10 Jul 2012

[VIDEO & BERGAMBAR] Amukan Di Putrajaya: "Imam Mahadi" Ke Lanun?

Ada lambang "lanun" di topi yang dipakainya

Individu yang mengaku dirinya "Imam Mahadi, yang mengamuk mau mengulingkan kerajaan dengan bantuan pasangannya dengan hanya  bersenjatakan sebilah pedang samurai seperti dilaporkan oleh Utuseks Meloya dikenali dengan nama Khalil Afandi Hamid dan memiliki blog jenama Jaya Negara

Lelaki yang menyerbu pejabat JPM dan cuba menyerang orang ramai dengan pedang samurai di JPM rupanya seorang Penulis Blog  Jaya Negara. Allahyarham sempat menulis entri terakhir  tentang hidup dan mati. (Baca di sini...


Mengikut kenyataan polis, lelaki  ini mengangkat dirinya sebagai Imam Mahadi. Tak dapat dipastikan sama ada dia ni penyokong mana-mana parti sebab dari blognya itu tidak digambarkan ideologi politiknya. Pas pun dia bantai, Najib pun dia bedal. Tapi dia banyak bercakap mengenai ketuhanan...

Nama sebenar lelaki tersebut ialah Khalil Afandi Hamid 47 tahun, seorang penganggur manakala  teman wanitanya bekas pelajar UIA berusia 28 tahun. Lelaki tersebut  disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit dimasukkan ke hospital berkenaan, manakala suspek wanita masih menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.



disunting dari: wargamarhaen

Video ketika amukan


Ulasan GB

Ada persoalan yang agak pelik dan misteri di dalam kes ini.

1) Nak gulingkan kerajaan cuma dengan dua orang?
2) Topi ada lambang tengkorak, nak tunjukkan apa sebenarnya?
3) Pedang samurai - jarang orang Melayu guna pedang, mungkin ini kes terpencil.
4) Belenging tak berbaju (malah gambar profail di blog pun begitu). Perwatakan sedemikian aneh dan pelik kecuali orang tidak siuman.
5) Laporan Utusan menyebut dia bertakbir beberapa kali. Betulkah atau auta Utusan?
6) Mati kerana terkena tembakan di kaki.. mungkin darah dah keluar banyak
7) Blognya baru dibuat 1 bulan yang lalu.. semacam dirancang...


17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul-betul meninggal, mayatnya dikebumikan di mana? Siapa waris-warisnya? Di mana kuburnya? Jangan macam cerita malam tadi, yg dikatakan kubur Sabariah rupanya kubur emak orang lain.

Amuraria berkata...

macam mana kata amuk pasal tiada seorang mangsa pun sebaliknya yang amuk mati ! auta pak kasa kot ?

Tanpa Nama berkata...

sapa2 rajin pegi ambik bidio atau gambo mayat pulak, kalo lagi baik sekali kubo dia sekali

beripai jangan tak beripai hahaha

Tanpa Nama berkata...

sape pulak minah ex-uia tu...cis memalukan ex-uia yg lain jer...ikut perangai pakwe yg tah ape2 punyer perangai.....imam mahdi kepala otak die...dgn xberbajunyer...ade gaya imam ke????haprak betul....ape2pun lawak la ko punye statement anonymous 8:43am...mesti tgk kasim selamat ni...hahaha.....

Mattamam berkata...

patutla si ninja yg mengamuk ni mati terbunuh..memang ini balasan & kifarat ke atasnya..baca dan fahami apa yg diluahkan oleh beliau dalam blognya (http://jayanegara1234.blogspot.com/) dlm post terakhir..wali2 Allah di hina, ulama2 dikeji..ugama lain dibela..ugama Islam diperli..
Kesian mak ayah dia yg melahirkannya..idup dlm kesesatan.. merasakan dia sebagai al-mahdi,yg paling cerdik..tapi dengan hina..
tak tau apa kalimah yg sesuai nak ucap pada ninja ni..
rujuk blog dia..

Tanpa Nama berkata...

GB,
Aku tumpang sekaki melahirkan keheranan.

Peristiwa tiba-tiba.
Peliknya polis dengan cepat tahu latar belakang bahkan nama blognya sekali.

Kata GB blog baru wujud sebulan.
Entri terakhir pulak merapu.
Tukang komen entri itu pulak mencapai lebih 70 pada kandungan entri yang merapu dan tak jelas hujung pangkalnya.

