Gopeng: Pelancaran Pra Bersih 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng yang dihadiri oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said malam tadi dicemari dengan gangguan daripada pihak tertentu.
Pelbagai acara diadakan untuk mengganggu program anjuran Pemuda Pakatan Rakyat kawasan tersebut termasuklah tarian separuh bogel, tarian singa, percikan bunga api dan sebagainya.
Program yang diadakan hanya seberang jalan kira-kira 10 meter itu dipercayai dianjuran oleh BN kerana ianya bukan kali pertama malah enam program Pakatan Rakyat di kawasan tersebut sebelum ini turut diganggu.
Pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; dan Timbalan Ketua AMK, Pusat Khairul Anuar Zainudin.
A Samad Said dalam ucapannya kesal dengan gangguan ini dan ianya menggambarkan BN berusaha untuk menyekat kebangkitan rakyat.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad menjelaskan, negara sekarang dalam suasana yang amat ‘merungsingkan’.
“Kita mahukan lunas-lunas demokrasi di Negara ini diperbetulkan, tapi orang yang sudah berkuasa lebih 5 dekat tidak mahu itu.
“Sebab mereka merasakan jika pilihanraya di Negara ini bersih, mereka akan dibersihkan,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh kira-kira 2,000 hadirin.
Menurutnya, Pakatan Rakyat mempunyai watak-watak yang istimewa untuk memerintah dan rakyat perlu membantu mereka untuk memerintah.
Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, BN ketika ini sangat takut dengan suara dan kebangkitan rakyat kerana ianya akan menggugat mereka untuk terus berkuasa di Negara ini.
“Saya menggesa seluruh rakyat di negeri Perak ‘turun’ ke himpunan Bersih 3.0 sabtu ini untuk memberi isyarat kepada BN bahawa rakyat sudah bangkit dan menolak mereka,” jelasnya. -HD

Gangguan dan provokasi melampau di program pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng
Di setiap program kelolaan Pakatan Rakyat sekitar Dun Sg Rapat, pasti ada gangguan. Dengan atau tanpa gangguan, program tersebut pastinya berjaya juga
Ketakutan Umno/BN semakin menjadi-jadi, walau dengan apa cara sekalipun, program-program Pakatan perlu diganggu-gugat. Namun yang pastinya, sedar atau tidak, segala gangguan tersebut kini merupakan daya penarik untuk orang ramai bertumpu dan berasak-asak ke program Pakatan.
Pada malam pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng di Desa Pakatan, Ipoh itu, pihak yang berada di seberang jalan sahaja daripada tapak ceramah Pakatan telah mengadakan upacara tarian naga, tarian amoi dan hidangan khinzir panggang dengan bunyi muzik yang begitu kuat sekali.
Tarian amoi seksi yang dihidangkan bersama dentuman muzik yang sungguh kuat dihadapan tidak lebih daripada 30 orang, semata-mata untuk mengganggu suara penceramah disebalik jalan sana.
Saksikan video dibawah untuk melihat suasana pada waktu itu:
3 ekor khinzir panggang yang diletakkan di bawah khemah menghadap kepada tapak ceramah Pakatan
Suasana menjadi tegang apabila orang ramai menyerbu tapak khemah tarian dan muzik semasa YB Dr Lee Boon Chye sedang berunding dengan pihak di sebelah sana untuk perlahankan sedikit bunyi muzik mereka. Menurut ketua keselamatan pihak penganjur ceramah, pihak polis yang berada di situ telahpun dimaklumkan akan provokasi yang dilakukan diseberang jalan sana, namun tiada apa-apa tindakan yang di ambil.
Akibatnya, orang ramai yang tidak berpuashati kerana mengganggu mereka untuk mendengar ceramah telah menyerbu ke khemah tempat peralatan muzik. Namun yang demikian, dengan kecekapan pihak UKP dan Unit Amal yang bertindak pantas untuk menghalang orang ramai daripada membuat sesuatu yang tidak diingini.
Kita lihat video suasana tegang tersebut:-
Selepas menonton video diatas, jelas kelihatan pihak keselamatan Pas telah berjaya menyelamatkan keadaan
Suasana tegang tersebut dapat diatasi dan disuraikan oleh UKP dan Unit Amal
Bunga api dan mercun juga digunakan untuk membuatkan suasana yang hingar-bingar
Diharapkan semoga segala gangguan dan provokasi sebegini dapat dihentikan demi kesejahteraan dan keharmonian penduduk setempat dan juga pengunjung yang datang beramai-ramai untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat terkini di ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat.
kredit: http://ajijoi.blogspot.com
7 ulasan:
Inilah tamadun baru yang dibawa oleh BN
TUMBANGKAN BN DI PER 13
NILAH KERJA-KERJA LAHANAT DAJA PENGRSAK KEAMANAN & NEGARA ! PDRM BUAT APA?
Pembawaan dulu, sekarang & akan datang oleh BN tapi dgn versi baru ikut semasa.
Dari dulu2 dah ade konsert itu & ini, di jalanan, di pejabat2, di audotorium2, di tv2, utk rakyat biasa, smpai pemimpin tertinggi.
Apa kurang nya 2x5
daging babi tu umno ke masak sanggang?
kalau kat penang dia org makan kek tahi tak mustahil dia org makan babi panggang...yg penting bn menang.
lihat lelaki baju biru foto ada babi tu...agaknya umno pun upah samseng cina utk lawan PR.
lain kali kalau nk tarik penonton buat terus lah tarian umi hafilda dan datuk T bogel terus.
takat amoi separuh bogel tak power lah.
dari permerhatian aku, betul la ek umno nih dah terlalu tua, sebab perangai dia semakin tak senonoh dan macam orang2 tua kata 'dah buang tabiat!'
naik bosan lak dengar tiap kali ada ceramah atau upacara PR atau ngo mesti umno dok menyibuk sebelah dengan samseng, maki hamun, mencarut dan sebagainya... sekarang nih lak tarian separuh bogel! patutnya dia ajak sekali kak rosmah buat tarian tuh, baru meriah!
hahaha...
antara tanda2 orang nak meninggal ialah 'buang tebiat dan buat perkara macam orang takde otak...'
kita tunggu n lihat betul tak tanda2 tuh akan men jadi kenyataan bila PRU nnti... tak sabo!
Bughuk benor peghangei UMNo/BN..
Makin lama makin getik teman nengoknye.
Itulah gambaran transformasi yang dibawa oleh PM kita yang di kasihi. Transformasi ini asal dari perkataan transform. Katun jepun buat siri TRANSFORMER.Katun yang boleh bertukar wajah tetapi akhirnya ia kembali ke wajah asalnya.Tepatlah PM buat transformasi dan kita nampak mereka akan kembali ke wajah sebenar mereka walaupun belum menang PR. Kalau dah menang nanti,siap kau.
Catat Ulasan