10 Jul 2012

Masih Ada Harga Lagikah Dubur Saiful Kepada UMNO?

Kes liwat Anwar: AG fail notis rayuan

KUALA LUMPUR - Pejabat Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Seorang timbalan pendakwa raya kanan yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan bahawa rayuan itu difailkan tengah hari semalam.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa mahkamah berkenaan tidak menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan itu.

Isnin lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyerahkan rekod rayuan, termasuk penghakiman bertulis setebal 80 muka surat untuk memudahkan pihak pendakwaaan memfailkan rayuan.

Dalam penghakiman bertulis beliau, hakim perbicaraan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa mahkamah itu tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu (Mohd Saiful Bukhari).

Katanya sampel berkenaan boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis. Oleh yang demikian, kata Mohamad Zabidin, adalah tidak selamat bagi mahkamah bergantung pada keputusan ujian DNA yang dilakukan oleh ahli kimia Dr Seah Lee Hong terhadap sampel berkenaan.

Pada 20 Jan, Pejabat Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat.

Notis berkenaan, yang ditandatangani Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun, difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Pada 9 Jan, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar, 65, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.- Bernama

Kes Fitnah II: Rayuan Peguam Negara bermotif politik – Peguam

KUALA LUMPUR 10 Julai: Rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan Fitnah II adalah bermotif politik.

Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, ia dibuktikan apabila penghakiman bertulis kes itu hanya dikeluarkan awal bulan ini walaupun keputusan dibuat pada 9 Januari lalu.

Katanya, kelewatan itu juga jelas menunjukkan badan kehakiman telah diperalat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ini satu lagi taktik politik terdesak pentadbiran Najib untuk mengekang pergerakan Anwar menjelang pilihan raya umum akan datang dengan harapan Pakatan Rakyat tidak menang,” katanya kepada Keadilan Daily.

Sivarasa yang juga peguam berkata, Najib patut berdebat dengan Anwar bagi membuktikan keberanian beliau, bukannya bermain politik kotor seperti ini.

“Najib sepatutnya berdebat dengan Anwar berhubung ekonomi negara kerana ia bentuk politik baru yang sihat dan adil bukannya menekan institusi kehakiman untuk membunuh kerjaya politik beliau,” kata Ahli Parlimen Subang itu lagi.

Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Kamaluddin Md Said dilapor mengesahkan petisyen rayuan difail semalam, namun enggan mendedahkan alasan rayuan itu.

“Kami akan berhati-hati dengan tindakan pentadbiran Najib ini kerana selain ia bermotif politik, ia juga bertujuan untuk memerangkap Anwar dan buat masa ini, kita menanti apa tindakan susulan Jabatan Peguam Negara.
“Selepas itu, barulah kita akan membuat kenyataan mengenainya,” kata Sivarasa lagi.

Dalam penghakiman bertulis setebal 80 muka surat pada 2 Julai lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
memutuskan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ini kerana katanya, sampel itu boleh diusik sebelum sampai kepada Jabatan Kimia untuk dibuat analisis dan oleh itu beliau membebas dan melepaskan Anwar dari tuduhan Fitnah kali kedua itu pada 9 Januari lalu.

Sebelum ini, Fitnah 1 bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad memenjarakan Anwar sebelum Ketua Pembangkang itu dibebaskan dari semua tuduhan pada 2004.
-KD


Ulasan GB

Juak-juak UMNO amat mengharapkan Anwar dipenjarakan. Tetapi amat jelas dari keputusan mahkamah bahawa "mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu (Mohd Saiful Bukhari)".

GB telah ulas sebelum ini. Petikan:

Mengimbau kembali perbicaraan, Pakar forensik dan patalogis Australia, Dr David Wells menyifatkan integriti spesimen yang diambil daripada pengadu Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat kritikal.

Kita juga telah didedahkan maklumat bahawa seorang pegawai polis, Pegawai penyiasat (IO) DSP Jude Blacious Periera mengakui bahawa beliau memotong bahagian luar plastik spesimen DNA untuk tujuan penandaan.