Keadaan ini berlaku dalam situasi UMNO dan BN sedang tersepit untuk mendapatkan undi melayu semula.
Mungkinkah ia satu karangan baru pihak tertentu untuk menimbulkan isu dan situasi baru agar orang melayu bersimpati kepada UMNO dan BN...?

Sebuah lagi sandiwara (tidak mustahil) untuk menarik simpati agar orang awam membenci pembangkan dan memeberikan simpati kepada BN.

Apa pun aku masih meraguinya.

Hudup Pakatan Rakyat.
Tampa UMNO dan BN peristiwa begini mungkin tidak akan terjadi.

Selepas ini entah ape-ape peristiwa amok yang langsung kita tak fikir tetapi tetiba jadik.
Ada sesiapa terfikir tentang maunah dahulu....? Tetiba jadi kan..?

Yang terbaru nihpun hampir sama.
Tetiba je ada DUA orang mengamok. Laporan akhbar pengampu siap dengan kata-kata takbir lagi tuh. Nak kaitkan apa dan siapa agaknye.
Topi bergambar tengkorak tu pakaian kebiasaan golongan mana agaknye..? Yang pasti bukan pakaian kebiasaan orang PAS, DAP dan PKR..

Pedang samurai tu lazimnya siapa yang minat dan suka simpan..?
Ataukah ia satu percubaan mengubah skrip dan medium persenjataan..?

Kecekapan polis mengenalpasti pula menjadikan aku... semakin
pelik dan hairan.

ABU.

Tanpa Nama berkata...

Mgkin dia mngalami tekanan perasaan...akibat drpd kos sara hidup yg ckup tggi..dn kenaikkan harga barang...yg berpunca drpd penyelewengan dn salah guna pihak kerajaan..yg mnjadi punca dia memberontak....
inilah kesannya...apabila kerajaan yg sedia ada gagal mntadbir dn mngurus dana negara dgn cekap...jumlah peratusan rakyat M'sia yg mngidap sakit mntal smkin mngkat saban hari....MasyaAllah...

Tanpa Nama berkata...

cerita p.ramlee yg byk tersirat pelbagai makna..

Unknown berkata...

kita tunggu ..... ada le nanti pencacai umnongok yang kaitkan dia dengan pembangkang ... taksub le ... upah le ...

Tanpa Nama berkata...

Lakonan Al-Maunah 2 yang tak menjadi, mungkin kekurangan dana @ kekurangan idea. Berapa juta pelakon tu dapat selain mati katak saja.

karam sen berkata...

Aku setuju dengan Anon 1039am : kesian dia tak dak duit nak beli baju tapi makan kuat. Atas kepala dah terang-terang ada lambang, apa lagi lanun la tuu. Tapi nape tembak perut die, aku ingat kalau tembak peluru getah kat perut pun dia nie dah nangis dah !

Tanpa Nama berkata...

July 10, 2012 10:27 AM,

hang ni bayak sgt tgk cerita CIA dgn FBI..panjang sgt fantasi ko..ni takder kena mengena ngan sesiapa kerajaan atau pembangkang..dah arwah tu keliru...

Tanpa Nama berkata...

Ini ada kaitan yg tersembunyi la ni!!
agak2kan ini sebagai ada udang sebalik mee maggiee loo wak oii... kami terdetik kat hatii mybe ada kaitan dgn pak2 menteri tuuuu..brapa upah wak dpt?? setakat rm50 xyah lah nak celah gg jer wak oii...jgn jatuh kan martabat diri utk pak2 menteri wak!! rugi...dan hina diri sendiri

Tanpa Nama berkata...

Drama lawak? bebal tak jadi....sebebal bebal umno, memang umno bebal..kah...kah..

Tanpa Nama berkata...

klu xtau sesuatu cerita yg pasti kene la kaji,kene selidik,kene cr tau..br anda2 semua tahu knpe ia berlaku,bagaimana ia blh berlaku,dll..bkn nye menghujahkan tohmahan2 yg xsepatutnye,...ade akal fkr..jgn ikutkn prasaan & logik akal semata2..kene siasat..in the end bile da tau br ley mulakn hujah2 anda yg hebat tu..sy knl perempuan tu & llki tu bkn pakwe die.hnye kenalan di lmn blog.ape2 pn pastikn dl tntg sesuatu br kemukakn sesuatu..peace no war :)

Tanpa Nama berkata...

pergi siasat lah.... duk heran jer ... bila nak kebenaran... duk nak tanda soal jer...

Tanpa Nama berkata...

kenapa mesti bunuh, kalau tembak kaki pun boleh tangkap...