17 Jul 2012

Papagomo Dakwa Mahasiswa Buat Laporan Diliwat DSAI

Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.

Sementara blog itu membawa laporan ini sejam sebelum tengah malam tadi, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mesej mengecam laporan itu turut dibuat menerusi Twitter dan Facebook.

Anwar telah dibebaskan daripada kes meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan awal Januari lalu. Susulan penghakiman bertulis itu, Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan dengan mengetengahkan sembilan alasan pada minggu lalu.

Saiful membuat laporan polis dia diliwat akhir Jun 2008.

Blog Papagomo menulis, dia mendapat maklumat ada satu laporan polis telah dibuat petang semalam terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR.

"Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi (semalam) ada laporan polis telah dibuat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh seorang mahasiswa dari utara yang menyatakan beliau telah diliwat oleh pemimpin PKR pada malam sebelumnya (kelmarin)," kata pemblog itu.

Bagaimanapun entri blog empat para itu berkata, dia tidak pasti sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya.

"Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya, namun yang pasti semua kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu," katanya dilihat merujuk kepada perkembangan ketika kes liwat kedua pada 2008.

Anwar ketika itu mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki atas alasan keselamatannya terancam.

Blog itu sebelum ini pernah menyiarkan beberapa klip rakaman menyentuh Anwar sejak awal tahun lalu.

Laporan blog itu turut membawa gambar dua lelaki berada dalam sebuah kereta polis, salah seorang dipercayai penuntut yang membuat aduan polis.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menerusi mesej Twitter menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai "sampah."

"Ada juga dengar-dengar tapi sampahlah bro (saudara)," kata beliau membalas mesej dua pengikutnya awal pagi ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, pesaing politik Anwar menggunakan modus operadi yang sama iaitu satu laporan polis dibuat dan ia akan disusuli dengan siasatan polis sebagaimana disaksikan dalam kes-kes sebelum ini.

Perkembangan terbaru ini jika benar dilihat akan mengganggu tumpuan Anwar, yang baru-baru ini berkata akan bersara jika gagal dalam misi menawan Putrajaya pada PRU13, mengemudi PR menghadapi pilihan raya umum.

"Malah, ia juga sama sebagaimana kita saksikan dalam video yang ditontonkan oleh Datuk K (kepada media awal 2011) untuk menjejaskan imej Datuk Seri Anwar. Malah, ia muncul beberapa hari selepas Peguam Negara membuat rayuan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah pun dibebaskan.

"Perkara (laporan) ini tidak mengejutkan kami sebab skrip adalah sama dan digunakan oleh musuh-musuh kami untuk pilihan raya umum,"
kata Shamsul Iskandar, yang juga seorang peguam.

Beliau menambah, ia akan membawa kesan buruk ke atas BN khususnya Umno selepas beberapa usaha mereka sebelum ini untuk memburukkan imej Anwar ternyata telah gagal.

Aktivis blogger Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan pula berkata, "adakah DSAI (Anwar) akan sekali lagi turun-naik mahkamah selama beberapa tahun?"

"Blog papagomo melaporkan seorang mahasiswa telah membuat laporan polis kononnya diliwat oleh DSAI baru-baru ini. Apakah ini taktik terbaru Umno untuk menghadapi PRU13 dengan mengalih tumpuan terhadap susuk yang pernah dua kali didapati tidak bersalah dalam konspirasi liwat satu dan dua," katanya lagi.

Katanya, perencanaan telah disusun dengan baik demi detik terpenting menghadapi pilihan raya "hidup mati Umno-BN."

"Lebih dilihat BN akan terlingkup dalam pilihan raya akan datang, maka sesuatu perlu dirangka sebelum terlambat, menjadikan PRU13 yang dicanang sejak pertengahan tahun lepas dianjak-anjak beberapa kali," katanya lagi.

Edy Noor juga berkata, Umno-BN yang kian hari kian terdesak akan menggunakan apa jua cara sekalipun bagi mengelak daripada tewas PRU-13, kedudukan yang bukan sahaja boleh menyebabkan harta hasil rasuah dirampas dan dikembalikan kepada rakyat, malah bakal ada pemimpin Umno yang akan menjengah ke tali gantung.

"Dijangkakan juga ramai bekas menteri yang akan naik basikal berseluar senteng bersama 'briefcase' usang di tangan.

"Biarpun terpaksa menggunakan SOP sedia ada, sekali gus menggunakan pakej persepsi yang telah dibina dari tahun 1998, apa sahaja cara untuk menghalang DSAI membawa rakyat menaiki takhta harus diguna pakai.

"Taktik 'diversion' dilihat mempunyai kesan serampang dua mata selain cubaan menjatuhkan reputasi anwar, mereka cuba merantai Anwar di pintu mahkamah," katanya sambil menambah, "sedangkan semua itu telah dilalui dengan berjaya oleh seorang Anwar didukungi semangat reformasi rakyat Malaysia."

Katanya, "maka apakah dengan kegusaran melampau ini, hadirlah slot terbaru konspirasi liwat ketiga?" -SH



Ulasan GB

Kalau dilihat berita di blog papagomo itu, ada gambar kereta polis membawa dua makhluk yang telah di "blur"kan wajahnya.

Jika berita papagomo itu benar, persoalannya ialah, apakah polis terlibat dengan konspirasi berkenaan sehingga menggunakan kereta polis untuk mengangkut makhluk berkenaan?

Biasanya laporan polis dibuat secara persendirian, nak kereta sendiri dan balik sendiri.

Ini kejadahnya naik kereta polis?

Kedua, siapa yang tak kenal papagomo yang telah banyak kali kantoi memfitnah? Dan tidak ada pun tindakan diambil ke atas papagomo ini seolah-olah beliau kebal undang-undang.

