28 Apr 2012

[Gambar & Video] Sambungan Lintas Lansung BERS✔H 3.0 - "Perang" Bermula!

Sambungan Lintas Lansung

8.15pm: Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) berkata perhimpunan hari ini berjaya dan berkata 250,000 rakyat Malaysia turun menyertai BERSIH 3.0 menuntut reformasi pilihan raya.

"Dalam erti kata tersebut, ia adalah satu kejayaan," kata pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dalam sidang media selepas perhimpunan tersebut.

8.05pm Kematian melibatkan pegawai polis sepertimana yang digembar-gemburkan adalah tidak benar, menurut tweet polis.

7.54pm Polis siarrakaman video di Internet punca kereta polis terbabas dan sebabkan kemalangan.

Video tunjukkan orang ramai kerumuni kereta polis dengan membaling objek. Malah seorang lelaki kelihatan melompat dan menginjak-injak bumbung kereta dan seorang lagi melompat menendang cermin depan.

7.30pm Menurut polis, sehingga jam 7 petang, seramai 222 orang ditahan.

7.05pm Sewaktu serbuan polis beramai-ramai wartawan The Sun dikenali sebagai Radzi tercedera di mulut dan terlentang. Mulutnya berdarah. Dia mendapat pertolongan cemas dan di bawa ke hospital HKL.

Menurut seorang saksi, ketika seorang lelaki memakai baju BERSIH dan berada di hadapan Radzi, berlaku rempuhan daripada polis yang membuat serbuan.

"Suasana yang hebat dan bilangan yang ada di situ - ia amat besar."

6.22pm: Jln Sultan Abdul Samad - Kereta membawa Datuk Bandar dalam rombongan polis terpaksa membuat pusingan-U berhampiran Masjid Jamek apabila bertembung dengan penyokong BERSIH yang melemparkan kasut dan objek ke arahnya.

6.10pm Jalan dari SOGO ke Dataran dibuka. Bagaimanapun kira-kira 600 peserta masih berlegar di sekitar.

6pm Jalan TAR - Beratus anggota polis berada di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), yang sesak kerana sekatan jalan raya. Para pemandu membunyikan hon tanpa henti, memaksa polis bersurai dan berkumpul semula di persimpangan Jalan Tun Perak. Mereka mula membenarkan lalulintas di situ.

5.50pm: Naib Presiden PKR Tian Chua dakwa melalui Twitter, beliau ditahan polis bersama Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Tian juga dakwa ramai dipukul ketika ditahan.

5.45pm Masjid Jamek - Sesetengah peserta masih mahu masuk ke Dataran Merdeka, tetapi polis datang balik dan mengejar mereka. Beberapa peserta ditahan. Ada di antara mereka yang membaling kasut dan botol ke arah polis.

5.30pm: JLN TAR Wartawan Malaysiakini antara 200 ditahan bersama 200 peserta dan wartawan lain. Mereka ditempatkan sementara di Kelab Diraja Selangor. Barangan dirampas dan ditumbuk polis.

6.10pm Jalan dari SOGO ke Dataran dibuka. Bagaimanapun kira-kira 600 peserta masih berlegar di sekitar.

5:28 pm: Diberitakan seorang peserta Bersih meninggal dunia akibat dilanggar oleh kenderaan polis di hadapan Sogo. -harakahdaily

5.21pm Dua anggota polis tercedera dan pistol yang hilang dijumpai semula, kata menteri dalam negeri melalui Twitter.

5.20pm Simpang Jalan Tun HS Lee-Jalan Tun Tan Cheng Lock (berhampiran Pasar Seni) - Anggota polis FRU kelihatan mula berehat-rehat selepas Unit Amal PAS membuat pengumuman mengerahkan peserta BERSIH bersurai.

5:01pm JLN TAR Kelihatan 4 trak polis menuju Jln Chow Kit. Peserta tidak tunjukkan tanda-tanda mahu bersurai.

5.03pm JLN TAR Seorang gadis pengsan dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.

4.56 pm: Sebuah kereta yang diparkir di hadapan Dataran Maybank pecah cermin belakang akibat terkena peluru gas pemedih mata.


4.55pm JALAN TAR Tapak pasar malam, sekumpulan peserta BERSIH dan polis bertumbuk.

4.45pm Polis tuduh pistolnya dirampas peserta BERSIH di hadapan SOGO, menurut tweet polis.

4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.

‎@aminiskandar PDRM langgar dua orang di sebelah Sogo dengan van. Revolusi!!!





4.10pm - Jalan TAR - Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka.

FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR.


Tengok apa yang polis lakukan terhadap perhimpunan yang pada mulanya berjalan aman

4.04pm Sebelum itu, beberapa wartawan yang berdiri di belakang FRU turut tertolak polis ke arah peserta ketika gas pemedih mata ditembak, mendedahkan mereka kepada gas yang memedihkan mata.

3.58pm Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami kesukaran bernafas berhampiran Dataran Maybank akibat gas pemedih mata. Dia pulih selepas diberi rawatan oleh pasukan perubatan.

3.58pm Masjid Jamek - Beratus-ratus peserta sedang berehat di taman di belakang Masjid Jamek untuk pulih daripada serangan meriam air dan gas pemedih mata.

3.50 pm: Polis mula menyembur gas pemedih mata ke arah Puduraya.
Peserta himpunan dari Jalan Tun Perak lari bertempiaran ke Jalan Raja Chulan selepas ditembak FRU.

3:49pm - JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL.

3:49pm Serang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.

3.50pm Pusat membelibelah Sogo - Beberapa peserta berundur dari Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis.

3:29pm Majlis Peguam - Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar.

3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR.

3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata.

3.10am Masjid Jamek - lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap.

3.05 pm: Peserta yang tersekat di Jalan Tun Perak berpatah balik ke Dataran Maybank setelah FRU menembak gas pemedih mata.







3.00 pm: Loceng amaran FRU dibunyikan. Sebahagian orang ramai merempuh masuk ke Dataran. Water cannon sudah mula ditembak dan gas pemedih mata dilepaskan. Orang ramai berlari ke bangunan DBKL.

3:00pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka.

2.58 pm: Arahan bersurai kali kedua dikeluarkan pihak polis

2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai.

Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!"

Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor.

Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.

2.30 pm: Para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedang berucap di tengah-tengah jalan Tun Perak menghala ke Jalan Pudu di depan Wisma Permim. Sambil melaungkan "Hidup Rakyat".

2.24 pm: Peserta yang berkumpul di jalan berdekatan Dataran Merdeka melaungkan "We Want Dataran", diselangi laungan "Buka, buka, buka Dataran".

2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka.

2.15 pm: Lokasi Dataran Maybank - Peserta perarakan Bersih berhenti di Dataran Maybank, menanti kumpulan perarakan yg lain. Jumlah peserta kini mencecah angka ratusan ribu.

2.05 pm: Malaysiakini melaporkan anggaran 75,000 penuhi KL. Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama - Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor.

Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan.

2.00 pm: Para peserta Bersih dari CM sedang berarak menuju Dataran, bagaimanapun perarakan agak perlahan di depan Bangkok Bank kerana sekatan polis di hadapan BAR Council.

1.40 pm: Lokasi Masjid Negara - Perarakan bermula dan peserta dianggar seramai 10 ribu orang.

1.37 pm: Lokasi Masjid Negara - Presiden Pas TG Abdul Hadi tiba di lokasi dan akan bersama-sama berarak ke Dataran.

1.20 pm: Polis dalam keadaan bersedia melepaskan tembakan gas pemedih mata.




1.15 pm: Sebahagian besar masih tetap di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Dataran.

1:13pm: Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang.

- Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) - 20,000

- Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) - 15,000
- Masjid Jamek - 10,000
- TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen - 10,000
- Masjid Negara - 5,000

1.05 pm: Lokasi Masjid Negara - pihak polis membuat sekatan ketat dilaluan menghala ke Dataran Merdeka dengan anggota melebihi 200 orang bagi tujuan menghalang kemaraan pemimpin PR dan peserta Bersih di Masjid Negara dianggar melebihi 10 ribu orang.

1.04 pm: Peserta di Dataran Merdeka mula berundur ke jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak berhampiran Masjid Jamek.

1.02 pm: Pasukan FRU bersedia melepaskan tembakan.

12.59 pm: Amaran bersurai diumumkan pihak polis.

12.55 pm: Pemimpin-pemimpin utama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa orang lagi memulakan ucapan semangat sementara menunggu masuknya waktu Zuhur di Masjid Negara.

12.43 thr Masjid Negara - PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa.

12.40 thr Pasar Seni - Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di hadapan Majlis Peguam, disambut dengan laungan "BERSIH".

12.35 thr Jalan Tun Perak - Senator Australia Nicholas Xenophon hadir, untuk memerhatikan perhimpunan tersebut.

"Ini adalah satu suasana yang menarik dengan lebih daripada 10,000 orang. Setiap orang bersemangat tinggi," katanya.

"Ini adalah perhimpunan aman tanpa sebarang keganasan. Orang muda dan tua bersama-sama berada di sini. Saya pasti rakyat Australia dan rakyat Malaysia memahami bahawa ini adalah demonstrasi untuk pilihanraya yang bebas dan adil."

12.32pm Pasar Seni - Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ

Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku.





























\



Gambar : Anak Tuan Guru Nik Aziz di Makkah.



