20 Sep 2011

Kecoh Hantu Bonceng, Sanggupkah Mereka Menanggung Dosa Setiap Yang Menonton?

PAS dakwa LPF, Finas benar filem Hantu Bonceng hina kalimah

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Dewan Pemuda PAS berkata pihaknya sangat kesal dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan – terbaru Hantu Bonceng, yang disiarkan sejak awal Aidilfitri.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, filem itu yang mengandungi unsur menghina Islam, arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan Mohd Razizan Abd Razak atau dikenali “Zizan RL”.

Salah satu babak dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah s.a.w. apabila Zizan menyebut ‘Asyhadu anna Muhammadar Syaitan’ yang membawa maksud ‘aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan.

“Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa,”
kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru kata beliau, penggunaan kalimah itu membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan.

“Sementelah pula filem yang menjadi tontonan umum ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran yang salah masyarakat terhadap Islam. Lebih berisiko apabila kelak ia turut merosakkan akidah masyarakat awam,” katanya lagi.

Filem Hantu Bonceng dilaporkan kini melakar sejarah tersendiri apabila menjadi filem kedua tertinggi dalam sejarah daripada segi kutipan apabila mencatat kutipan tiket RM8.35 juta setelah ditayangkan secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu.

Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn. Bhd. dan turut dibintangi Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid Baharudin.

Oleh itu tegas Nasrudin, Dewan Pemuda PAS turut mempersoalkan jika benar wujud panel penapisan dalam LPF ataupun FInas sendiri mengenai filem-filem yang bakal ditayangkan untuk tontonan umum, mengapa masih wujud babak yang menimbulkan kontroversi.

“Apa yang ditapis selama ini? Penapis apa yang mereka pakai? Penapis teh atau penapis cendol yang berlubang besar sehingga masih banyak adegan yang ‘menyenakkan mata’ dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan,”
kata beliau lagi.

Nasrudin juga berkata, lebih malang pihak berkuasa agama seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa-apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam.

Nasrudin menambah, lambakan filem tahyul dan karut menerusi tontonan umum di kaca televisyen sama ada melalui saluran kerajaan ataupun swasta, terus bermaharajalela tanpa sebarang tindakan berkesan oleh pihak berkuasa agama.

“Apa sudah jadi? Apakah pihak berkuasa agama tidak menyedari perkara ini?

“Jika orang awam pun menyedari berlakunya perkara ini, bagaimana pihak berkuasa agama masih tidak menyedarinya?” katanya.

Beliau menambah, kerajaan juga selayaknya serius melihat perkara ini dan jangan membiarkan filem menjadi medium untuk menghina, mempersenda dan memperkecilkan Islam dalam negara ini.

Katanya, Dewan Pemuda PAS sangat khuatir sekiranya tidak ada satu garis panduan yang berlandaskan syariat Islam menjadi rujukan kepada LPF dan Finas, filem-filem yang lebih “luar biasa” akan dihasilkan dan mungkin diluluskan kerana keuntungan yang bakal diperolehi oleh pihak-pihak tertentu tanpa menimbang tara impak yang akan berlaku.

Justeru kata beliau, Dewan Pemuda PAS mahu Finas dan LPF untuk mewujudkan panel syariah yang berautoriti sebagai lembaga penapisan yang tertinggi terutama dalam menapis cerita atau filem yang mempunyai kaitan dengan agama Islam.

Selain itu, kata beliau, Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar untuk merujuk kepada alim ulama seperti mufti atau pihak berkuasa agama seperti Jakim terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem.

“Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulama untuk melepaskan diri,” katanya lagi. -TMI

Ulasan GB

Penghinaan terhadap Islam yang terang-terangan berlaku, tetapi pihak yang bertanggungjawab berpeluk tubuh dan mendiamkan diri!

Kemudian pelakonnya diberitakan telah menyatakan bahawa


Jawapan yang sebegitu mudah diberikan. Kita ingin menegaskan, sekalipunbeliau tidak "berniat" menghina Islam tetapi "perkataan dan tindakan" di dalam filem itu telah pun menghina Islam. Persis seseorang yang melanggar orang lain di dalam satu accident memberi jawapan: Saya tak berniat untuk langgar. Bolehkah jawapan itu mampu melepaskannya dari kesalahan?

Dan sanggup mereka yang berkewajipan menyemak dan melulusterbitkan filem berkenaan menanggung dosa sekalian mereka yang terlibat, samada menerbitkan, berlakon dan yang menonton filem berkenaan?

