20 Sep 2012

[ISU KUOTA HAJI] Kebenaran Terserlah, Menteri Agama, Jamil Khir Pendusta


Arab Saudi tolak permohonan tambah kuota haji

Arab Saudi menolak permintaan 40 negara untuk menambah kuota haji mereka tahun ini kerana projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah, lapor akhbar-akhbar tempatan di negara itu hari ini.

"Kementerian memohon maaf kepada semua negara yang telah memohon untuk menambah bilangan jemaah mereka tahun ini (kerana) projek-projek besar pembangunan di Mekah dan Madinah yang menjadikannya sukar untuk menampung jumlah yang lebih ramai," kata Menteri Haji Bandar al-Hajjar, lapor AFP.

Setiap negara Islam diberi kuota haji sebanyak 1,000 jemaah bagi setiap sejuta.

Sistem kuota dikenakan selepas tindakan polis Arab Saudi untuk menghalang demonstrasi jemaah Iran mengadakan bantahan anti-Amerika dan anti-Israel pada tahun 1987, mencetuskan pertempuran di mana 402 orang terkorban, termasuk 275 rakyat Iran.

Tahun lepas, hampir tiga juta jemaah Islam mengerjakan haji yang merupakan satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia.

Sebelum ini kerajaan Malaysia dilapor berusaha mendapatkan kuota tambahan untuk 10,000 jemaah, sekali gus mengurangkan jumlah yang keciciran pada tahun ini.

Kerajaan sebelum ini mengaitkan pengurangan kuota haji dengan demonstrasi BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lalu.

Ulasan GB

Akhirnya kebenaran terserlah!

Kuota haji disekat TETAPI ia melibatkan 40 negara dan kerana projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah, bukan kerana BERSIH.

GB dah kata dulu. GB tulis di sini: Kuota Haji Akan Disekat? Menteri-menteri UMNO Malaysia Memang Pendusta

Jamil Khir, Anifah Aman dan Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab kerana berdusta. Cuba memburukkan BERSIH tetapi akhirnya pendustaan itu tidak menjadi.

Menteri-menteri tersebut berbohong semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat dengan mempermainkan kuota haji melalui fitnah terhadap BERSIH dan kerajaan Arab Saudi, kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat kuota haji tahun ini.

Ketiga-tiga menteri itu lansung tidak takut dosa. Tak takut Tuhan dan tak takut lidahnya dikerat kerana berbohong dan berdusta.

Tidak mengapa, kita serahkan mereka kepada Allah swt untuk membalas segala perbuatan hina mereka itu.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

5 ulasan:

Awanama berkata...

kalau sorang sampai nak pegi banyak banyak kali memang le kuota tak akan cukup. cuba hadkan sekali je seumur hidup, atau selepas 10 tahun baru boleh mohon pegi lagi, rasanya lagi ramai yg berpeluang pergi untuk pertama kali, kalau rindu sangat dgn tanah haram, pegi umrah dah le.. bukan ke memudahkan org lain pergi amatlah mulia dan dituntut?

Awanama berkata...

Apa yang depa bohong, tak kata pun....

Awanama berkata...

depa bohong ckp kuota haji dihadkan sbb BERSIH 3.0 .. siap masuk paper lagi. Padahal kami mmg dah tau govt arab saudi hadkan kuota sbb nak besarkan masjid etc utk kemudahan jemaah haji slps2 ni.

Tolong la jgn dok kencing rakyat.dulu boleh la..internet tadak..semua akan percaya.

1 Malaysia berkata...

Anon Sspt 20, 3.20pm,
Hang ni macam dok dalam Gua Niah kat Sarawak kot? Atau dok dalam Gua Gunung Keriang? Bertapa? Tak payah nak pertahankan puak jakun ni kalau dah berita tersiar dalam surat khabar dan TV "pemerintah".
Jangan sampai orang panggil hang tu JAKUN @ BODOH @ BANGANG sudah le.....

Awanama berkata...

Anon Sspt 20, 3.20pm,

..dan ..ka