24 Mac 2011

Loji Nuklear Gebeng: Kalau Selamat Suruh Semua Menteri Pindah Ke Sana

Kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan, yang bernilai hampir RM700 juta, adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata ini kerana sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd itu mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah.

"Berdasarkan piawaian antarabangsa yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sisa seperti ini ditakrifkan sebagai bukan sisa radioaktif tetapi merupakan sisa industri yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi.

"Kilang ini selamat bagi orang awam dan kita akan pastikan syarikat ini patuhi prosedur pemprosesan. Ia berbeza daripada loji Asian Rare Earth," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat, semalam.

Loji Asian Rare Earth (ARE) merujuk kepada loji logam 'rare earth' Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Ipoh, yang dikatakan menyebabkan sekurang-kurangnya enam kes leukemia di kalangan masyarakat setempat sebelum ditutup pada 1992 ekoran protes awam.

Isu kesan radiasi projek pemprosesan 'rare earth' di Gebeng antara lain dibangkitkan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) dan Dr D Jeyakumar (PSM-Sungai Siput) yang mempertikaikan rasional kerajaan meluluskan pembinaan loji itu walaupun mendapat tentangan khususnya daripada rakyat Kuantan.
'Perlepasan cukai'

Ongkili berkata langkah-langkah keselamatan akan dan sentiasa diambil untuk merendahkan lagi kemungkinan bahaya sinaran dan pencemaran dari sisa tersebut mengikut amalan konsep ALARA (As low as reasonably achieveable-Paling rendah mengikut budi bicara yang boleh dicapai).

Beliau berkata selain Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), Lynas juga dikehendaki mematuhi semua keperluan perundangan yang ditetapkan oleh beberapa lagi badan penguatkuasa lain sebelum sesuatu lesen dikeluarkan.

"Pihak syarikat juga telah dikehendaki mengambil langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang ketat bagi memastikan pekerja, orang awam, harta benda dan alam sekitar tidak terdedah kepada kemungkinan bahaya sinaran dan pencemaran (sekiranya ada) dari sisa tersebut," katanya.

Menurutnya Lynas juga menggunakan sumber bahan mentah Australia yang mengandungi satu per lima puluh kandungan radioaktif berbanding dengan bahan mentah yang digunakan oleh Syarikat Asian Rare Earth (ARE).

Menjawab soalan Fuziah mengapa Lynas diberi insentif pelepasan cukai selama 12 tahun, Ongkili berkata ia merupakan insentif biasa yang diberikan kepada syarikat-syarikat pelaburan besar yang dijangka mencipta peluang aktiviti ekonomi hiliran yang besar.

Kepada satu satu soalan lain, Ongkili berkata kebanyakan negara menolak untuk membina loji pemprosesan logam radioaktif pada 30 tahun lalu kerana khuatir berlakunya pencemaran sisa bahan berkenaan memandangkan ketika itu masih tidak ada teknologi mengenai pengurusan sisa radioaktif terutamanya jika berlaku sebarang kebocoran. - Bernama

Ulasan GB

Inilah kenyataan bebal dari seorang menteri bebal yang cuba nak membebalkan rakyat.

GB terterik dengan komen dari beberapa orang yang tercatat di bawah artikel itu yang disiarkan oleh Malasiakini. Diantaranya:


Geoffrey Tang

suruh semua menteri kabinet tinggal sekeliling loji, kononnya tidak berbahaya & menjamin keselamatan seluruh rakyat Malaysia.

Hairri Mohd

Pernah tgk movie 2012? Ha macam tu lah bila sesuatu bencana terjadi, diorg ni lah pertama sekali lari selamatkan diri. Cth kat Jepun skrg ni, yg tggl sekeliling loji nuklear ditinggalkan...

Hairul Azhar · Shah Alam, Malaysia

Kita sudah maklum bahawa risiko keburukan dan kemusnahan yang akan timbul akibat daripada Nuklear. TETAPI, kenapa Kerajaan masih nekad untuk meneruskan Program Nuklear walaupun sudah tahu risiko terhadap Rakyat dan Negara?

Apakah kebaikan program Nuklear ini untuk Rakyat?

Ambilah iktibar terhadap, program-program Nuklear yang penah di jalankan dahulu.

Cuba kita lihat Jepun, sekarang masyarakat mereka menderita akibat radiasi yang tersebar. makanan dan minuman di Jepun turut di cemari dengan kesan radiasi.. adakah ini tidak mencukupi untuk membuka mata Kerajaan Pusat dan sekutu-sekutu yang mempertahan kan Projek ini.

Ingat la, Program Nuklear ini mempetaruhkan NYAWA RAKYAT.

Mohamad Fauzi Abu Samah

Base ntang bodo... selagi mana namanya RADIOAKTIF... ia tetap bahaya.... Jawapan orang politik memang macam tu.... memang le tak bahaya sebab tak pecah... kalau pecah macam kat Jepun...apa akan jadi.....

