23 Apr 2012

Maka Meloponglah Najib & SPR Bila Selangor Pilih Untuk Pilihanraya Berasingan

Pilihan raya berasingan kerana kelemahan SPR

Hak mengadakan pilihan raya umum (PRU) bersama atau berasingan adalah terletak sepenuhnya pada kerajaan negeri.

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor membayangkan kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan ekoran kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membersihkan senarai daftar pemilih yang meningkat secara mendadak di negeri itu.

Setiausaha Politik Menteri Besar negeri itu, Faekah Husin berkata, hak mengadakan pilihan raya umum (PRU) bersama atau berasingan adalah terletak sepenuhnya pada kerajaan negeri.

“SPR tidak boleh menggunakan alasan belanja RM30 juta untuk menyekat hak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menegaskan mereka harus sedar tindakan mengadakan pilihan raya berasingan adalah akibat dari kegagalan SPR membersihkan dan mengambil langkah berkesan sebagaimana unjuran Bersih 2.0.

“Jika kita mahu berbicara soal wang rakyat, bagaimana pula dengan RM250 juta wang rakyat yang disalahguna NFC (National Feedlot Corporation) dan RM589 juta hutang (bekas pengerusi MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli yang dilupuskan oleh kerajaan?

“Bagaimana pula dengan urusniaga penjualan Lebuh Raya MEX? Adakah geran kerajaan yakni duit rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings berjumlah lebih RM900 juta telah dikembalikan? Bukankah ini semua melibatkan pembaziran wang rakyat?,” soal beliau.

‘Seperti lembu dicucuk hidung’

Isu pilihan raya berasingan katanya, tidak akan timbul sekiranya SPR bersungguh-sungguh membersihkan senarai daftar pemilih yang meningkat mendadak.

“Walaupun telah banyak bukti yang dikemukakan namun SPR masih gagal bertindak sewajarnya sebaliknya memberikan alasan yang pelik dan tidak munasabah.

Ujar beliau, “kita mahu SPR melaksanakan tanggungjawab secara bebas dan jangan mengikut telunjuk Barisan Nasional (BN) atau mana -mana parti politik seperti lembu dicucuk hidung.

“Kita amat kecewa apabila SPR tanpa berselindung menunjukkan sokongan kepada BN. Jika ada pegawai tertinggi SPR mahu berpolitik, sila letak jawatan dan bertanding sebagai calon BN.

“Kita mendesak SPR berhenti menjadi jurucakap BN. Jika SPR mahu dihormati seluruh masyarakat Malaysia, laksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur kerana setiap perbuatan kita pasti akan mendapat balasan dariNYA,” tambahnya. -FNT

Ulasan GB

Ini salah satu cara untuk "mengalahkan" grand design Najib untuk menawan Selangor, iaitu tidak membubarkan DUN untuk PRU13 dan memilih untuk mengadakan pilihan raya negeri yang berasingan.

Segala usaha mereka mendaftarkan PATI di negeri Selangor untuk mengundi bagi pihak BN tidak dapat mereka pergunakan di dalam PRU13 kecuali kerusi parlimen dan keputusan kerusi parlimen negeri Selangor nanti dapat dijadikan bahan analisis setakat mana impak dan usaha "task force beri ic kepada warga asing" itu berjaya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Segala Puji-Pujian bagi Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyang....

Kita TIDAK RELA SAMA SEKALI Warga Asing menjadi Penentu kepada Kuasa Politik Malaysia...

..Indonesia: Negara Republik Berpresiden
..Flipina, Bangladesh, Pakistan: Negara Berpresiden
..Myanmar: Kuasa Tentera

lagi mereka mendapat hak kewarganegaran mee segera...akan menuntut hak yang sama dalam pelbagai...spt lesen-lesen dsb..

manakala wang Ringgit Malaysia dibawa pulang ke negara Masing-Masing..

bermakna mereka itu ada dua warga negara ...

cukup sudah apa yang berlaku di Sabah

Tanpa Nama berkata...

BRAVO SELANGOR....!!!!

Memang patut buat macam tu....
Setuju 110%

cinabuta berkata...

aiyaa..ini macam BN sudah kantoi maa... sudah tahu banyak antu2 mau undi ooo....kasi halau dulu sama itu antu2 baru bleh bikin election ..ada paham ka spr?

Tanpa Nama berkata...

JR Omarson,

SPR banyak songgeh pulak cakap macam-2 kat Selangor ni, yang kat Sarawak yg lagi banyak belanja proses PRU tu pun ok je buat berasingan undianye.. apa ada hal.. bengong punya pengarah SPR..

Tanpa Nama berkata...

tahniah kerajaan PR selangor..tahniah..kerana berjaya memening kan kepala najib..teruskan persediaan mempertahankan selangor..sy ada seorang rakan yang begitu gembira melihat bendera BN berkibar di Selangor..tp sy percaya kerajaan PR selangor mampu mempertahan kan seangor dari jatuh ke tangan bajingan UMNO/BN..hapus kan lah usaha meraka itu....pertahankan la selangor...jgn dilepas ke tangan menteri BULLDOG..hancur semua nya nanti

JAKA berkata...

sabah boleh pulak buat PRu asing.

tak timbul soal kos.

ambik balik duit rompakan lembu tu.

boleh buat 3 negeri PRu asing.