Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 cuba menggulingkan kerajaan adalah "longgar" dan tidak berasas kepada fakta, kata bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari.
"Daripada perkembangan yang berlaku, saya boleh katakan kenyataan itu, kenyataan yang longgar, kenyataan yang sangat longgar, tidak berasas kepada fakta yang nyata.
"Mungkin (dibuat) berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang tidak sahih," katanya.
Justeru, kata Fauzi (kiri) lagi, kenyataan yang dibuat semata-mata andaian sahaja.
Fauzi mengulas kenyataan Najib yang dilapor mendakwa perhimpunan yang berlangsung April lalu oleh gabungan itu adalah cubaan menggulingkan kerajaan seperti yang dilakukan oleh rakyat Mesir di Dataran Tahrir.
Ketika diwawancara Malaysiakini, Fauzi berkata, alasan yang biasa digunakan sebelum penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2012, antaranya "mengganggu atau menggugat ketenteraman awam" tidak lagi sesuai digunakan.
Katanya, alasan itu walaupun berdasarkan laporan risikan, mungkin tidak kuat kerana suasana kini menunjukkan rakyat matang dan sudah terbuka.
"Jadi yang itu (guling kerajaan), bagi saya kalau nak lebih adil, kalau kita dengar sedikit sebanyak (pandangan BERSIH)," katanya yang pernah bertugas sebagai ketua polis daerah Dang Wangi - antara balai paling banyak berdepan penganjuran demonstrasi.
'Kerajaan berkorbanlah'
Fauzi juga berkata, sekiranya polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan penganjur memasuki Dataran Merdeka lebih awal, kemungkinan "huru-hara" tidak akan berlaku.
"Bagi saya, asasnya kalau kita beri kebebasan bersuara, hak berkumpul kerana hendak menyuburkan demokrasi. Bagi saya tidak sepatutnya ada halangan, malah kita (anggota polis) kawal... Saya rasa kalau itu sikap keterbukaan yang diambil, saya yakin suasana itu baik.
"Kalau kita ada satu kesefahaman, dengan kita menghormati satu sama lain, kenapa kita tidak boleh beri satu peluang (kepada BERSIH)? Mereka datang secara aman. Kita korbanlah. Kerajaan, Kementerian Dalam Negeri, dan polis berkorban, maknanya beri laluanlah," katanya.
Fauzi berkata semua pihak perlu mencari kata sepakat bagi mengelakkan berlakunya huru-hara dan perlu menganggap perhimpunan itu sebagai perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan.
Ditanya sama ada polis mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengawal peserta perhimpunan seperti BERSIH, Fauzi menjawab:
"Arahan (SOP) itu bergantung kepada pendekatan situasi. Maknanya mengikut kesesuaian tempat dan keadaan. Kalau kita tidak boleh betul-betul (kawal dan) keadaannya begini, (maka) buat begini, (dan) buat begini, secara umumnya," katanya.
Bagaimanapun, katanya, SOP bukan persoalan dalam perhimpunan 100,000 peserta itu, tetapi soal perbezaan pandangan antara pihak berkuasa dan penganjur yang "bermati-matian" dipertahankan.
Enggan beredar dikira ingkar
Ditanya sama ada tindakan polis mengasari peserta dan wartawan dalam perhimpunan itu termasuk dalam lingkungan SOP, Fauzi menegaskan tindakan itu menyalahi aturan.
"Kalau sampai (seperti) kamu kata pukul, itu salah dari segi aturan kita. Kita tidak boleh hukum (mereka). (Pukul) itu semacam satu hukuman," katanya.
Beliau juga menjelaskan, menurut SOP, tangkapan boleh dilakukan sekiranya peserta masih enggan beredar walaupun selepas disuraikan kerana ia dikira "ingkar perintah".
Ditanya sama ada suasana akan berubah sekiranya beliau dipertanggungjawabkan menangani perhimpunan itu, Fauzi bagaimanapun sukar untuk menjawabnya.
"Boleh jadi perkara yang sama (berlaku) sebab mungkin pada masa itu fikiran saya pun, kita sepakat. Kerana kita kerja sepasukan. Kita tak boleh (bertindak) bersendirian.
"Bila kita dah buat satu keputusan, walaupun (pandangan) peribadi kita berbeza-beza, tapi kita (harus) sekata," jelasnya lagi.
Fauzi diwawancara oleh Kuek Ser Kuang Keng, Abdul Rahim Sabri dan Koh Jun Lin. -mk

Tiada ulasan:
Catat Ulasan