Sekeping gambar adalah lebih baik dari seribu perkataan.
Dan setiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu tidak ada yang sia-sia.
Gambar di atas tersiar di dalam sebuah akhbar online dengan kapsyen "SHAFIE menunggang motosikal bersama para belia di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh semalam."
Apa yang menarik di dalam gambar itu ialah menteri berkenaan yang terpalit dengan isu skandal dengan seorang artis didapati menunggal motosikal tanpa memakai topi keledar dengan membawa pembonceng pun tidak memakai topi keledar.
Dengan selamba beliau menunggang motosikal terasa semacam tidak perlu mematuhi apa-apa undang-undang. GB tidak percaya jalanraya yang digunakan itu jalanraya yang tidak digazetkan kerana yang lain-lain di dalam gambar itu semuanya bertopi keledar belaka.
Kejadian tersebut menjelaskan bahawa Shafie adalah seorang yang selamba dan bersahaja apabila melakukan kesalahan dan hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan "Shafie sememangnya bersalah!"
Sikap dan gelagatnya itu tidak boleh diteladani.
Hukum kebenaran dan keadilan (yang kita umat Islam memanggilnya sebagai "sunnatullah") tidak boleh diubah, tidak boleh direka dan tidak boleh ditipu. Ia akan terpapar dengan sendirinya.
سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلاً
Yang demikian adalah menurut sunnatullah yang berlaku kepada orang yang telah lalu; dan kamu tidak akan mendapati perubahan bagi sunnatullah itu. Surah Al-Ahzab : 62
Jika tidak percaya, kita boleh tunggu nanti kesalahan-kesalahannya yang bakal didedahkan oleh hukum universal tersebut. Hari ini dilaporkan kes skandal Shafie Apdal & Zahida akan dibawa ke SPRM.
Betapa pantasnya Allah perkenankan doa kita untuk menunjukkan kebenaranNya melalui doa kita sebelum ini:
Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
8 ulasan:
cakap tak serupa bikin, elok sangat la tu mencontohi tabiat buruk pada rakyat. inilah yang dikatakan pemimpin yang hanya bijak berkata-kata tetapi bodoh dalam melaksanakan tugasan...
SEKOR DARI RAMAI SAMSENG-SAMSENG DARI PARTI SEKUTU APCO !
Mereka yang daripada parti UMNO LEMBU itu ke..?
alah..apa sangat la dgn hukum dunia ni.. hukum allah pun sanggup main-main n buat bodoh lebih drp lembu..
Set Mirror motor xde, topi x pakai.. x kena saman pun.
lagu ni Polis benarkan.. pakai serban itu satu kesalahan kata encik Polis
kalau pakai helmet tak nampak la muke "hensem" dorang tu
Kita mesti ikut dia, kepimpinan melalui teladan.Lagi pun mereka ini semuanya adalah pemimpin yang dipilih dan di agung2 oleh kita semua. They are law makers and therefore they are above the law. Kalau tak percaya,why no police arrest them? Cuba lapur dan bawa ke pengadilan,A.G.will not proceed with the case.I have one RM, and I bet.Because they are truly above law.
Catat Ulasan