Anehnya penghasilan filem-filem bercorak tahyul, syirik, khurafat dan yang boleh merosakkan aqidah terus diberi ruang yang begitu bebas dan luas di dalam dunia penyiaran dan perfileman di negara ini.

Semakin hari semakin keterlaluan. Genap setahun yang lalu, GB pernah mengulas di SINI. Petikan:


Penyemarakan unsur syirik, khurafat dan tahyul di dalam filem-filem Melayu mutakhir ini sperti cendawan tumbuh yang tidak terkawal.

Kita menjadi hairan dengan sikap berdiam diri para mufti, JAKIM dan lain-lain yang berautoriti di dalam hal-hal keagamaan di dalam negara kita. Lebih malang lagi apabila Lembaga Penapis Filem seperti menggalakkan kehadiran filem-filem tempatan yang merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Kita boleh saja terima jika filem itu dari dalam atau luar negara yang dilakonkan oleh mereka yang bukan beragama Islam, namun apa yang mendukacitakan ialah filem-filem berkenaan dihasilkan dan dilakonkan oleh mereka yang beragama Islam.

Apa sebenarnya juga agenda Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan penerbitan dan penayangan filem berunsur syirik itu?


8 ulasan:

ichi berkata...

penapis ke,pengarah ke, pelakon ke, sama je...c penapis syok tahu...c pengarah syok duit, c pelakon c syok suci...hehe..fikir2 kan, selamat beramal

Awanama berkata...

betul semuanya sama, main sedap aje padahal ia menggambarkan kebodohan semua dari mereka, pelakon pun ilmu tak tinggi ,patut boleh menolak jika di fikirkan bersalahan dengan akidah. Memangnya jawapannya pun mencerminkan kebodohan dan kejahilan sendiri, bukan sedap sangat lakonan mereka mereka ni , syokkkkk sendiri dan lebih perasan . penonton tengok meluat . Sebenarnya inilah revenue dari sistem pendidikan yang low class dan jabatan keraajaaan yang rata rata berkonsepkan 'tak apa jika kroni' .... piirrahhh... meluat..nak muntah....

YoungMoM berkata...

Memang menyampah cerita melayu sekarang nih..banyak cerita mengarut je dgn cerita tahyul ape ke benda,lepas tuh cerita mesti orang berada je..pakai kereta mewah,rumah mewah...
cerita nih plak...kalo dah wat silap perbetulkanlah..minta maaf...ADEkah kerana DUNIA sekarang niih ade agendanya sendiri...

otaklunyai berkata...

Terlampau nak berlawak sangat sampai lupa Hukum Hakam Agama. Terlampau nak untung harta dunia sampai sanggup gadaikan kalimah Allah... Nauzubillah!!! Apa nak jadi dgn ulama2 kere-jaan yg memegang kuasa dan tanggungjawab... hanya berdiam diri sebab sibuk mencongak2 laba yg diidam2kan atau hanya sibuk menangkap orang2 yg berdakwah menyatakan kebenaran dan kemungkaran pemerintah yg sesat lagi menyesatkan ummah... Marilah kita ubah kemungkaran yg telah jelas tidak dapat dipertanggungjawabkan oleh ulama2 kere-jaan yg hanya menjadi lidah2 syaitan..

Awanama berkata...

sapa2 pon buat filem mmg akan ditulis HANYA REKAAN SEMATA2.cerita rekaan ini datang dari imaginasi minda.minda ini anugerah Allah kepada manusia.kalau lawak sehingga menghina Allah dan Rasulullah ini tanda minda tak bersih/rosak..
kita berdegar2 marah bila org denmark buat karikatur nabi.dia kata sekadar utk jenaka bukan niat hina islam.tapi kita tetap pandang sebagai hina islam..bagaimana sekarang bila orang islam sendiri buat filem ada dialog hina islam tapi pelakon beri alasan saya tak berniat menghina islam?

Awanama berkata...

ALLAH MEZAHIRKAN SIFAT MUNAFIK YG ADA DALAM HATI MEREKA.

Awanama berkata...

nak mampus sok ko ucaplah mcm tu,konpom masuk neraka....ko cakaplah kat malaikat saya takde niat pun....pedulik hapa dgn niat ko....tahniah lah ...ni lah lawak paling bangsat gua penah dengar

Awanama berkata...

Ni bole tak termasuk dlm kategori yg Allah sebut dlm quran '...menggunakan agama utk kaut keuntungan ..'?.

Termasuk le buat drama2 dakwah tapi penonton seram sejuk tengok sbb pelakon pakai seksi.. atau pun penyanyi2 (wanita esp) nyanyikan lagu2 nasyid, tapi realitinya tak patuh perintah Allah (tutup aurat sempurna)..dll.