Umno perangkap kakitangan awam hadir majlis Najib
PAS Kawasan Pasir Puteh, Kelantan telah mendapat aduan dan rungutan daripada kakitangan awam berkenaan jemputan pada majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di kawasan itu pada 2 Julai.
Perkara yang membebankan mereka ialah setiap kakitangan awam termasuk guru mesti melaporkan diri mereka pada meja pendaftaran bagi memastikan kehadiran mereka.
Timbalan Ketua Penerangan PAS Pasir Puteh, Abdul Halim Mohamad menjelaskan, lebih membimbangkan mereka, jika mereka tidak hadir, tindakan akan dikenakan.
Menurut beliau, begitulah antara rungutan awam terhadap majlis yang bakal berlangsung pada Sabtu nanti yang turut melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, PAS Kawasan Pasir Puteh cukup kesal dengan cara perangkap yang digunakan oleh Umno untuk memastikan kehadiran yang ramai pada majlis berkenaan.
"Kita tidak bimbang dengan himpunan berkenaan kerana kita terbukti dan mampu membuat himpunan yang lebih besar tampa perlu kerahan dan lapor diri peserta dalam setiap program yang diadakan," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
Namun, beliau mencabar Umno agar memberi peluang kepada kakitangan awam untuk mereka tidak hadir pada program berkenaan dan jangan dibuat kaunter lapor diri yang merupakan suatu amalan politik lama yang digunakan.
"Sebaliknya, Umno perlu meninggal politik tipu dan beralih kepada budaya politik ilmu bagi menjadikan rakyat bebas menentukan keputusan mereka tanpa lagi terkongkong dengan budaya politik tipu," katanya.
Mengulas lanjut berkaitan kehadiran Presiden Umno yang juga Perdana Menteri pada majlis itu nanti, beliau berkata, kedatangan Perdana Menteri ke majlis itu jelas menunjukkan bahawa Umno Pasir Puteh sedang mencari semangat di sebalik masalah dalaman yang berlaku dan gagal menjawab isu sekitar yang menyebabkan ahlinya hilang tumpuan.
Katanya, majlis pemimpin bersama rakyat yang kononnya bakal dihadiri ribuan ahli Umno itu jelas menunjukkan himpunan gelombang merah yang diadakan baru-baru ini gagal dan tidak diterima rakyat, sehingga mereka terpaksa membawa presiden parti ke dalam kawasan Pasir Puteh.
PAS Pasir Puteh juga, katanya, ingin menasihatkan Perdana Menteri agar menunaikan segala janji yang ditaburkan terlebih dahulu sebelum hadir ke Pasir Puteh atas dakwaan sebagai tanda beliau menghormati rakyat Kelantan seperti yang didakwa oleh Umno.
"Antara janji yang belum ditunaikan itu termasuk menyiapkan projek Kerajaan Pusat yang banyak terbengkalai dan termasuk juga memberikan royalti Petroleum kepada rakyat Kelantan," ujar beliau. -HD

3 ulasan:
Depa nk kita tunfuk n sujud kat depa kot?ingat apa?nie pemerintahan Firaun kecil ke?
MENARIK GILER!!!!
zawawi othman ketua bahagian umporno pasir puteh sewaktu zaman jadi guru dulu bukanlah seorang guru yang mempunyai sebarang nilai. Selama berkhidmat bersama beliau di sebuah sekolah di PP sekitar tahun2 awal 90an dahulu, beliau tidak pernah menunujukkan sebarang bakat kepimpinan. Cuma dia ni seorang yang menepati ciri2 umporno iaitu kaki bodek, pandai guna wang ringgit dalam mencari sokongan dan pengaruh. Jadi kalau hari ini umporno bahagian PP gagal mearaih sokongan oarang ramai malah gagal menyatupadukan ahli umporno PP itu sendiri maka tiada apa yang menghairankan. Dia ni kalau jadi kepala gangster bolehla..
Tak heran...segelintir guru yg jadi pencacai umno memang kaki bodek....malas masuk kelas....tapi dapat banyak duit drp umno...sebab pencacai jenis ni hanya pentingkan hak di dunia walaupun dari sumber yg haram.....
Catat Ulasan