4 Jan 2013

Papagomo Mana Lu Mau Lari, Mahkamah Keluar Sapina Ke Atas Zahid Hamidi

Mahkamah keluar sapina ke atas Zahid Hamidi KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengeluarkan sapina kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) agar datang ke mahkamah 6 Januari ini.

Sapina itu dikeluarkan oleh mahkamah atas permohonan Datuk Husam Musa yang menyaman blogger Papa Gomo.

"Mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk sapina Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana, Ahmad Zahid kenal siapa Papa Gomo ini apabila beliau membenarkan blogger ini memasuki kapal selam Scorpean sebelum ini," kata Husam kepada Harakahdaily.

Husam menyaman Papa Gomo ekoran satu laporan fitnah yang dibuat blogger Umno itu melalui blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan cerdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian.

Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:
Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.

Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta!

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!

Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno. Termasuklah polis yang selama ini bersikap double standard!


Laporan-laporan sebelum ini
klik untuk baca




11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini manusia pencacai UMNO yang paling bodoh sekali yang pernah i lihat. Apabila kita menjauhi ajaran Islam maka semakin hari semakin bodohlah kita biarpun ilmu IT kita sangat hebat. Apabila ilmu IT beberapa kerat sahaja tapi kita semakin menghampiri dengan ajaran agama islam maka bijaklah kita. Tapi apabila kedua - dua ilmu duniawi dan agama pun banyak maka hebatlah kita dengan syarat kita gunakan ia untuk kebaikkan. Ambil kata - kata ini sebagai pengajaran.

muzium padi gunung kheyang berkata...

golongan setan yang dikenali tajaan MAHADEATH,tidak kenal dosa dan pahala
serta neraka.

mereka mempermainkan hukum ALLAH TAALA.mereka sedang bermain api dunia dan mereka tak sedar NERAKA JAHANNAM sedang menunggu.

Tanpa Nama berkata...

Dosa papagomo lebih berat dari dosa2 seluruh rakyat kelantan.
Hidup dgn fitnah spnjang masa.
Harap gomo brtaubat n sedar akan prbuatannya.

Tanpa Nama berkata...

Papagomo pernah menulis "gomo rasa bangga kerana gomo satu2nya bloger yang dibenarkan masuk kedalam kapalselam". Sekarang dia akan berkata begini "gomo merasa bangga kerana gomo satu2nya bloger yang menyebabkan Menteri Pertahanan Malaysia disapina oleh mahkamah"...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !

Tanpa Nama berkata...

Dato s. Aku mmg dah lama benci papagomo ni. Tak habiis2 fitnah annuar. Skrg rasakan langit tinggi atau rendah. Kesian ko aku tgk.. Muka dh mcm x de selera nk makan dah. Kah2.. Mana haji najib yg ko banggakan dulu? Dia lupa kot ko ni owner papagomo.. Kah2..
Mana hajjah rosmah yg ko banggakan dgn cincin 24 juta ko tu.. Hahaha.. Bodoh punyer mamat..

Tanpa Nama berkata...

Gomo rasa bangga kerana gomo satu satunya bloger yg boleh memasukan Pak Menteri Ke dalam kapal selam...opps kedalam mahkamah...kui kui

Osama berkata...

kuang kuang kuang kuang...
kantoi..kantoi...biaq dia mampuiihh!
pemburu dok pasang jerat...
jerat tak lupakan pelanduk.
tpi papa gomo ni lagi hebat...
dia yg pasang jerat....
terjerat diri sendiri & menjerat lembuu...maka terjerit la lembu & papa goMmooooooo!

Tanpa Nama berkata...

Main tulis ikot sukati kaki tok dia aje. Yg takbleh blah tu ramai percaya bulat2. Tgk muka pon dah tau taleh percaya. Mari kita lihat berapa lama lagi dia boleh imun dari undang2.

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni papa nak gomo sapa plak agak nya.kambing dara blakang umah aku bolih daaa

Tanpa Nama berkata...

Papagomo nok lawe Papahomo....!!!!! Mene Gomo...!!!!