28 Apr 2012

[Gambar & Video] Lintas Lansung BERS✔H 3.0 - Ribuan Melayu, Cina & India Berhimpun

Guna LRT, Monorail dan Komuter ke Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Penyokong Bersih yang menuju ke Dataran Merdeka dinasihatkan menggunakan kenderaan awam khasnya LRT dan Komuter kerana hampir kesemua jalan raya menuju ke pusat bandar kerana disekat atau sesak.

Menurut laporan-laporan yang dibuat melalui twitter dan laporan dari orang ramai, kenderaan yang menuju ke pusat bandar diarahkan keluar dari menuju ke situ.

Antara jalan yang dilaporkan di sekat adalah jalan Ampang menuju ke KLCC.

Kawasan Petaling Street dilaporkan sudah mula penuh dengan manusia berbaju kuning walaupun perhimpunan rasmi hanya akan bermula jam 2 petang.

Tony Pua dalam pesanannya meminta orang ramai menggunakan LRT dan Komuter untuk ke Dataran Merdeka kerana jalan menuju ke situ ditutup.

(Laluan menuju Bersih 3.0)

Kenderaan yang menuju ke pusat bandar pula diarahkan oleh polis yang bertugas agar keluar dari pusat bandar.

Seorang pengguna Twitter, Justine Mei Ern pula melaporkan, Lebuhraya Persekutuan penuh dengan kenderaan yang menuju ke pusat bandar.

Mandy Oii pula melaporkan, Monorail yang beliau naiki juga berjalan dengan baik.

Beliau turun di stesen Maharajalel dan berjalan kaki menuju ke Dataran Merdeka.

Louise La Frouse pula melaporkan, komuter yang beliau naiki pula penuh dengan manusia.

"Kelihatan kesemua orang di atas komuter ini menuju ke perhimpunan Bersih," tulis beliau. -HD

LINTAS LANSUNG oleh malaysiakini/harakahdaily

Ibunegara hari ini menjadi tumpuan menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2 petang ini. Berikutan adalah laporan langsung mengenai perkembangannya mulai pagi ini.

12.14pm Masjid Negara - Beberapa pemimpin kini berada di Masjid Negara - Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan Abdul Kadir Sheik Fadzir.

12.10pm Jalan Sultan - Selepas berehat kira-kira sejam, kira-kira 3,000 orang yang pada mulanya berkumpul di Jalan Sultan, sekarang berjalan melalui Jalan Petaling.

12:03: Dua jam sebelum perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah pesertanya dianggarkan kira-kira 35,000 orang di lokasi yang berlainan di pusat bandaraya di Kuala Lumpur.

Pudu (peserta berarak dari KLCC) - 20,000
Pasar Seni (bergabung dengan peserta dari Brickfields) - 10,000
Jalan Petaling - 3,000
Masjid Negara - 2,000

11.59 am: Kumpulan di Masjid negara melaungkan "Bangkit Melayu, Bangkit Cina, Bangkit India, Kita Sama, Sokong Bersih"

11.51am Pasar Seni - Unit Amal PAS (unit keselamatan) meminta peserta berkumpul di luar Pasar Seni kerana perhimpunan BERSIH 3.0 hanya akan bermula pada jam 2 petang.

Kelihatan bersama orang ramai di situ ialah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

11.45 am: Kumpulan dari Masjid Jamek dipimpin Azmin Ali tiba di dataran dengan laungan reformasi.

11.42 am: Kumpulan dari Masjid Jamek kini mula beransur-ansur bergabung dengan kumpulan yang berkumpul di dataran merdeka.

11.40 am: Lebih 1,000 peserta Duduk Bantah berkumpul di perkarangan Masjid Negara sementara menunggu jam 2 petang.

11.38am Dataran Merdeka - Orang ramai di Persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Parlimen, berjumlah ribuan orang, sekarang berarak di sepanjang Jalan Kinabalu menuju ke arah Masjid Negara.

11.35am Brickfields - Peserta berjumlah kira-kira 1,000 orang, memecah benteng polis dan kini berarak ke arah Dataran Merdeka.

Anggota polis kelihatan seperti membiarkan mereka lalu.

11.30am Brickfields - Kira-kira 1,000 orang cuba untuk berarak tetapi dihalang oleh kira-kira 60 anggota polis di Jalan Tun Sambathan.

Kumpulan itu kini duduk di hadapan polis dan menyanyikan lagu Negaraku.

11.15am Masjid India - Jumlah orang ramai semakin bertambah di luar bangunan BSKL.

11.15am Masjid Negara - Empat trak polis meninggalkan kawasan tersebut.

11:13am Jalan P Ramlee - Peserta Himpunan Hijau berarak dari KLCC ke arah Jalan Raja Chulan.

11.12am Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

10.55am Masjid Negara - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan wira oleh orang ramai.

10.54am KLCC - Beberapa orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula berarak ke arah Masjid Jamek.

Mereka memecah benteng polis di Jalan Ampang.

10.53am Masjid India - Para anggota Unit Amal menerajui kira-kira 5,000 peserta untuk melepasi benteng polis di persimpangan di luar Public Bank, berhampiran hujung utara Dataran Merdeka.

10.51am Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.

KLCC - 5,000
Jalan Sultan - 4,000
Masjid Jamek - 2,000
Masjid Negara - 1,000
Berhampiran Dataran Merdeka - 3,000

10.41am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak.

Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia.

