23 Jul 2013

[VIDEO] Kes Rayuan Liwat II: Dendam & Irihati Najib Terhadap Populariti Anwar


Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini bersetuju untuk menangguhkan prosiding rayuan Kerajaan Malaysia terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu dibuat tiga panel hakim, Datuk Ramly Ali, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Mohd Zawawi Salleh pagi tadi berikutan peguam utama Anwar, Karpal Singh disahkan tidak sihat dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sakit tulang belakang.

Mahkamah menetapkan 1 Ogos ini untuk pengurusan kes.

Anwar tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan ditemani isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan diiringi Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli serta Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui di luar kamar mahkamah berkata, pihaknya menghantar notis bagi membantah keputusan Kerajaan yang melantik peguam, Datuk Shafee Abdullah sebagai Ketua Pendakwaraya dalam kes ini.

“Pelakuannya tidak profesional sejak 1998.

“Kita beri notis untuk membantah keputusan Kerajaan Umno-BN kerana melantik Datuk Shafee Abdullah yang sememangnya telah dituduh terlibat dalam kes prosiding ini sejak awal.

“Ketiadaan pendakwaraya yang sesuai untuk meneruskan perbicaraan ini tidak boleh dijadikan alasan bagi melantik seseorang yang terlibat dengan perbicaraan menentang saya di dalam dan luar mahkamah,” kata Ketua Pembangkang itu merujuk peranan Shafee dalam kes liwat I yang menyaksikan beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Tegas Anwar, Ram Karpal Singh akan menyerahkan notis ini kepada mahkamah bagi membantah pelantikan Shafee.

“Kita tidak boleh memandang ringan perkara tersebut kerana saya percaya ada motif politik yang besar dalam kes ini.

“Peguam Negara tidak mahu selesaikan kes lain, tetapi cuba hendak mengganggu karier politik saya,” katanya lagi. -selangorku



Ulasan GB

Kes rayuan liwat II ini menampakkan kepada dunia dendam kesumat dan irihati Najib yang tidak kunjung padam terhadap Anwar. Sejak dari awal, iaitu semenjak kes liwat ini berjalan, Najib amat cemburu dan dengki hati terhadap populariti Anwar yang dirasakan menggugat kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dan lebih parah, di keputusan PRU13 yang lalu, populariti kerajaan BN pimpinan Najib TIDAK DAPAT MENANDINGI populariti Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.


Jangan lupa bahawa Najib pernah berdusta kononnya Saiful ke pejabatnya kerana ingin memhon biasiswa yang akhirnya Najib sendiri akui bahawa kedatangan Saiful sebelum membuat laporan polis, adalah bercerita mendakwa telah diliwat.

Kini jalan terbuka untuk Najib mengatasi Anwar ialah melalui rayuan liwat II dengan harapan pihak mahkamah akan menyebelahinya pada kali ini setelah kes itu dimenangi oleh Anwar di peringkat awal apabila hakim mendapati integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu boleh dipertikaikan.

GB pernah ulas sebelum ini di SINI. Petikan:

Sekarang apabila bahan bukti utama telah tercemar dan ditolak, apa lagi yang hendak dirayukan? Apa evidences lain yang hendak dikemukakan? Dubur Saifulkah? Malah itupun disyaki telah (lama) dicemari!

2 ulasan:

BaDiN berkata...

Demi Kekuasaan yang semakin menipis,dalam apa cara sekali pun MATLAMAT MENGHALALKAN CARA harus dipergunakan tanpa diendahkan maruah seseorang.Umno sanggup malakukannya bagi menyekat Kemaraan PR merebut kerusi PutraJaya.Umno adalah sejahat jahat makhluk yang diciptakan Allah dimuka bumi ini.
Kerjasama antara Syaitan dan Iblis dimananfaatkan sepenuhnya,Firaun dan Hamam pun gerun akan kelakuan umno bersama sekutunya dan jentera perundangannya untuk memancung karier politik musuh yang amat ditakutinya.

Martoiriat berkata...

Salam GB..
Sepatutnya cerita2 sek dan fitnah begini sudah lama ditelang zaman. UMNO dan Najib masih lagi tidak bermaruah dgn hanya bermodalkan politik dubur dan punggung untuk menyekat Anwar dari terus berada dipersada politik tanah air. Mereka sengaja mengunakan mahkamah semata2 untuk mempenjarakan Anwar.Itu hakikatnya... Jika nak berhujah atau berdepan dengan Anwar secara berpolitik, mereka tidak ada kewibawaan memandangkan Anwar lebih ke depan dgn karismatiknya. Sampai bila Anwar harus dihukum dgn cerita karut dan fitnah begini yg tidak masuk akal..? Sudah lima belas tahun Anwar disengsara begini...Semoga tuhan celakakan puak2 yg fitnah sebegini...