Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan lagi sebagai individu dalam satu skandal video dengan seorang lelaki yang didakwa seorang mahasiswa berumur 19 tahun.
Video selama 1:20 minit itu disiarkan penulis blog pro-Barisan Nasional (BN) Papa Gomo dengan audio dan berwarna memaparkan individu mirip Anwar berbual dengan lelaki yang dipercayai memasang rakaman kamera secara tersembunyi.
Anwar: Susah la you…you know I tolak dari Segambut immediate…?
Lelaki: Ada apa kat Segambut?
Anwar: Daripada rumah I lah (ketawa)
Lelaki: Yalah betullah mana boleh percaya. You fikir kalau you in my shoes percaya tak?
Anwar: …Walaupun kadang-kadang I punya twitt banyak masuk
Lelaki: Hah yalah tu la I cakap betul ke you punya twitt…
Ini merupakan pendedahan rakaman kedua yang cuba mengaitkan Anwar dengan skandal salah laku dalam tempoh seminggu selepas beberapa gambar sepasang lelaki berpelukan yang didedahkan dalam blog rajagoyang360 Sabtu lalu.
Tindakan menyiarkan video terbabit juga dikatakan selepas Papa Gomo mendakwa Anwar tersalah memfitnah dirinya sebagai pemilik blog Raja Goyang dan enggan menarik balik saman RM100 juta.
‘Saman RM100 juta’
“Saman RM100 juta yang difailkan Anwar Ibrahim memberikan satu peluang besar buat Papa Gomo untuk mendedahkan lebih banyak kegiatan jijik Anwar serta membawa saksi saksi lain dalam perbicaraan ini termasuk Datuk Shazryl Eskay Abdullah, China Doll, dua orang mahasiswa yang diliwat, Zulkifli Nordin, bekas pengasas PKR Ng Lum Yum, Zahid Mat Arip, Datuk S Nallakaruppan, N Gobalakrishnan dan seorang pemimpin kanan PAS,” katanya dalam blog beliau.
Anwar melalui peguam N Surendran pagi tadi memfailkan saman RM 100 juta terhadap Papa Gomo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal menarik balik tuduhannya dalam tempoh 48 jam.
Sementara itu penulis blog (Papa Gomo) mendakwa, beliau telah menemui mahasiswa tersebut pada Februari lalu dan telah mengaku melakukan perbuatan suka sama suka.
Beliau turut mengaku bertanggungjawab sepenuhnya dengan pendedahan skandal terbabit tanpa bantuan mana-mana pihak dalam kerajaan.
“Gomo nak tegaskan di sini kepada semua.
Ianya bukan soal wang kerana walaupun RM10 juta atau RM1 billion Anwar cuba tawarkan hakikatnya apa yang dilakukan Gomo adalah untuk rakyat agama, bangsa dan negara.
“Gomo bukan pemimpin politik atau berjawatan besar tetapi Gomo mewakili jutaan rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran dalam memilih pemimpin yang benar dan bukannya jijik,” katanya. -FMT
Ulasan GB
Nampak dalam video itu macam "real" Anwar, tetapi GB berpendapat, ia tetap "fake". Kerana? Gambar video itu diambil dari sudut jauh agar penelitian terhadap gambar di video itu tidak dapat dilakukan. Sementelah lagi wajah Anwar kelihatan terlalu muda berbanding dengan usianya sekarang yang sudah menjangkau 65 tahun. Gambar mahasiswa yang dimaksudkan pun tidak kelihatan di dalam rakaman itu. Dan paling ketara, pada kala ini, di video itu TIADA LAGI TARIKH dipaparkan setelah video-video yang lepas persoalan tarikhnya menimbulkan isu yang tidak mampu dijawab oleh pembikin videonya.
Kemudian kita lihat bibir si pelakunnya itu tidak jelas dengan perkataan yang dipertuturkan. Seolah-olah gambar lain, suaranya lain.
Papagomo nampaknya syok sendiri dengan bikinan video-video untuk mengaibkan Anwar, tetapi ternyata selama ini (termasuk video terbaru ini) adalah palsu.
GB sudah nukilan sebelum ini.
Kebenaran akan tetap terserlah jua, dan apa jua "fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui.”
Bagi kita, kita akan terus berdoa!
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا
2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan
Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
klik untuk baca
12 ulasan:
GB, itu adalah fake. totally fake. dlm myblog ada gitau sikit. GB pergi ke 0.49 dan ulang banyak kali. ada editing kat situ.