10.41 am: Meskipun kawasan Dataran Merdeka ditutup dan dikawal polis, peserta Duduk Bantah duduk santai di kawasan sekitar dengan berpakaian kuning. Laungan "reformasi" dan "bersih bersih" turut kedengaran.

10.35 am: Lokasi Dataran Merdeka - dianggarkan melebihi 6 ribu orang berkumpul diatas jalan raya.

10.30 am: Lokasi Masjid India - peserta Bersih memenuhi sekitar masjid india dianggarkan mencecah 3 ribu orang.

10.22 am: Orang ramai beratur untuk membeli tiket di Stesen LRT Titiwangsa

10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ.

10.15am Bangsar - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc.

10.05am Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai.

Menurut sesetengah peserta, mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba di KL Sentral.

"Saya tidak tahu bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar dari stesen kereta api." kata Kelly Tui.

10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata.

9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka.

9.45am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan.

Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.

9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu.

9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.

Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.

9.36am Jalan Sultan - Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu tema 'Protect Jalan Sultan' akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem Pete Teo.

9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta


9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.

9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.

9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning.

Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free Education'.

Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.

Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula.

9.20am MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT

9.15am KLCC - Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup.

Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai.

Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.

Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan "Stop Lynas".

Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk.

9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.

9.00am JLN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan.

Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.

9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.

859am MASJID INDIA Penyokong mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis mengawal.

8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk

8.51am JLN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen.

8.48am PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang Wangi. 150 polis berkawal.

840am JLN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.

8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.

8.30am JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.

8.24am JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.

Ulasan GB:

Peniaga makanan & minuman pasti gembira dan tersenyum girang apabila diserbu oleh beribu-ribu orang yang memenuhi gerai mereka semenjak subuh lagi pagi ini. Tertutuplah fitnah menyatakan perniagaan terganggu kerana BERSIH!





























Di Auckland New Zealand




Di Melbourne Australia



Sambungan laporan lintas lansung diSINI


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

guna motor atau jalan kaki lebih mudah

Tanpa Nama berkata...

jangan bergerak masuk dalam kumpulan, lebih mudah bersendirian

Tanpa Nama berkata...

KL BUKAN KAWASAN LARANGAN, HANYA DATARAN MERDEKA ADA PERINTAH MAHKAMAH......

Tanpa Nama berkata...

harap admin boleh dapatkan statistik penjualan tiket pengangkutan awam mulai 27/04 hingga 29/04/2012...

Tanpa Nama berkata...

Terharu... Dengan perjuagan rakyat....

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah berilah mereka kekuatan dan jaminan keselamatan moga semuanya berjalan lancar dan tercapai matlamatnya.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....
Ya Allah Ya Tuhanku...

Sekiranya kerajaan di Malaysia sekarang ini sebuah kerajaan yang benar-benar BERSIH dari kemaksiatan dan memperjuangkan prinsip KEADILAN yang sebenar menurut kehendak ISLAM yang syumul....., maka Engkau ( Ya ALLAH ) pertahankanlah kerajaan sekarang ini.....

YA ALLAH, KAMI MERAYU KEPADA MU.....

Dan sekiranya kerajaan yang ada di bumi Malaysia sekarang ini sebuah kerajaan yang batil dan jauh dari ISLAM dan tidak BERSIH dengan ertikata yang sebenar dan tidak memperjuangkan konsep KEADILAN yang Engkau ( Ya ALLAH ) tetapkan......

MAKA YA ALLAH, YA TUHAN KAMI....

ENGKAU YA ALLAH...., GANTIKANLAH IA DENGAN SEBUAH KERAJAAN YANG LEBIH BAIK LAGI...., SEBUAH KERAJAAN YANG MEMPERJUANGKAN KEADILAN YANG SEBENAR YANG MENEGAKKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI....

PERKENANKANLAH DOA KAMI INI...., YA ALLAH;
PERKENANKANLAH DOA KAMI INI...., YA ALLAH;
PERKENANKANLAH DOA KAMI INI...., YA ALLAH;

KEPADAMU JUA, YA ALLAH... KAMI MERAYU...,

DAN KEPADAMU JUA YA ALLAH TEMPAT KAMI AKAN DIKEMBALIKAN....

AMIN...AMIN...,

YA ROBULLA'ALAMIN

Tanpa Nama berkata...

Weiiiii...
Kau orang nak tahu dah....
Jualan ticket Komuter and LRT mencecah jutaaan ringgit hari ni dan semalam..

Pendapatan penjual gerai2 makanan di tepi2 jalan dan restoran berlipat berkali ganda.Aku tengok taukeh yang membuat jualan hari in senyum sokmo. Lebar ja senyumannya.....

Alhamdullillah....

Cuma yang sedihnya pemandu2 teksi ja. Dia orang kurang mendapat pelanggan sebab itu hari ketua dia orang tak mahu usul langsung supaya polis tidak membuat sekatan jalanan. Ketua dia orang lebih lebih nak menghentam perhimpunan bersih.
\
Aku rasa kalau ketua mereka mempunyai otak yang waras itu hari dan membuat syor supaya polis dan dbkl tidak membuat halangan di jalan raya, sudah tentu tak menang tangan dia orang nak ambil orang ramai. Berpusu2 oran akan naik teksi. Ni tidak.....bila ketua nya lebih bersifat ANTI kepada BERSIH, inilah akibatnya.

Harap, pemandu2 teksi kasi tiau sikit kat ketua mereka yang mempunyai otak sontot tu