Rakyat boleh terima dengan syarat.... semua rumah pimpinan UMNO WAJIB buat kat situ.... biar mandul semua orang uMnoooo..


8 ulasan:

Amir Yugi berkata...

Ak terdngr "sembang2" senior lecturer ak di fakulti elektrik. Komen mereka pasal rare earth ni sgt menarik. Rare earth ini sbnrnya digali di Australia an dibawa ke Malaysia utk diproses. Persoalannya, kenapa syarikat Australia tk proses kat sana? Rare earth ni digali ditgh2 gurun. Kalo ikut logik, lg bagus proses kat tgh2 gurun. Tp kalo kite pikir secara teliti, even Australia pun tk nk proses rare earth kat negara mereka.

sbb kedua yg buat perancangan ni jadi bahaya adalah kerana budaya Malaysia itu sndiri. Di Jepun, Korea, Amerika, etc. walau dgn budaya kerja yg sistematik dan effisien pun, berlaku banyak masalah2 yg kecil. Inikn Malaysia, dimana budaya "masuk poket dulu", "lepak lu, hisap rokok lu" dan mcm lg budaya yg selekeh.Nk buat bangunan pun tk tentu boleh tahan setahun, inikan pula nk maintain loji yg setiap minit kena bg perhatian.

Tanpa Nama berkata...

KERAjaan BAKHAL....
x amik pengajaran dgn apa yg dh berlaku kt jepun....

Tanpa Nama berkata...

Loji Nuklear ni elok kita bangunkan di Putrajaya. Kat sana masih banyak tanah kosong. Memandangkan ia selamat, tentu orang Putrajaya sendiri tak kisah.

bunbinban berkata...

Lynas ni dah pusing satu dunia nak bukak kilang proses ni tapi seme tolak. Dah pusing satu Malaysia yg sanggup cuma Pahang!. Cuba tanya negeri2 lain nape dorang tak bagi wat kat negeri dorang. Serupa gak ngan kilang kertas kitar semula, negeri lain seme reject tapi Pahang sanggup!. Nuclear Plant nnt kalau jadi aku tak teperanjat kalau Pahang sanggup!. Tapi ada apa hal...Pahang kat 'fix deposit' BN. Org Pahang ni nama je negeri pendekar, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Gajah bla bla bla tapi hati org Pahang ni kecik je. Hangguk je kepala sampai nak patah tengkuk, nak membantah jauh sama sekali. Org Bentong, org Rompin...korang tungguuuuuu...ada satu projek billion2 trilion2 akan dtg ke kawasan korang...hahaha.

kembara putih berkata...

Yang penting duit masyuk, terbinanya pusat tu bermakna kaya-raya la Najib dan kuncu2nya mendapat komisyen.

Begitu juga dengan loji nuklear, bahaya atau tidak itu soal ke-2, yang penting duit masyuk. Kalau loji tu meletup pun, Najib dan kuncu2nya boleh pindah ke London @ New York bersama duit2 mereka, pakcik makcik peneroka FELDA nak lari ke mana?

Tanpa Nama berkata...

rakyat pahang tahu apa nak bantah2 ni...diorang nak enjoy jer..janji kerajaan x kacau pusat2 hiburan diorang..kalau xpercaya cuba surah tv3 siasat brapa byk pusat hiburang dkt pahang,sarang pelacuran,kegiatan meminum arak secara terbuka dan bermacam-mcm lagi..sampai masa nti bala petaka datang negeri pahang x wujud dalam MALAYSIA..hahahahaaa
bangula wei rakyat PAHANG..x kesian ke anak-anak kecik tu...jgnn jadi mcm kat JEPUN....

Tanpa Nama berkata...

rakyat pahang tahu apa nak bantah2 ni...diorang nak enjoy jer..janji kerajaan x kacau pusat2 hiburan diorang..kalau xpercaya cuba surah tv3 siasat brapa byk pusat hiburang dkt pahang,sarang pelacuran,kegiatan meminum arak secara terbuka dan bermacam-mcm lagi..sampai masa nti bala petaka datang negeri pahang x wujud dalam MALAYSIA..hahahahaaa
bangula wei rakyat PAHANG..x kesian ke anak-anak kecik tu...jgnn jadi mcm kat JEPUN....

Tanpa Nama berkata...

to owner blog ni...yang engkau nak tapis2 lg komen rakyat buat apa??? bagi LULUS dahla,xpyh nak tapis2!!!hakikatnya itulah luahan hati rakyat yang KECEWA terhadap kerajaan MALAYSIA.!!! bertimbangrasa la skit..kalau takut sgt xpyh engkau wujudkan la blog ni ataupun isu nuclear ni!!!! buat sakit hati kami!!!!