Malah Jude turut memberitahu bahawa beliau menyimpan spesimen tersebut di dalam almari tidak berhawa dingin lebih daripada 40 jam.

Pasukan peguambela pada hari ini berjaya menimbulkan kesangsian tentang cara pengendalian sampel DNA yang diambil oleh doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Saiful.

Katanya Jude sendiri telah melanggar prosedur analisis kimia dengan memotong bekas plastik yang mengandungi sampel DNA pengadu.

Dalam pada itu Sankara yang ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata, "Pakar mengatakan IO telah potong beg. Ini memberi peluang kepada kontaminasi dan perkara ini memang berlaku. Kononnya untuk buat penandaan baru dan pakar cakap prosedur ini tidak betul. Itu menujukkan kejayaan pihak pembela hari ini".

Sekarang apabila bahan bukti utama telah tercemar dan ditolak, apa lagi yang hendak dirayukan? Apa evidences lain yang hendak dikemukakan? Dubur Saifulkah? Itupun disyaki telah dicemari.

Tiada ruang untuk pendakwa raya hendak persoalkan dan menekan mahkamah supaya bahan bukti itu diterima semula kecuali ada permainan lain direncanakan untuk menafikan keputusan hakim tersebut.


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya kes ditolak dr awal lagi sebab ianya tidak kukuh langsung

Waris berkata...

Dalam keadaan kelemasan macam ni taik pun dia orang capai untuk terus hidup.

Tanpa Nama berkata...

Patut la Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda diakhir zaman fitnah berleluasa dan penguasa adalah seburuk2 manusia disekelilingnya.

Tanpa Nama berkata...

Biarkan dia nak buat rayuan Allah Maha Kaya dengan muslihatNya Insya Allah kita akan menuju kejalan yang benar manakala dipehak yang selalu membuat fitnah akan menerima akibatnya .

Tanpa Nama berkata...

Suruh Saiful tonggeng bontot kat lembu lah. Syok sangat UMNO ni dengan bontot.

Tanpa Nama berkata...

Mereka suka memenjarakan orang tak bersalah. Semoga waktu mendatang, mereka pula akan dipenjara akibat kejahatan mereka sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Hj Mohd Saiful pernah berkata di Multazam (pintu baitullah) semasa menunaikan haji 2010“Sudah dua tahun setengah saya menanti agar Kebenaran dan Keadilan dapat ditegakkan. Walaupun ia belum lagi selesai, namun saya redha dan bersyukur dengan segala bantuan yang Allah berikan. Banyak hikmah disebalik kelewatan, penangguhan demi penangguhan. Mungkin ramai yang telah dapat lihat hikmah disebaliknya. Itulah kebesaran Allah. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui".....
Allah masih memberi peluangnya bertaubat dan meminta ampun kepada DSAI dari terus memfitnah.. Sekali Allah murka.... binasa kamu.

Pelik tp Benar berkata...

AG bole buat rayuan utk kes liwat si saifool ni, tp xnak wat rayuan kes bunuh altantuya yg bebaskan razak baginda. padahal kes altantuya tu lg kuat utk wat rayuan.pelik kan? AG ni mmg puppet la. sayang skali uncleseekers x sempat reveal citer pasal AG ni. aku teringin sgt nak tau onar ape yg dia da wat.

Tanpa Nama berkata...

adakah dato yusuf zainal abidin ada conscience dan will power untuk membantu dsai kali ini? sebab dia yang lebih maklum apa kekuatan rayuan umno/gani patail bekas bossnya dulu.

Tanpa Nama berkata...

semua pemimpin barisan national&umno:orang miskin/papa kedana pada segi background(material - kebendaan ,wang & education);sebab itulah mereka memimpin untuk jadi pencuri wang rakyat negara malaysia&hartanah rakyat malaysia.rasuah= mencuri(pencuri, penyamun=mp ubn&ahli exco ubn)
darah daging mereka tumbuhan wang haram;haji/umrah/solat/puasa tidak diterima ALLAH (mereka munafiq).