27 Nov 2013

Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Blogger Papagomo

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog kontroversi Papagomo.

Hakim Mohammad Adib Husain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh bekas isteri Wan Muhammad, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya dikeluarkan waran tangkap berikutan kegagalan plaintif hadir di mahkamah.

Wan Muhammad terbabit dalam kes mahkamah dengan bekas isterinya kerana didakwa melanggar hal berkaitan penjagaan dua anak perempuan pasangan tersebut.

Pada 2 September, mahkamah memerintahkan penulis blog itu supaya mengembalikan kedua-dua kanak-kanak yang berusia empat dan dua tahun itu, kepada bekas isterinya, tetapi Wan Muhammad tidak berbuat demikian.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biasalah keyboard warrior kan, hebat di alam maya tapi realiti hancur

Tanpa Nama berkata...

Apa manusia mcm begini pun blh ada. Cukuplah beb dgn lu fitnah pemimpin PR tapi lu kacau anak - anak kecil itu lu buat rakyat malaysia yg bijak bising dengan lu sampai blh menyebabkan pencemeran bunyi.

We all akn buat pencemaran bunyi ke telingga mu yg tak mahu dgr cakap (sampai pekak telingga mu we all tak kisah) sampai lu hadir ke mahkahmah dan tentukan siapa yg berhak utk jaga anak lu.