TETAPI kebal macamana pun papagomo yang diliNdungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, papagomo pasti hancur binasa sepertimana GB pernah kata dahulu!

Dan begitu juga terhadap polis yang tidak menjalankan kerja dengan adil dan saksama, tidak akan terlepas dengan hukum Tuhan.


Petikan:

GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks.

Tetapi tak ada siasatan dilakukan, malah papagomo semakin galak menyiar gambar porno dan video lucah.

Yang penting sekarang, ialah laporan polis terhadap polis dan pegawai SKMM yang tak menjalankan kerjanya.

Mentang-mentang duduk sekapal dalam UMNO.

Tak apa, satu hari papagomo tetap kena. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.

Doa lagi: Ya Allah buktikan kebenaran itu kebenaran....

Doa orang yang baik-baik dan yang dizalimi akan tetap mengatasi amalan dan doa orang yang jahat-jahat.


Kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه


Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Kita juga ingin mengingat keapda semua pihak yang terlibat di dalam "konspirasi" ini bahawa Allah sudah berfirman:

Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]


10 ulasan:

Abu berkata...

fitnah bermaharaja gila kerana orang agama yang ada kuasa menjual akhirat untuk dunia.

Tanpa Nama berkata...

Semua yg berlaku keatas DSAI adalah atas kebijaksaan rancangan dan ketetapan Allah azzawajalla, dgn tujuan;

Pertama, menjadikan DSAI benar2 pemimpin islam yg ikrab hubungannya dgn Allah swt kerana dgn hubungan ini sajalah DSAI telah dan masih kuat dan bersemangat dlm perjuangannya

Kedua, menguji hati dan fikiran rakyat yg cintakan keadilan supaya tetap utuh kpd perjuangan yg diterajui oleh DSAI, kerana Allah swt mengawal setiap hati hamba2Nya.

Ketiga, Allah swt menontonkan betapa kuatnya fitnah dunia di akhir zaman dengan itu nampaklah kita akan pentingnya ilmu agama yg difardu ainkan supaya tidak tertipu dgn mainan fitnah dunia. Kalau masih jugak ungkal tak mahu mengaji maka tanggung sendiri kalau jadi mangsa dan mati tanpa sempat bertaubat.

Mereka yg memainkan fitnah adalah manusia yg tidur dan kalau Allah swt tentukan mereka hanya bangkit dan sedar apabila roh bercerai dari badan maka malanglah nasib mereka kerana pasti mereka pulang ke kampung neraka. Jesteru, ada baiknya kita yg dah sedar dari tidur mendoakan supaya mereka dikejutkan kerana ganjaran dan rahmat Allah swt dapat pd kita semua maka akan hilanglah murka Allah swt. Apabila hilang murka Allah swt cahaya datang mengantikan mendung hitam yg selama ini menyeliputi suasana kehidupan kita.

Wallahua'lam

1 Malaysia berkata...

Mana pergi ulama muda UMNO, Si Bari? Kan dia dok habaq kata kalau kita dok cakap pasal peribadi pemimpin, salah dari sisi agama. Ini tuduhan liwat ni? Apakah hukumnya? Yang peliknya dah tiga kali dituduh tapi masih tak dapat membuktikannya walaupun dengan kaedah sainstifik?
Cuna habaq mai tengok, orang yang menuduh orang lain liwat tu, apa hukumnya? Tak kan boleh pulak kot? Mentang-mentang DSAI tu pemimpin PR, maka dibolehkan atau HARUS. Kalau cakap pasal pemimpin BN, maka HARAM dan berdosa kot. Apa punya hukum ni? Nasib baik aku adalah orang Islam yang waras akalnya. Kalau tidak, aku pun macam depa juga. Otak kosong dan bebai.

Tanpa Nama berkata...

Kalau BN menang PRU13 sah cukai GST macam KFC buat akan dilaksanakan?

Waris berkata...

Apa pun good try to papagomo.

Walau sekor kambing buat repot polis mengadu diliwat anwar atau dtg mintak biasiswa kat najib... abu tetap abu.

Umno perlu dijahanamkan dulu dari mukabumi sbg keutamaan sb umno adalah malapetaka yg paling besar buat malaysia. Dengan sendirinya papagomo akan turut binasa bila umno binasa.

Anwar nak liwat siapa pun pi mampoih kat dia. Anwar bukan isu besar buat rakyat. Anwar hanya isu besar buat umno.

Mindset dah tak boleh ubah... ABU...

hairan berkata...

tengah tunggu laporan polis psl dsai merogol kambing gurun lak

hehehehe

Tanpa Nama berkata...

BILA PAPAGOMO NAK BUAT LAPORAN YANG ADA ORANG LIWAT DIA???

Tanpa Nama berkata...

BILA PAPAGOMO NAK BUAT LAPORAN YANG ADA ORANG LIWAT DIA???

Tanpa Nama berkata...

Taktik UMNO menjijikkan. Buat malu rakyat Malaysia di mata dunia (melalui kedutaan asing masing-masing).

Setiap tuduhan akan dipercayai jika ada bukti kukuh.

Majoriti Rakyat Malaysia bukannya bodoh untuk mempercayai tohmahan ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam, semua
Saya amat malu cara orang Melayu berpolitik. Dulu depan Mak Bapak kita nak sebut perkataan itu pun... amat malu... Tapi sekarang, kenapa editor akhbar, penulis Bangsat tu sanggup menulis dan mendedahkan aib dan hina orang lain. Manlah bukan Islam nak menghormati agama Islam. Pengikut Islam sendiri yang tidak Islamik. Pada hal kita banyak dapati 'Islamic non-muslim' dan di kalangan orang Islam banyak 'non-islamic muslim' Kita doakan mereka kembali kepada Islam sebenar... Amiin..