Penduduk terkejut terpijak ular sawa
MASJID TANAH - Seorang lelaki yang sibuk membersihkan kebun untuk dijadikan tapak membina rumah di Kampung Ayer Molek, dekat sini, terkejut apabila terpijak seekor ular sawa sebesar tiang elektrik, kelmarin.
Ular sawa berukuran sembilan meter itu dijumpai Muhammad Yasin, 50-an, yang tidak menyedari kewujudan reptilia itu sehingga terpijak bahagian badan ular berkenaan sebelum melarikan diri.
Menurutnya, ketika terpijak ular sawa itu, dia tidak dapat berfikir apa-apa melainkan mahu menyelamatkan diri sebelum menjadi mangsa reptilia berkenaan.
"Saya terus menghubungi talian kecemasan 999 sebelum disambungkan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)," katanya.
Muhammad Yasin berkata, dia terkejut dan tidak menyangka menemui ular sawa dengan berat 150 kilogram.
"Saya bersyukur kerana tidak berlaku kejadian tidak diingini.
"Kejadian berlaku jam 6.20 petang ketika saya sibuk membersihkan kebun, tanpa menyedari terpijak sesuatu yang lembik. Ular sawa berkenaan dilihat sedang makan seekor ayam," katanya.
Sementara itu, anggota JPAM, Mohd Hairil Md Nasir, 24, berkata, dia menerima panggilan kira-kira jam 6.30 petang dan bergegas bersama rakan, Fairuz Ibrahim, 25, untuk menangkap ular sawa terbabit.
"Tidak dinafikan, kebun milik Muhammad Yasin itu menjadi habitat reptilia berkenaan berdasarkan persekitaran yang dipenuhi semak- samun.
"Bagaimanapun, dengan tenaga dua anggota JPAM, kami berjaya menangkap ular sawa terbabit dan dihantar ke Zoo Melaka," katanya. -SH
Berita Kedua
Tangkap ular sawa, biawak
KUALA SELANGOR - Ular sawa seberat 200 kilogram (kg) berjaya ditumpaskan dalam masa 30 minit oleh enam petugas Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Jalan Raja Muda Musa, di sini, baru-baru ini.
Petugas JPAM, Mohd Raamad Mohd Saleh berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang penduduk yang memaklumkan menemui ular tersebut di hadapan rumahnya di sini, kira-kira jam 5 petang.
Menurutnya, penduduk berkenaan telah menyedari kehadiran ular tersebut kira-kira jam 10 pagi, namun laporan hanya dilakukan kepada JPAM pada jam 5 petang
“Ketika petugas JPAM sampai, ular tersebut telah di pagar penduduk menggunakan jaring.
“Sewaktu kita cuba menangkapnya, ular tersebut cuba bertindak balas, namun ia berjaya dikawal,” katanya.
Dia berkata, turut dijumpai bangkai kambing dipercayai dimuntahkan kembali ular berkenaan berhampiran kawasan itu.
“Ini adalah pengalaman pertama saya menangkap ular sebesar itu kerana sebelum ini, ular yang ditangkap adalah hanya seberat antara 20 kg hingga 30 kg sahaja,” katanya.
Sementara itu, pada hari sama, JPAM turut menangkap biawak seberat 50 kg di Bandar Baru Kundang jam lapan malam.
Katanya, biawak tersebut terperangkap di dalam longkang.
“Kita menggunakan api untuk menakutkannya dan sejenis racun untuk melalikan haiwan itu sebelum ianya berjaya di tangkap,” katanya.
Kedua-dua haiwan itu kini berada di JPAM sementara menunggu tindakan susulan sama ada menempatkannya ke dalam zoo atau melepaskan haiwan itu ke habitatnya semula. -SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan