14 Mac 2012

Benarkah Dirang Dibunuh Pada Hari Hilang? Ada Hal Yang Meragukan!

Dirang dibunuh pada hari hilang

JOHOR BAHRU – Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.

Milnah (baju putih) bersama ahli keluarga sedih melihat lubang tempat mayat Dirang (gambar kecil) dibakar di Nusa Damai, Masai, Johor Bahru semalam.

Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu.

Nik Aziz: 'Pihak bunuh Dirang lebih kejam dari binatang'

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan individu yang melakukan pembunuhan terhadap Nurul Nadirah Abdullah,5, atau yang dikenali sebagai Dirang, lebih kejam daripada binatang.

“Lembu pun tak bunuh semasa sendiri, tetapi manusia sanggup melakukan, mungkin budak itu hendak bagi tahu kejahatan yang dilakukan, sebab itu dia dibunuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan orang kurang upaya (OKU) Peringkat Kebangsaan, di Hotel Raudah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pembunuhan adik Dirang selepas polis mengesahkan serpihan rangka manusia ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, sama dengan sampel ibunya, Roselyn Alan, 25.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jenayah yang berlaku dalam negara sejak kebelakangan ini termasuk kes bunuh dan zina berpunca dari sikap sesetengah masyarakat yang tidak pentingkan agama dalam kehidupan.

Malah lebih memburukkan keadaan, katanya, Kerajaan Pusat tidak memberikan keutamaan Islam sebagai asas pentadbiran sekali gus menyebabkan gejala sosial terus berleluasa.

“Punca kejadian adalah kerana tidak ada takwa kepada ALLAH SWT, ia adalah jentera untuk menyekat keganasan nafsu, benda begini bukan sekarang sahaja berlaku malah zaman Jahiliah lagi, tetapi jika ingat kita ingat azab kubur, ia tidak berlaku,” katanya.

Ditanya sama ada undang-undang yang ada kini tidak berjaya menghalang jenayah, Nik Abdul Aziz berkata, undang-undang saja tidak cukup untuk menghalang perkara negatif, sebaliknya penekanan agama perlu diterapkan dalam kehidupan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan golongan OKU tidak merendah diri kerana ganjaran yang besar menanti di sisi ALLAH SWT jika kekurangan yang ada dihadapi dengan reda dan tabah.
-SH


Ulasan GB

Ada beberapa persoalan yang timbul.

Jika Dirang dikatakan dicekik dan dibakar pada hari beliau hilang, bagaimana pula wujud SMS yang datang dari Kota Bahru mengugut ibu Dirang menuntut sebanyak RM30,000?

Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac 2012, Khamis. Jika tarikh itu dikatakan Dirang dicekik dan dibakar, kenapa pula SMS itu menuntut bayaran supaya wang dihantar pada hari Ahad (4 Mac 2012)?

Tak mungkin, SMS itu bermaksud Ahad sebelumnya (26 Februari 2012) kerana pada tarikh berkenaan Dirang belum hilang!

Kebenaran itu masih tersembunyi.

Marilah kita berdoa lagi serupa dengan doa-doa dahulu, semuga Allah mendedahkan kebenaranNya:

1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Berdoa sedemikian lebih utama daripada mengikut persangkaan kita semata-mata. Muga Allah beri petunjuk yang sebenarnya kepada kita semua dan dihukum pembunuh kejam berkenaan tak kira apa motif dan siapa pelakunya.

Terdahulu, Roselyn ketika ditemui tengah hari, berkata dia menerima panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang wanita yang tidak dikenali mengugut akan membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sehingga RM30,000.

“Antara SMS yang saya terima: “Kalau kau mahu anak kau, aku mahu wang RM10,000 di Taman Tengku Anis masa jam 12 tengah hari, kalau tidak anak kau mati”, "Kalau kau tak datang pada hari Ahad anak kau akan dijual di Thailand,” katanya.

Roselyn berkata, ugutan itu diterima pada malam Rabu lalu daripada seorang wanita yang mendakwa menyimpan anaknya itu dan meminta wang tebusan RM30,000 dihantar ke Taman Tengku Anis, Kota Bharu, Kelantan.

Katanya, selepas wanita itu mematikan telefon, beliau cuba menghubunginya tetapi tidak berjawab sehinggalah beliau menghantar SMS supaya wanita itu menghantar gambar anaknya sebagai bukti dan mendengar suara Dirang.

“Wanita itu membalas SMS dengan meminta menjelaskan wang terlebih dulu sebelum menunaikan permintaan saya. Keesokannya, saya sekali lagi menerima SMS daripada nombor sama meminta saya menyediakan wang RM10,000 di tempat yang sama pada jam 12 tengah hari atau anak saya akan mati.

“Saya cuba menghubunginya sekali lagi tetapi tiada jawapan sehinggalah Jumaat lalu, saya mendapat satu lagi SMS meminta membawa wang tunai RM10,000 dan menghantarnya pada Ahad ke taman sama. Wanita itu juga mengugut akan menjual Dirang kepada sindiket kanak-kanak di Thailand”


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rasanya SMS tersebut cuma dari orang yg cuba menangguk di air keruh sahaja. Mungkin bukan dari pembunuh, cuma mereka yg mengambil kesempatan terhadap kesulitan orang lain. Wallahuaklam

Tanpa Nama berkata...

jauh tu, kejadian di johor bahru, sms dari kota bahru...

ada percubaan utk kaitkan bapa kandung dirang yg menetap di kb..

Tanpa Nama berkata...

saya juga mengagak sms itu datang dari orang yang mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Saya pun fikir gitu juga... Sengaja nak ambil peluang atas masalah orang lain...

Tanpa Nama berkata...

ada terbaca sebelum ni, tokeh kedai runcit tu hairan kenape dirang tak beli gula2 dgn duit baki 20sen seperti biasanya. ni kata pulak, dirang diculik masa nak pegi kedai..
yg mana satu yg betul? kdg2 wartawan ni suka tulis ikut suka jer

Tanpa Nama berkata...

Tu pasal le..
Yg Maha Mengetahui ialah Allah.
Kita disarankan menjadi hambaNya yg baik & berdoa.

Tanpa Nama berkata...

apa pun al-fatihah untuk dirang,semoga rohnya dicucuri rahmat.Dirang ibarat kain putih,SYURGAlah tempat mu adik.amin.