Maut berkejar ke kelas malam
KERETA yang dipandu Rosnita remuk selepas terbabas ke dalam longkang di Kilometer 68 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, kelmarin. Pelatih jururawat tercampak selepas kereta dipandu terbabas dalam longkang
GUA MUSANG: Seorang pelatih jururawat Kolej Islam dan Sains Teknologi (KIST), Bachok, maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Kilometer 68 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Sungai Lakit, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Rosnita Yusoff, 22, (kanan) yang meninggal akibat kecederaan parah di tempat kejadian dikatakan tercampak dari kenderaannya sebelum ditemui di kawasan semak.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Rancangan Kemajuan tanah (RKT) Paloh Tiga untuk kembali ke kolej selepas sejam menemui keluarganya.
Bapa mangsa, Yusoff Awang Kechik, 67, berkata, arwah tergesa-gesa mahu pulang ke kolej kerana mempunyai kelas semalam.
“Arwah mahu menemui saya di pertengahan jalan dan menyatakan hasrat untuk menyerahkan pelbagai barangan untuk dibawa pulang ke Paloh Tiga.
“Bagaimanapun, saya menyuruhnya pulang ke rumah untuk melihat rumah yang sudah dibaiki atas permintaan arwah beberapa bulan lalu, selepas dia memberitahu ada orang ingin meminangnya bulan ini.
“Selepas melihat rumah, dia bersalam dengan saya, ibu dan adik beradiknya dalam keadaan tergesa-gesa mahu pulang ke kolejnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasatan sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam RKT Kesedar Paloh Tiga, pagi semalam. -BH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan