kah sifat mencari jalan Perdamaian dan Ehsan sebagai seorang yang berilmu dalam Agama. Mereka inikah CONTOH pemimpin Agama ISLAM yang harus dibanggakan untuk generasi akan datang.

Apa yang berlaku pada 13 ORANG MUFTI ini,
- Mereka lebih TAKUT pada PEMIMPIN yang MENINDAS ?
- BERSETUJU dengan kenyataan MUFTI tersebut ?
- Mereka suka bila Negara ini berlaku seperti mana di SYRIA?
- Lebih takut pada kehilangan Gelaran dan wang bulan ?

MUFTI HARU sani ini menunjukkan sifat yang BONGKAK dan ANGKUH dan membuat golongan yang bukan ISLAM takut dan benci.

Tanpa Nama berkata...

Kisah Bughah ini seperti satu sekim pembahalolan bangsa yang dicanang untuk membenggap yang masih cerdik..... Orang Melayu lah.

Tanpa Nama berkata...

Bal'am bin Bar'au zaman moden...

Tanpa Nama berkata...

Di Malaysia kini kefahaman Islam semacam berbeza2 antara negeri kerana Mufti2 tak berani bersuara *menyanggah* pendapat mufti negeri lain. Nanti diistiharkan sebagai BUGHAH. Haru biru biru biru .......tunggang langgang.

Tanpa Nama berkata...

Kat universiti di perak seperti UPSI, kita ada ramai profesor kangkung yang kuat beri "fatwa" pendidikan tapi tidak ada penerbitan ilmiah antarabangsa. Kat Perak juga, kita ada Mufti Kangkung yang kuat keluarkan fatwa, yang secara terang-terang menunjukkan kejahilannya terhadap pentafsiran agama Islam. Dulu, tarian pocho2 haram, dan kini Bughah yang menggalakkan pembunuhan rakyat secara "halal"! Mufti Palsu!! Mufti Kangkung!!