IGP pengsan pagi ini, dimasuk hospital
KUALA LUMPUR, 22 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dimasukkan ke hospital pagi ini selepas pengsan ketika perhimpunan bulanan di ibu pejabat PDRM di Bukit Aman.
Beliau yang dilantik mengetuai PDRM September lalu dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.
Sehingga berita ini ditulis punca beliau pengsan belum diketahui.
Dalam pada itu, Bernama Online menyebut bahawa Ismail dimasukkan ke hospital selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri perhimpunan bulanan hari ini.
Ismail dibawa ke hospital itu sejurus majlis itu berakhir kira-kira pukul 10.30 pagi.
Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.
“Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.
“Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa,” katanya kepada pemberita di pekarangan pusat perubatan itu.
Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.
Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemu ramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat. -TMI
Ulasan GB
Setiap sesuatu yang menimpa kita, ada hal yang perlu dimuhasabahkan.
Lewat kebelakangan ini Ketua Polis Negara kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan terhadap isu-isu yang menggemparkan negara. Misalnya isu video seks.
Sebagai "ketua" sebuah agensi yang sepatutnya "menegakkan undang-undang secara adil dan saksama" tentulah beban amanah yang dipikul itu, besar impaknya kepada diri sendiri.
Apabila kita tidak melaksanakan amanah dengan jujur dan adil maka kita akan diberikan peringatan dari langit dan kemudian terpulang kepada kita untuk mengambil iktibar daripadanya atau pun tidak.
Apabila kita melakukan kerja tidak betul secara terang-terangan, maka Allah pun menurunkan ujianNya secara terang-terangan juga.
Tun Mahathir selepas menghadiri satu perhimpunan PERKASA yang begitu bersemarak membangkitkan semangat assabiyah Melayu di kota Baharu, jatuh sakit selepas itu.
Najib pernah "dikurniakan" demam campak dan Muhyiddin pula pernah diberikan peringatan helikopter terhempas dua kali.
Samada mereka ambil iktibar daripadanya, terpulang kepada mereka.
GB pernah mengulas sebelum ini mengenai zon umur subsidi.

Seseorang insan apabila disayangi Allah, Allah akan mengurniakan sedikit masa di zon umur subsidi. Pengalaman ramai yang menghidapi penyakit samada kronik atau pun tidak sehingga sudah terlantar di ICU pun, kemudian tiba-tiba seperti muncul satu keajaiban di dalam hidup, mendapati diri disegarkan semula oleh s.w.t. untuk satu jangkawaktu yang ditentukan olehNya.
Ia adalah satu zon waktu yang amat singkat, pemberian Allah s.w.t. kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan di waktu inilah sepatutnya dipergunakan untuk membersihkan diri serta memuhasabah diri agar kita dapat diterima kembali ke sisiNya.
Seandainya kita lalai untuk melakukan penghisaban diri sendiri sewaktu di zon berkenaan, alangkah ruginya kita, kerana selepas itu, kita kembali ke rahmatNya dan tidak akan datang-datang lagi ke dunia fana ini.
Naluri manusia cenderung ingin hidup selama-lamanya. Al-Quran melukiskan keinginan sekelompok manusia untuk hidup selama mungkin dengan firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kamu akan mendapati mereka seloba-loba manusia kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih loba lagi) daripada orang- orang musyrik. Masing-masing ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada seksa. Dan Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Surah Al Baqarah: Ayat 96).
Maka itu Allah memperingatkan kita dengan pelbagai ujian berupa kekurangan, kesakitan dan sebagainya sebelum kita dibawa pulang selama-lamanya supaya nanti kita dapat melakukan penilaian diri disamping memohon ampun terhadap apa jua kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan.
Andainya zon singkat itu diabaikan, tiada lagi peluang selepas itu. FirmanNya:
"Sehingga apabila maut mendatangi seseorang daripada mereka, dia berkata: "Rabbi (wahai Tuhanku), kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku kerjakan amal yang salih, terhadap yang aku tinggalkan dahulu. (Jawapan Tuhan)Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu cuma perkataan yang diucapkannya sahaja. Dan ke belakang (iaitu di hadapan) mereka ada barzakh (sempadan pembatas), sampai hari mereka dibangkitkan." (Al-Mukminun 99-100)
2 ulasan:
Hebat sungguh komen GB terhadap IGP. PAS tak menang satu kerusi di Sarawak tempoh hari pasal apa? Tak ada pun GB komen bahawa ianya balasan Allah. Berdasarkan kepada komen GB tersebut, kekalahan PAS mesti ada sesuatu sebab. Adakah kerana PAS atau pakatan pembangkang ada melakukan apa-apa 'dosa' maka Allah balas dengan kekalahan. Diharap GB jujur dalam memberi komen. Janganlah bia pada orang yang kita tak suka, kita komen itu balasan Allah. Bila kena batang hidung puak sendiri tidak pula komen sedemikian.
tu sebab saya kata orang2 UMNO ini bebal bukan saja syariat malah hakikat juga.
Ditanya kenapa PAS tak menang walau satu kerusi di Sarawak.
Saya kata, "kebenaran" bukan diukur dengan menang-kalah di dalam pilihanraya.
Kalau menang bukan bererti benar, kalau kalau bukan bererti salah.
"Menang" di sisi Allah adalah mutlak.
PAS menang di Sarawak secara hakikinya sekalipun zahirnya ia kelihatan kalah.
Menang di dalam konteks maruah, dalam konteks akhlak, dalam konteks beragama.
UMNO apa tahu itu semua, sebab UMNO tiada maruah, tiada akhlak malah langgar hukum agama.
Tuhan tangguhkan siksaanNya kepada UMNO.
Hal ini diajar di dalam Al-Quran tetapi berapa ramai ahli UMNO membacanya?
Dan jika Kami tangguhkan siksaan itu terhadap mereka sampai batas waktu yang telah Kami tentukan, niscaya mereka akan berolok-olok: "Apa gerangan yang menghambatnya?" Ingatlah! Datangnya waktu siksaan itu sudah pasti, mereka tidak dapat dihindarkan lagi daripadanya. Mereka memang sepenuhnya sudah terancam siksaan dari segenap penjuru, karena olok-oloknya sendiri. Surah Hud:8
Catat Ulasan