23 Jul 2010

Tuntutan Akar Umbi: Pecat Segera Hassan Ali

Saya akan bangkit isu Umno-PAS Ahad ini'

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menjangka isu pertemuan pemimpin PAS dengan mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung soal kerjasama dan perpaduan dengan Umno, akan dibangkitkan dalam majlis munaqasah PAS Selangor Ahad ini.

Majlis munaqasah atau perbincangan itu, diadakan oleh semua PAS negeri untuk membincangkan ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar lalu.

"Kalau tak ada orang bangkit, saya akan bangkitkan," kata Khalid ketika ditanya mengenai isu tersebut dalam satu sidang akhbar di pejabatnya pagi.

Semalam, ketika menulis dalam blognya, Khalid menggesa PAS bertindak tegas terhadap pemimpinnya yang mengadakan pertemuan dengan mufti Perak itu.

Sebelum ini, Harussani mendedahkan terdapat pemimpin Umno dan PAS yang menemuinya berhubung usaha mewujudkan kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu.

Setakat ini, isu pertemuan yang didedahkan Harussani itu masih menjadi misteri apabila mufti veteran itu memilih tutup mulut berhubung perkara itu.

Bagaimanapun tersebar di laman-laman blog dan menjadi buah mulut di kalangan pemimpin akar umbinya bahawa pemimpin yang dimaksudkan ialah pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Dr Hasan yang juga exco kerajaan negeri sendiri setakat ini belum tampil mengesah atau menafikan dakwaan itu.

Khalid yang selesai penggantungannya sebagai anggota biro politik PAS hujung bulan ini berkata, perkara itu juga akan dibangkitkan dalam mesyuarat biro berkenaan selepas ini.

'Lebih baik dia bersatu sekarang'

"Kalau benar, saya akan buat aduan kepada jawatankuasa pusat PAS kerana ini dikira melanggar keputusan muktamar," katanya yang juga yang dipertua (YDP) PAS Shah Alam.

"Bagi saya lebih baik orang seperti ini bersatu dengan Umno sekarang daripada bersatu tiga hari sebelum hari mengundi (dalam pilihan raya)."


Diminta mengulas berhubung dakwaan di blog bahawa pemimpin yang dimaksudkan itu ialah pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali sendiri, Khalid enggan membuat sebarang spekulasi.

"Tanya dialah. Saya tidak boleh hendak mengesahkannnya," katanya sambil menegaskan penyatuan dengan Umno tidak boleh berlaku kerana kedua parti tersebut mempunyai dasar yang berbeza.

"Ahli PAS Melayu dan Islam. Ahli Umno Melayu dan Islam. Tetapi kedua-duanya mempunya dasar yang berbeza," katanya.

Sementara itu, Khalid juga menjelaskan dalam munaqashah parti itu yang bakal dihadiri oleh kesemua wakil PAS kawasan di Shah Alam hujung minggu ini, beliau menjangkakan isu persediaan menghadapi pilihan raya mungkin dibangkitkan sekali lagi.

"Kalau ikut 'bahasa badan' Umno, nampak macam pilihan raya tak lama dah," kata pemimpin PAS yagn terkenal dengan kelantangann itu.

Menurutnya, dalam membincangkan persediaan bagi tujuan itu, kemungkinan idea supaya pembubaran DUN Selangor tidak dilakukan serentak dengan parlimen akan dibincangkan.

"Kalau berjaya (jadi kenyataan), kita mungkin lihat trend baru, ikut (pilihan raya DUN) Sarawak," katanya. -mk

Ulasan GB

GB pun hairan kenapa pimpinan PAS Pusat dulu begitu tegas mengambil tindakan ke atas Khalid Samad, tetapi lemah gemalai terhadap Hassan Ali yang telah berkali-kali melanggar ketetapan Muktamar.

Apabila ditinjau barisan pimpinan yang ada, empat jawatan tertinggi parti dikuasai oleh mereka yang mempelupori gagasan Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan seorang Naib Presiden.

Maka tidak hairan mengapa terdapat semacam konspirasi di dalam parti. Di depan hetam UMNO komain lagi, seolah mereka pejuang PAS sebenar, sedangkan hakikatnya mereka masih atur pertemuan dalam gelap.

Memang jahat bangat kumpulan tersebut.

Hasbunallah!


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau betullah Hasan Ali ni masih bermain dalam gelap untuk berpadu-padu, maka tindakan yg terbaik adalah dengan memecatnya dgn seberapa segera...

Betul kata Khalid, apa guna nak simpan org jenis mcm ni...3 hari sebelum PRU akan dtg tiba2 dia declare masuk umno serta-merta...

Baru padan dgn muka PAS...

Masih ramai lagi dlm PAS tokoh2 yg hebat...Mat Sabu, Husam, Syed Azman dan ramai lagi...

Yang pimpinan sayang sgt kat org yg main dlm gelap dan tikam belakang tu apa hal?

Jgn dlm ceramah jea ckp berdegar-degar ajar rakyat itu dan ini jika pimpinan PAS tak mampu menangani isu ini dgn tegas!

Tanpa Nama berkata...

Dia masih terhutang budi dengn BN kerana dapat tapak summer camp di Ulu Langat di zaman Chedet...sebelum masuk Pas..agaknya..

hussin berkata...

mahathir memecat anwar kerana anwar dilihat menggugat agenda politik beliau. bukan umno. samalah seperti tidak mengambil tindakan terhadap 'pengkhianat' parti bererti 'pengkhianat' tersebut tidak menggugat sesiapa dalam parti. umno telah menerima akibatnya kerana ahli2 umno menerima tindakan mahathir. apakah pas mahu ikut sama? sesiapa yang mengkhianati parti, perlu diambil tindakan. dalam keadaan seluruh alam tahu, keengganan pas bertindak sukar dimengerti. jangan ikut cara mahathir, selagi ia tidak menggugat kepimpinan, tidak perlu bertindak. dengan lain perkataan, tindakan tidak diambil kerana kesalahan yang dilakukan menepati kehendak dan citarasa mereka yang di singgahsana kuasa?

wallahu'alam

matlipat berkata...

Setuju sangat pandangan Khalid Samad ni.Minta ahli-ahli PAS Selangor bukalah minda sikit.Jangan wala membabi buta.YDP Gombak,Sallehuddin Nasir,(Kawasan Hassan Ali) tak setuju sangat orang gunakan istillah "wala membabi buta".Itu dia punya pasal,dia bukan ahli bahasa.Ada baiknya Khalid Samad bawa juga kes ni kemesyuarat PAS Pusat.Nak tengok siapa yang akan membela Hassan Ali.PAS Pusat tu pun kena bersihkan,ada 3-4 makhluk perosak disitu.

Rakyat Untuk Rakyat berkata...

Janganlah cepat2 melatah atau membuat spekulasi kepada Hassan Ali. Benar atau tidak pertemuan beliau dengan Harussani kenalah siasat kepangkal hujongnya. Tuduh menuduh sesama sendiri akan huru-harakan Pas sendiri. Jadi pimpinan tertinggi Pas harus memanggil beliau dan tanya pada beliau sendiri apakah benar atau tidak pertemuan itu. Jika benar, barulah diambil tindakan. Tindakan yang bijak akan memberikan kekuatan pada Pas untuk menghadapi PRU 13 akan datang.