4 Apr 2012

Tarikh BERS✔H 3.0 : 28 April 2012 (Sabtu) Jam 2 PM Di Dataran Merdeka -updated

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini mengumumkan bahawa akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April ini. Demikian lapor malaysiakini dan harakahdaily

Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perkara itu diumumkan jawatan kuasa pemandu NGO itu pada satu sidang media di sini, pagi ini.

Perhimpunan dengan slogan "Duduk Bantah" itu akan dijalankan bersama 84 NGO lain.

Semalam blog ini telah memetik laporan themalaysianinsider yang memetik sumber dari jawatankuasa Bersih bahawa Bersih 3.0 tidak dapat dielakkan akibat daripada kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan pilihan raya (PSC) menyelesaikan isu pokok dan menunaikan tuntutan Bersih sebelum ini.

PSC adalah sekadar hiasan pentadbiran Najib untuk menunjukkan keikhlasannya melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Kami telah menemui bukti penipuan sistem pilihan raya yang lebih banyak dan menimbulkan tanda tanya sama ada keseluruhan PSC itu hanyalah sekadar satu penipuan,”

Selain itu, tiga ahli PR dalam PSC sejak minggu lalu sering mengkritik panel kerana dikatakan gagal menyelesaikan isu utama bagi membersihkan pilihan raya, terutamanya dakwaan kurangnya komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan sistem pilihan raya.

SPR, yang mana ahli PR telah berulangkali mendedahkan terdapatnya kehadiran 42,000 pengundi hantu di dalam daftar sistem mereka, namun mereka tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sementara itu harakahdaily melaporkan penolakan usul berkenaan laporan minoriti dan juga meluluskan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa perbahasan merupakan pemangkin kepada perlaksanaan himpunan Bersih 3.0.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pakatan Rakyat mempunyai hujah serta bukti apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka mengemukakan bukti amalan laporan minoriti yang dilakukan di mana-mana negara Komanwel.

"Bila Speaker meminta kita kemukakan bukti amalan mana-mana negara komanwel yang melaksanakan laporan minoriti dalam Parlimen mereka.

"Kita mempunyai hujah serta fakta berasaskan apa yang berlaku dalam Parlimen di New Zealand, Australia mahupun negara-negara kecil seperti Jamaica yang ada keutamaan tentang laporan minoriti dimasukkan atau dibahaskan bersama dengan laporan yang dikemukakan," jelasnya.

Tambahnya lagi, adalah tidak munasabah Pakatan Rakyat dilayan sedemikian, yang mana hujah-hujah mereka langsung tidak mahu didengari di Parlimen.

"Saya merasakan dengan penolakkan ini rakyat diluar sana dapat melihat bagaimana proses penyuburan demokrasi." ujar Salahuddin.

Pak Samad jangka 500,000 sertai Bersih 3.0

KUALA LUMPUR, 4 April: Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk A.Samad Said atau Pak Samad menjangkakan seramai 500,000 rakyat akan menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April nanti.

Bercakap pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor hari ini saterawan negara itu berkata, ianya berdasarkan maklum balas banyak pihak yang bertanya kepadanya bila Bersih 3.0 akan diadakan.

"Saya sendiri berada dimana-mana dan orang tanya bila Bersih 3.0.

"Daripada interaksi, berjumpa dalam majlis atau dalam facebook, saya mengkhayalkan setidak tidanknya kita akan mengumpulkan seramai 500,000 (akan hadir)," katanya.

Menurut Sasterawan Negara itu juga, jumlah itu tidak mustahil kerana ianya akan berlangsung serentak di seluruh negara malah seluruh dunia.

"Jadi dengan apa yang diwawarkan kalau tidak melakukan ini dengan penuh ghairah, kita tidak akan dapat merubah pemerintahan yang menggunakan semua cara untuk kekal selama 54 tahun," tambahnya lagi.

Terdahulu beliau mengumumkan bahawa himpunan besar-besaran Bersih 3.0 akan diadakan pada hari Sabtu 28 April ini.

Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Himpunan itu juga akan diadakan serentak seluruh negara dan lebih 32 negara lain di seluruh dunia.

"Jawatankuasa pilihan khas dan kerajaan tidak mengambilserius terhadap tuduhan penipuan.

"Justeru, Bersih 2.0 akan berkumpul duduk bantah secara aman di seluruh negara dan diseluruh dunia. Sabtu 28 April jam 2 hingga 4 petang...ini adalah Bersih 3.0," katanya. -HD


Sidang media Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil pagi ini






18 ulasan:

prihatinman berkata...

Berita yg ditunggu2!...takbir!!!

Tanpa Nama berkata...

Ayuh semua, kita hancurkan BN!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Yes... dan yes lagi...
Rugi sape tak datang. Tiada peluang kali kedua mencatat sejarah demo merobah kepimpinan negara.

Aura pendemo mampu melingkupkan kepimpinan kerajaan umngok/bn. Pedulikan 'lembu-lembu' umngok itu.
Turun jangan tak turun.

Tiada umngok negara aman. Umngok perosak bangsa dan nusa.

Tanpa Nama berkata...

Ayuh... jangan ada alasan......takbir

Tanpa Nama berkata...

rakyat malaysia yang prihatin, ini lah masa buktikan kita bencikan ketidakadilan pemerintah,bersama kita bantah/duduk.umngok dan bn dah mula ketar kepala.jadi lah rakyat yang bermaruah jangan sokong pemerintah yang mementingkan kroni dan pulusss. tolak BN. hidup anwar, hj. hadi, lim kit siang. kami sokong anda...

Tanpa Nama berkata...

LAWAN TETAP LAWAN...LAWAN SAMPAI UMNUUUUU MANPUSSSSSS........

MNazri berkata...

Jom kita Bersih buat kali ke 3!

Tanpa Nama berkata...

ini baru jantan, kami pemuda UMNO pun tak sejantan Pakatan Rakyat...

Tanpa Nama berkata...

gua ahli PERKASA pun nak turun sokong BERSIH3

Tanpa Nama berkata...

KAMI MAHASISWA AKAN TURUN RAMAI-RAMAI SOKONG BERSIH3 DAN HAPUS PTPTN

Tanpa Nama berkata...

yeeeeeehaaa

mat din berkata...

nak bersihkan apa?.sapa yang nak bersihkan sesiapa?.bagi saheh dulu agenda dia baru aku ikut.Tak leh nak ikut stail lembu lapar saja.manusia ada fikiran;

Tanpa Nama berkata...

AKU
PENGUNDI
PARLIMEN
TEMPAT NAJIB MENANG KELENTONG pru-12 arituh
akan TURUN
SEKAMPUNG.

KITA bercadang CARTER BAS BEE HUAT KUANTAN PEKAN jika dibenarkan.

Kah... kah... kah...

Nangislah pecacai parti LEMBU tuh.
LEMBU FIDLOT LAKI SI IJAT MENJADIKAN UMNGOK DIGELAR ORANG PARTI SELEMBU.

kAH... KAH... KAH...

Pecacai umngok terpaksa sembunyi hingga ke lubang biawak.

Kah... kah... kah...

Tanpa Nama berkata...

saya ahli persatuan orang-orang buta bekas ahli payung terjun org kurang upaya juga akan turut serta himpunan bersih 3.0 di barissan hadapan. kami sedia hadapi bom asap.

Tanpa Nama berkata...

Saya Ahli PBB BN Sarawak confirm akan pergi. esok beli tiket kapal terbang.untuk kebaikan rakyat..saya mesti sokong bersih 3

umno kaw berkata...

kami orng umno nak turun juga nak tengok2 syok2 bulih ke

Tanpa Nama berkata...

ayuh ramai2 kasi kecut perut dan buka mata pemerintah yg zalim dan membelakangkan agama utk kepentingan diri.

Tanpa Nama berkata...

kami JKKK hulu terengganu akan turun menyertai bersih. Bersihkan kepimpinan negara dari rasuah, kami benci rasuah, kami benci dpt projek atas nama kami tp duit dpt kpd pihak lain..