Isteri Mula Lembut Hati
KUALA TERENGGANU: Isteri tertuduh kes simbah asid yang mengakibatkan kecederaan kekal ke atas dirinya dan dua anak mengaku sudah berlembut hati terhadap suaminya selain mengaku membuat kunjungan terhadap tertuduh yang kini ditahan di Penjara Marang.
Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, mengaku perasaan marah terhadap suaminya itu tidak ada lagi seperti ketika kejadian pada 15 Ogos lalu, malah di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid yang menyoalnya di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, sebelum menjatuhkan hukuman terhadap suaminya yang menghadapi dua lagi pertuduhan menyimbah asid terhadap dua anaknya pada kejadian sama, mengaku ada melawat tertuduh bersama anak-anaknya.
Bagaimanapun, ketika ditanya wartawan, dia memberitahu akan meneruskan tuntutan fasakh terhadap lelaki berkenaan, malah ketika diberi peluang bertemu tertuduh di mahkamah semalam, dia yang ditemani ibu dan dua anaknya menolak pelawaan untuk bersemuka dengan tertuduh.
Terdahulu, di Mahkamah Sesyen di sini, suaminya Mat Haizan Mat Yasin, 32, yang dibawa dari Penjara Marang mengaku salah terhadap dua pertuduhan menyimbah asid ke atas dua anaknya itu.
Mengikut pertuduhan pertama, Mat Haizan pada jam 1.45 pagi, 15 Ogos lalu, di sebuah rumah di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, dengan menggunakan benda melecur iaitu asid.
Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan pada Muhammad Irfan Firdaus, 2, pada tarikh, masa dan tempat sama dengan pertuduhan pertama.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan yang dijatuhkan mahkamah sama, 25 Ogos lalu, selepas mengaku menyimbah asid ke atas Che Ku Zaimah .
Semalam, dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan kerana mendatangkan parah pada anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda manakala bagi pertuduhan mendatangkan cedera pada anak bongsunya, Muhammad Irfan Firdaus, dia dihukum penjara dua tahun dan kedua-dua hukuman berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap 16 Ogos lalu.
Hukuman itu diarahkan berjalan serentak selepas M Bakri mendengar pengakuan bersalah tertuduh, hujahan peguam bela serta melihat sokongan keluarga yang masih sanggup melawat mangsa di penjara walaupun menjadi mangsa perbuatan kejam tertuduh.
“Penjara dalam tempoh yang panjang tidak boleh memberi jaminan seseorang itu akan berubah, tapi kasih sayang keluarga akan memberikan peluang kepada pesalah memulakan hidup baru.
“Dalam kes ini, tertuduh bernasib baik kerana keluarga masih sudi melawatnya di penjara, tetapi soal isterinya mahu menerimanya semula atau tidak terpulang kepada beliau.
“Saya juga ingin mengingatkan di sini, orang yang kuat bukan orang yang mengalahkan puluhan musuh, tetapi orang yang kuat ialah orang yang boleh mengawal nafsu marahnya,” katanya dalam penghakimannya semalam.
Dalam prosiding semalam, peguam tertuduh, Faezahnoor Hassan turut mengejutkan mahkamah apabila memaklumkan keluarga tertuduh ada melawat mangsa di penjara.
Harian Metro pada 16 Ogos lalu melaporkan empat beranak iaitu isteri, dua anak dan ibu mentua Mat Haizan cedera akibat terkena asid dilempar tertuduh yang berang dengan keputusan isterinya berpindah ke rumah ibunya dan dalam proses memohon perceraian dengan tertuduh.
Dia memecah masuk rumah ibu mentuanya, Minah Omar, 56, dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi asid. -hm

3 ulasan:
Salam GB
Masih lagi bersangka buruk terhadap DSAI? Bersangka buruk adalah hak individu tapi bila menyebar sangkaan buruk di blog adalah tidak wajar. Sanggupkah GB membawa sangkaan buruk tersebut kedalam kubur? Tentu hendak bawa yang terbaik sebagai bekalan...bukan sangkaan buruk. Bersama kita bertaubat. Kita tidak semesti betul pada setiap masa.
kat topik apa anda tulis komen ni?
tak apalah.
bersangka buruk apa jika "sebenarnya" dah memang buruk kelakunya?
Tak mahu diakui lagi penipuan di dalam pemilihan tempohari?
Gb bukan menulis mengikut "persangkaan" tetapi berdasarkan "kenyataan" yang Allah tunjukkan.
GB bertanggungjwab di depan Tuhan. Kamu sanggup bertanggungjawab?
Hashim,
Saya tidak bersetuju dgn andaian GB BERSANGKA BURUK terhadap DSAI. Semua yg GB tulis berdasarkan fakta terutamanya perkara2 pemilihan PKR. Sebaliknya segala hujah yg menidakkan PRASANGKA BURUK berkenaan pemilihan PKR tidak disertakan bukti yg sewajarnya cuma kata2 sahaja.
Antara bukti dengan video, kertas pengundian dan segalanya, dan hanya kata2 semata, yg mata sebenarnya PRASANGKA?
Saya sendiri BERPRASANGKA yg DSAI telah menganiayai seluruh rakyat Malaysia yg telah 'berjuang' untuknya selama ini. Saya tidak punya blog untuk melahirnya kekecewaan saya terhadap DSAI, saya sokong sesiapa saja yg menulis tanpa prejudis. Menulis kerana benar, bukan seperti sesetengah penulis blog yg menulis kerana diupah Azmin.
Catat Ulasan