21 Apr 2012

Shafie Apdal Terus Membisu, Zahida Pula Jawab Di Twitter

Skandal Seks, Kenapa Shafie Membisu?

Sehingga hari ini setelah pendedahan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dan Zahida Rafik masuk hari ketiga, nampaknya menteri berkenaan mengambil sikap untuk berdiam diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.

Ada kemungkinan Shafie membiarkan Zahida menjawabnya sendirian untuk mengelakkan rumahtangganya menjadi kecoh dan kerjaya politiknya berkubur.

Terdahulu, pemandu peribadi Zahida iaitu Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu juga pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.”

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.”

“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida.”

Laporan polis ini telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. Melalui siasatan Zuraida, terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.

Zuraidah juga turut mendedahkan, Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Persoalan Zuraida, bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu?

“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara. Kini dilanda lagi bukan sekadar gossip tetapi laporan polis turut dibuat sebagai balasan laporan Zahida Rafik yang menuduh pemandu peribadinya melarikan wang RM200,000.

Zahida Rafik pernah menafikan gossip yang menyatakan beliau dibela seorang VVIP.

“Bagi saya apabila gosip mengatakan saya dibela oleh VVIP ia satu penghinaan. Saya bukan perempuan simpanan. Sebagai anak bongsu dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh kepada adat dan agama, ayah tidak membenarkan saya tinggal sendirian selagi belum berkahwin.”

JAWAPAN ZAHIDA TERHADAP SKANDAL SEKS DENGAN SHAFIE

Ekoran pendedahan kisah peribadi aktres seksi, Zahida Rafik tentang hubungannya bersama seorang VVIP, banyak komen yang diterima Zahida menerusi akaun Twitternya. Berikut antara komen balas Zahida yang seolah-olah marah dengan tindakan sesetengah pihak yang menghentamnya.



- bulanpurnama89


Senarai harta kekayaan Zahida (baby girl Shafie Apdal)

1. Mempunyai sebuah banglo bernilai RM2.7 juta
2. Mempunyai tiga jenis kereta mewah termasuk porsche, harrier dan BMW 6 series.
3. Menerima RM100 000 hingga RM200 000 setiap kali menemui menteri berkenaan.
4. Memiliki pemandu peribadi untuk membawanya ke mana-mana saja
5. Menerima wang tunai RM1.5 juta dalam tempoh 4 bulan daripada menteri berkenaan.
- kafesantai


TERKINI

Bayaran RM1.5 juta: Zahida Rafik ancam tindakan mahkamah

Pelakon wanita terkenal Zahida Rafik mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menerima wang RM1.5 juta daripada menteri Umno yang didakwa mempunyai "hubungan intim" dengannya.

Menjawab soalan peminat di Twitter, Zahida menafikan dakwaan itu dan berkata peguamnya sedang meneliti kes itu.

"Saya tidak lakukan apa-apa berkenaan perkaran itu. Peguam saya sedang menyelesaikan perkara itu sekarang! Jadi biarkan mereka (lakukannya), OK!

"Tunggu saja berita baik,OK!" katanya dalam laman blog mikro itu.

PKR kelmarin mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
-mk




Ini keluarga sebenar Shafie Apdal

Mohd Shafie Apdal bersama isteri Shuryani Shuaib dan anak Sabrina Mohd Shafie, 22, (kanan) selepas melancarkan koleksi dua buah buku puisi "Reflections Of Life" dan "Dirimu Diriku". -Foto BERNAMA


Proud parents: Mohd Shafie and Shuryani congratulating their daughter on her graduation during the convocation at Shah Alam. — Bernama



Ulasan GB

Bagus juga jika Zahida rafik bawa kes ini ke mahkamah. Lebih banyak yang terdedah dan terbongkar.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu ditegakkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




10 ulasan:

pencinta Islam berkata...

subhanallah. beginikah caranya yg mengaku diri Islam tp memperlekehkan Islam itu sendiri. Senang lah cakap kubur masing-masing TAPI AKAN MNYUSAHKAN ORANG LAIN.

Nanti bila masa dah mati siapa yang hendak;
1) memandikan kamu
2) mengapankan kamu
3) mensolatkan kamu
4) mengkebumikan kamu
5) mentalkinkan kamu...

Adakah kamu seorang saja bole membuat itu semua? Jangan bongkak & takabur. sesungguhnya kamu berbuat dosa serba sedikit telah melibatkan dan mnyusahkan orang lain..

cinabuta berkata...

haiyaaa,,apa mau helan..umno punya pelangai memang ini macam maa..hali2 celita buruk pasai anuar ..sekalang diri sendiri yang kena..padan muka...

Tanpa Nama berkata...

betul3, seret dua ekor mangkuk hayun ni ke mahkamah, siasat sampai ke akar umbi, mana mangkuk hayun dua ekor ni dapat $$$$$$ sebanyak tu..celaka!

Amuraria berkata...

BARUA KAMJAT NI LAH YANG MENCACI PARTI YANG PERJUANG ISLAM DAN KINI TENGOK APA DAH JADI ! DEMI HARTA,PERUT DAN BAWAH PERUT MANUSIA SANGGUP JADI LEBIH TERUK DARI BINATANG TANPA MARUAH ! PERLEKEH LAH LAGI PENEGAK SYIAR ISLAM !

Tanpa Nama berkata...

pahamlahape sebabnya mamat ni dulu label pas sebagai parti ajaran sesat. rupanya dia sangat takut kalau pas berkuasa sudah tentu minat dia dengan aktiviti macam ni tak boleh buat lagi. tapi kalau bn terus berkuasa, spesis yang sama macam dia akan dibolehkan berterusan termasuk kepala samseng dan orng yang punya lesen membunuh dan kini dah jadi pm malaysia tu.

Tanpa Nama berkata...

Sila lembaga hasil dalam negeri menyiasat pendapatan dan cukai tahunan perempuan tu...jgn hanya siasatan dengan rakyat dengan ala kadar saja pendapatannya....siasat jgn tak siasat...

Tanpa Nama berkata...

alaa dia mati nanti, jenazah dia bleh trgolek sndiri masuk lubang kubor. Kubor msg2 maa.. La ni tgh gali lobang, nanti pandai2 la dia trgolek sndiri masok dalam.

Tanpa Nama berkata...

kubur memangla masing-masing, tapi tuhan satu.

Tanpa Nama berkata...

malaun ni barangkali dapat tarbiah daripada rahim thamby chik (imam gila seks malaysia) yang juga tarbiah bapak mertua dia untuk jadi penaja video seks. selain eskay sudah tentu imam berkenaan kini ada banyak pengikut termasuk mb terengganu.

Tanpa Nama berkata...

masyaallah...cakap macam takdak iman zahida nii...nyaku ja laa...