BERSIH 3.0 di Penang


BERSIH 3.0 di Ipoh


BERSIH 3.0 di Johor



BERSIH 3.0 di Jordan



BERSIH 3.0 di Melbourne Australia















Sentiasa dikemaskinikan setiap 10 minit. Sila refresh


Laporan sebelum ini
klik untuk baca






27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini macam bukan kata pengerusi & timbalan pengerusi spr kena letak jawatan, najib dan muhyiddin pun kena turut sama letak jawatan!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Berjuang menuntut yang makruf dan menentang kemungkaran....

Aminnnnnnnn......

Amuraria berkata...

TERBAIK ! SYABAS SEMUA PESERTA BERSIH 3.0 !

Tanpa Nama berkata...

Kita tunjuk kita tidak dayus mencari kebenaran dan untuk menegakkan keadilan!!! Bersih-kan mereka.... Lakukan demi keamanan Malaysia! Takluk Dataran tunjukan dunia

khairolanuar berkata...

Alhamdulilah..rakyat telah menunjukkan kebencian terhadap penipuan BN/SPR didlm pilihanraya selama 52tahun..mari singkirkan BN didlm PRU13..

Tanpa Nama berkata...

PERLEMBAGAAN NEGARA MENYEBUT BAHAWA RAKYAT MEMPUNYAI HAK UNTUK BERKUMPUL, BERSUARA, BERPOLITIK

TAPI
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DI RANTAI

NEGARA DI BINA OLEH PEMBAYAR-PEMBAYAR CUKAI TETAPI TIDAK BOLEH MENGGUNA KEMUDAHAN KEMUDAHAN

MILIK SIAPAKAH BUMI MALAYSIA INI????

YANG BEKERJA TU DIABAYAR GAJI, YANG MENJALANKAN KUASA ITU DIBAYAR GAJI HASIL DARI SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA ...

TAPI RAKYAT DILARANG MENGGUNAKAN KEMUDAHAN

KENAPA???

Tanpa Nama berkata...

org yg paling tak senang duduk sekarang mestilah Rosmah Mansur.. pasti dia akan rancang agenda lain.. btw.. semoga mereka yg menyertai Bersih dilindungi Allah selalu.. Amin.. Takbir..!!!

Tanpa Nama berkata...

samseng jalan kebun tu tak berani pulak datang ye... hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Allahu Akbar! Alhamdulillah rakyat semakin sedar. Kezaliman & penipuan yg menjadi darah daging pemimpin (sebenarnya tak layak di panggil pemimpin)UMNO kini ditolak tanpa kompromi oleh kuasa rakyat. Tahniah BERSIH 3.0.

Tanpa Nama berkata...

ya Allah lindungi saudara-saudara ku yang berjuang demi menegakkan keadilan , maka Kau laknatkan lah dan Kau musnahkan lah mereka yang menzalimi saudara-saudara ku yang iklas berjuang.

Tanpa Nama berkata...

Himpunan BERSIH 3.0 merupakan amaran terakhir kepada regim umngok supaya bersihkan sistem pilihanraya, sekiranya umngok menipu juga dalam PRU akan datang, BERSIH 4.0 akan menyusul untuk humbankan umngok dari Putrajaya buat selama-lamanya...

Tanpa Nama berkata...

Mereka menggunakan kekerasan. Mereka menggunakan kuasa utk menipu dan menindas rakyat.

Rakyat akan bangkit menentang kemungkaran Umno/BN

Asmah berkata...

Allahuakbar! Allahuakbar! Lindungi lah mereka Ya Allah..Amin

Tanpa Nama berkata...

NYATA SEKALI POLIS YANG MEPORAKPERANDAKAN SUASANA.

POLIS HARUS DI SALAHKAN...
POLIS HARUS BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KEKECOHAN INI
POLIS HARUS DIPERSALAHKAN JIKA UMNO/BN TUMBANG KALI INI.

INGAT....
KEMARAHAN RAKYAT MENGAKIBATKAN UMNO/BN AKAN PUNAH KALI INI.

Tanpa Nama berkata...

syabas rakyat malaysia, kuasa ditangan kita, singkirkan mereka yang sombong dan bongkak mari kita tukar kerajaan yang ada sekarang kepada kerajaan yang baru pada PRU 13 ABU

Tanpa Nama berkata...

tunggu bersih 4.0 suruh pengerusi & tim. pengerusi spr letak jawatan, kalau mereka tak mau letak jawatan.
syabas! semua peserta bersih 3.0, semoga pengorbananmu akan melahirkan malaysia baru yang aman damai. mari kita bina penjara2 yang lebih besar untuk pengkhianat2 yang menjual negara.

pcbahar berkata...

Kata orang, polis tu kalau dia tak polis dia penjahat.. Maksudnya dia macam Mr Jackyl and Mr Hyde.. kata orang, entah ya entah tidak..

Tapi yang herannya polis jahat tu hidup dengan dunianya yang tersendiri kot.. Kalau dia orang melayu tentu dia insaf.. Yang ditembaknya, yang dialnggarnya, yang disemburnya tu semua orang melayu kebanyakannya.. Apa hangpa takde perasaan ke?
Insaflah polis oiiii....

Tanpa Nama berkata...

POLIS MENYEBABKAN KEMATIAN....????

KITA TENGOK APA PULA KELENTONG KPN & TKPN

RAKYAT TERUS DI TIPU OLE KERAJAAN BN...
RAKYAT TERUS DIPERKOTAK-KATIK KAN OLEH KUASA POLIS.

Unknown berkata...

Hotline peguam PAS sekiranya berlaku tangkapan 0102907174, 010290717 4, 0102907332......tolong sebar

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah kebesaran Allah mengatasi kemungkaran dan kebejatan manusia rakus dan pengkhianat negara Malaysia...mari kita doakan agar Allah turun kan kekuatan iman ibarat tentera Fisabilillah dari kalangan hambaNya yang berjuang demi menegakkan keadilan kerana Allah dan untuk semua makhluk Allah ....kami tetap bersedih atas segala kesusahan hamba2 Allah yg turut serta Bersih 3.0 tetapi kami tetap mendoakan keselamatan dan keajaiban dari Allah Maha Agung..Amin

Tanpa Nama berkata...

undi cina bn akan gigit jari, aku terkejut dgn ribuan kaum cina yg dtg berbding bersih 2.0 nampak gaya sindrom takut makin hilang dr kaum cina..syabas..cume aku nak maki keturunan anak & babi 2 sepupu yg arah polis sembur gas, pemedih mata ini lebih pedih dari bersih 2.0, mmg 2 sepupu jehih keturunan babi

Tanpa Nama berkata...

Dengan merantai Perlembagaan Negara maka mudahlah mereka memasukan lebih banyak Pendatang Asing menjadi Pengundi di Malaysia...

Akta HANYA SATU KLAUSA saja didalam perlembagaan...bukan KUASA MUTLAK PERLEMBAGAAN

Sebagai orang Beriman, harus berpaqndangan jauh, ... PENDATANG-PENDATANG ASING yg mendapat IC mengundi di Malaysia kelak mempunyai 2 Kewarganegaraan.& medapat hak yang sama pula disisi perlembagaan dengan Warganegara Malaysia...dengan begitu ramai...

..mereka itu BERPOTENSI menjadi pengusul-pengusul kearah NEGARA BERPRESIDEN DI MASA HADAPAN sebagai mana di NEGARA MEREKA,,

ALIRAN INI PERLU DIBACA DALAM FIKIRAN SUPAYA TIDAK TERJADI DI MALAYSIA

Jika menang Parti yang membawa mereka, mendaftarkan mereka, akan mengikut sahaja kemahuan mereka..kerana diwaktu itu parti itu akan ikut sahaja suara/kehendak mereka..

..keadaannya jelas apabila KUASA RAJA BERPERLEMBAGAAN DIKURANGKAN oleh mereka ..itu adalah "Percubaan" sebagai langkah awal ...oleh UMNO/BN

A9001 berkata...

Kalaulah Perkosa dan samseng Jln Kebun turun ke jalan hari ini, mereka akan mati lemas hanya dengan diludah oleh para peserta.

Tanpa Nama berkata...

PERTUBUHAN PERKASA dan yang sewaktu dengannya adalah sebenarnya BURUNG HANTU @ BURUNG PUNGGUK..kesiangan menjadi suara oooo kepada UMNO/BN saja...ini kerana untuk MENUTUP KESALAHAN YANG MEREKA LAKUKAN TERHADAP STATUS KUASA RAJA BERPERLEMBAGAAN..kerana UMNO/BN telah jadi PENGECUT dalam berpolitik..

lalu akta di gunakan...Akta DBKL...Akta Polis...dan Kuasa Mahkamah..

padahal akta itu bukan KUASA MUTLAK...Kuasa Mahkamah itu juga BUKAN MUTLAK

Kuasa MUTLAK adalah PERLEMBAGAAN MALAYSIA

kerana akta dibuat atas sebab sesuatu perkara dan akta boleh diubah ..@ Pindaan...


..

Zabx berkata...

Freedom Lyrics by Maher Zain
By: Maher Zain

Gathered here with my family
…My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call

And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

Tanpa Nama berkata...

Ada tak sesiapa yang tahu semburan air, mana sumbernya.

Saya ada diberitahu, air disedut dari longkang. Tapi ade tak sesiapa ada bukti berambar ke video ke tentang kebenaran cerita ni.

Kalau ade sesiapa yang nampak atau bukti, saya harap dapat penjelasan.

Tanpa Nama berkata...

camna polis boleh hilang pistol sendiri? x style langsung. nmpk sgt x cekap