13 Okt 2012

Najib, Mahathir Hipokrit, Sembunyi Jumpa Soros



Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak hipokrit menyalak kononnya George Soros musuh yang cuba memporak-perandakan negara dan mengaitkan spekulator mata wang itu dengan Pembangkang, tetapi dalam masa sama bertemu untuk meminta bantuan, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Sekarang sudah terdedah topeng kedua-dua mereka. Di satu sisi mereka memainkan sentimen kononnya Soros musuh luar yang cuba huru harakan negara.

“Dalam masa sama mereka sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan Soros yang turut dijalin bersama pemimpin Umno lain.


“Kemudian dia tuduh kita (Pakatan Rakyat) pula. Sedangkan Najib dan Soros secara sembunyi-sembunyi bertemu,” kata Setiausaha Agung KEADILAN itu ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah minggu lalu mendedahkan pertemuan antara Perdana Menteri dengan Soros di sebuah hotel mewah, Hotel Plaza di Manhattan, New York 27 September 2010.

Saifuddin turut menempelak pertemuan pemimpin Umno dengan agen Yahudi.

“Dalam episod boneka asing, Dr Mahathir sendiri membayar jutaan ringgit kepada pelobi Yahudi, Jack Abramoff hanya untuk bertemu Presiden Amerika.

“Terbaru Dr Mahathir mengatakan Soros akan melantik Perdana Menteri boneka, walhal beliau sendiri pernah menulis tiga pucuk surat kepada tiga Perdana Menteri Israel yang berbeza,” katanya.

“Beberapa tahun sebelum itu, Menteri Luar, (ketika itu) Datuk Seri Syed Hamid Albar turut bertemu David Levy (Menteri Luar Israel),” kata Saifuddin.

Perkara itu merujuk pertemuan kedua-dua pemimpin itu pada Ogos 1999 semasa Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan pungutan dana untuk Umno dalam persediaannya menghadapi pilihan raya umum ke-10.

“Pendedahan terbaru ini akan menyebabkan rakyat lebih kenal wajah pemimpin Umno yang bermuka-muka,” tegas Ahli Parlimen Machang itu lagi.

Sementara itu, Naib Presiden, Tian Chua mendedahkan pertemuan sulit tersebut adalah untuk meyakinkan Soros bahawa Najib seorang yang mengambil pendekatan sederhana dalam pentadbiran.

“Kononnya negara (Malaysia) diancam kumpulan ekstrim dan (Najib) nak dapatkan sokongan (Soros). Adakah Utusan (Malaysia) dan media arus perdana diberitahu? Kemudian beranikah media ini menyerang mereka?” soal Tian.

“Mereka serang orang lain kononnya pengkhianat. Mereka menuduh orang lain tanpa asas. Sedangkan Dr Mahathir dan Najib menipu untuk mengekalkan kuasa,” tegas Ahli Parlimen Batu itu.

Najib: ‘Memang saya ada jumpa Soros’


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan George Soros di New York dua tahun lalu.

Menurut Najib, pertemuan dua tahun lalu dibuat atas permintaan Soros sendiri dan baginya ia tidak menimbulkan sebarang masalah.

"Memang saya ada berjumpa Soros atas permintaan beliau, ini tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, malam ini.

Sambil berkata ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, "tak perlu dibimbangi.

" "Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan. Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat.

"Beliau (Soros) mahu jumpa saya. Hakikatnya, selepas Tun Mahathir datang terlebih dahulu untuk jumpa dengan dia," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Beberapa pihak mendakwa Najib dan Dr Mahathir pernah mengadakan pertemuan dengan Soros.

Sehubungan itu mereka meminta agar Najib memberi penjelasan segera di sebalik laporan media bahawa beberapa pihak menerima dana daripada institusi milik jutawan tersebut.
-SH



Ulasan GB

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Terdedah tembelang pemimpin-pemimpin UMNO. Menunjuk jarinya ke arah Pakatan Rakyat ada hubungan dengan Soros sedangkan mereka tidak menyedari empat jari yang lainnya menunjuk ke arah mereka sendiri.

Itulah yang dinamakan hipokrit yang tak terkata dasyatnya!

UMNO tetap binasa. Hanya menunggu detik dan ketikanya!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



6 ulasan:

wak berkata...

Umno dengan soros same jer, cuma warna kulit jer yg berbeza.
Maka balik lah orang putih yang kulit nya merah, dan tinggal lah orang putih yang kulit nya hitam manis.

Tanpa Nama berkata...

itu pun masih ramai lagi tak kenal mana satu yang benar dan salah

Tanpa Nama berkata...

Pada saya Soros di katakan penyagak Mata Wang sejak bermula dari era mahathir semata mata kerana ingin menutup kesalahan sendiri yg tidak tahu mengurus pelaburan negara.

Tanpa Nama berkata...

Soros dikatakan penyagak mata wang...
Sebab nak cover sikap boros, maka soros diprsalahkan.
Mana yg tak berap cerdik tu percaya le bulat2.
Seksrang ni soros keja apa pulak eak?

Andre Irwan berkata...

Che Det Hipokrit. Tok Jib Munafik. Dua-duanya dan 90% daripada pemimpin BN serupa aje. Hipokrit @ Munafik.

Tanpa Nama berkata...

Inilah bahananya jika menyibuk sangat terhadap apa yang dilakukan orang lain. Tak sedar diri sendiri penuh dengan najis.