Nampaknya make-up artis sedaya upaya mencipta wajah Anwar Ibrahim namun wajah itu kelihatan memang seiras tapi tak sama jika dibandingkan wajah yang asli. Lakonannya pula nampak real tapi keadaan Anwar Ibrahim ketika ini berkerektor orang tua sedangkan dalam youtube itu berkelakuan orang muda. Tambahan pula dailog yang dimainkan oleh pelakon itu amat meragukan kerana sebagai ahli politik yang berkrisma, Anwar Ibrahim tidak akan bersikap terhegeh-hegeh seperti itu. Tambahan lagi Anwar orang berada, sex boleh dibeli mengapa perlu merayu ?
Kesimpulannya, orang yang mirip Anwar itu hanyalah pelakon upahan yang tidak mampu membawa watak Anwar Ibrahim secara realiti.
malaysiabaru said,
cuba teka siapa pakar CGI yang sedang di upah membuat berpuloh aksi blue untuk memfitnah Anwar?
Dia sekarang dah stop buat public job dan cuma tengah concentrate untuk merosakan minda rakyat malaysia untuk BN porno BLUE, 1GELOMBANG BLUE Malaysia?
Video MACAI kali nie mantop sket dari yang sebelumnya..mungkin bajet banyak lebih tapi kelaku DSAI dalam video tu tak menggambarkan dia sebagai orang yang berumor 65 tahun. Macam kanak-kanak RIBENA je. Video lepas nie kasi adjust sket..
Salam...
Aku dah naik muak dengan cara politik jijik UMNO.
Upload dekat Youtube. Si Gomo ni tak pikir ke apa akan jadi kalau budak2 tgk video macam ni?
Merosakkan bangsa. Merosakkan akidah. Mana SKMM? Sepatutnya Si Gomo ni dah kena hukum lama dah. Sebar fitnah satu kesalahan, miliki video lucah pun kesalahan, sebar video pun adalah kesalahan...
Si Gomo ni ingat hidup selama-lamanya ke? Jangan x sempat mintak maaf and taubat, dah la..
-pakli-
Ianya bukan soal wang kerana walaupun RM10 juta atau RM1 billion Anwar cuba tawarkan hakikatnya apa yang dilakukan Gomo adalah untuk rakyat agama, bangsa dan negara.
Begitulah lunaknya kata-kata seorang perasuah trafik heh heh boleh cayae ke
Juta-juta konon ratus -ratus pun dah ngap..sudahlah pergi mampus lah lu pemfitnah
muka dh clear,tp suara x sama pun..papagomo yg ske kencing...ingat,didunia hg kaya tpdlm kubur nnt mampuih la kna hentam sbb menipu!!!fitnah!!!
takkan dlm proses merayu rayu anwar seperti pemidato...angkat2 tangan...bulat2kan mata...angkat2 kening...kerut2 di dahi...
biasanya bahalol bahalol lepas masok jel, jadi banduan, cakapnya memang sah tiada nilai dan sepatutnya tidak dilayan perlu langsung. lebih lebih lagi budak masok jel makan rasuah, bontot penuh tahi....rupa pun macam bontot jugak ler gayanya.
apa manusia macam ini pun ada, memalukan mak bapak dan keluarganya aje.
buat habis beras aje bela dari kechik, nih.
Kena ingat Umno mensasarkan pengundi Melayu yang duduk di kampung dan Felda. Juga beberapa peratus pengundi Melayu atas pagar. Ada mengatakan video ini akan tersiar dalam TV3 seminggu sebelum hari mengundi dan diulang2 sehingga hari mengundi. Kesannya seperti KuLi dan tengkolok Kadazan. Masa tu dan tak sempat PR nak perbetulkan mindset.
Jadi harapnya PR dah rangka pelan tindakannya spesifik untuk ini. Preemptive strike perlu di buat. Video ini perlu di'dissect' dan disebarkan/counter sebelum ianya keluar dalam TV3suku.
P/s: Saya tak tau la kalau Papagomo atau strategis Umno ni cerdik atau tak, mengeluarkan video ni awal supaya PR boleh mengkajinya lebih awal.
ini TEKNIK AVATAR ni
cuba tengok video ni
http://www.youtube.com/watch?v=-T_bcIL9T0U
orang dah mati boleh dibangkitkan hanya dengan dua keping gambar inikan pula orang hidup yang bergambar tiap2 hari hahahaha
sapa2 ade pengetahuan berkenaan sila buat pencerahan kepada rakyat malaysia
teknologi macam pisau boleh diguna memotong daging masak kari buat kenduri hahaha
atau potong daging mentah busuk buat dimakan di akhirat nanti hahaha
Korang pernah tengok filem Lincoln tak. Dorg buat pelakon tu sebijik mcm mendiang Abraham Lincoln. Tak mustahil ni pun guna pelakon. Fikir logik la. Kalau dah tau banyak mata yg memandang, masih nak buat bnda jijik ni lagi ke? Tak kan saje2 cari penyakit.. Lu pikir la sendiri
Catat Ulasan