Petaling Jaya - Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.
Gambar: Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat syarikat gas dan minyak Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.
Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.
Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.- Bernama

8 ulasan:
Betapa ramainya antara kita yang berdosa besar kerana mempunyai tanggapan bahawa mangsa telah membunuh diri.... semua ini gara-gara wartawan yang menulis berita yang pertama tanpa memikirkan etika kewartawanan...sedardiri@gmail.com
kesian anak dia.. dulu hilang ibu.. kini bakal hilang ayah pula.. jadila yatim piatu..
Takde pulak aku belajar berdosa besar sebab salah anggap. Kitab mane ko bace ni?
Kepada anonymous August 10, 2012 8:03 PM, belajarlah lagi dan jangan angkuh dgn apa yg telah anda belajar..ia cuma buih di lautan yg luas.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujuraat 49:12)
Ada tak dalam terjemahan ayat di atas perkataan dosa besar? Ada beza tak dosa besar dengan dosa? Saya bukan nak angkuh menayang ilmu. Kalau tuan anggap begitu maka tuan sudah berprasangka buruk dengan saya. Saya hanya nak anon sedardiri tu nampak beza dosa besar dan dosa. Pasal komen kitab tu memang saya akui salah saya pakai bahasa macam tu. Maksud saya baik. Cara saya salah. Maafkan saya dengan cara saya tu.
Cuma saya tak setuju dengan sweeping statement yg kata "ramai berdosa besar sebab salah tanggapan". Kalau cakap berdosa saja saya boleh terima sebab memang kena dengan ayat di atas. Tapi dosa pahala bukan manusia yg tentukan jadi kalau boleh takyah la cakap orang ni berdosa org tu dapat pahala. Simpan sendiri je. Tapi kalau yg terang2 buat dosa takkan nak sangka baik pulak.
dosa kecil boleh menjadi dosa besar bila berterusan buat dosa kecil itu.
Setuju dengan pak long
Bila dah ramai ni, maka bnyak le buah fikiran, pendapat dll.
Bagus, tu namanya nak pencerahan ilmu, jgn smpai gaduh bertumbuk dah le.. senyum, senyum..istighfar, istighfar..
Catat Ulasan