Sepang: Malang berganda bagi seorang pelajar tingkatan tiga apabila dirogol dua lelaki yang baru dikenali di dua lokasi berasingan selepas pertemuan pertama mereka di Dengkil, dekat sini ini. Gambar fail
Dalam kejadian jam 12 tengah malam, 28 Ogos lalu, pelajar berusia 15 tahun itu mengikut rakannya berjumpa teman lelaki rakannya itu berhampiran kedai serbaneka 24 jam di Taman Putra Permai, Seri Kembangan.
Mereka kemudian dibawa ke sebuah kedai makan di Dengkil dengan menaiki dua motosikal yang ditunggangi dua lelaki untuk minum bersama 10 lelaki lain dipercayai rakan lelaki berkenaan.
Selepas minum, mangsa dan rakannya dibawa ke sebuah taman yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya, sebelum seorang lagi lelaki tiba ke lokasi berkenaan dengan menaiki motosikal berwarna hitam. Menurut sumber, ketika berada di taman itu mangsa ditarik seorang daripada 13 lelaki terbabit ke tempat gelap dan merogolnya.
Sumber berkata, selepas kejadian itu, lelaki yang menaiki motosikal berwarna hitam dan teman lelaki rakannya berjanji menghantar mangsa serta rakannya pulang ke rumah, tetapi kedua-duanya dibawa ke tempat lain secara berasingan.
“Mangsa tidak terus dibawa pulang, tetapi dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit dan dirogol lelaki terbabit. “Selepas itu, mangsa dihantar pulang ke rumah, tetapi dalam perjalanan motosikal milik lelaki terbabit kehabisan minyak berhampiran sebuah kedai perabot.
“Peluang itu digunakan mangsa untuk melarikan diri dan nasib menyebelahi gadis itu apabila terdapat anggota polis di kawasan berkenaan,” katanya.
Mangsa dibawa ke Balai Polis Dengkil untuk membuat laporan.
Bagaimanapun, difahamkan, mangsa sekali lagi membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya di sini, kelmarin.
Bertindak di atas laporan berkenaan, polis Putrajaya menahan seorang lelaki dipercayai suspek pada hari sama laporan dibuat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang daripada suspek terbabit.
Difahamkan, suspek direman enam hari sehingga Selasa ini untuk membantu siasatan. -hm
Ulasan GB
Diri sendiri cari pasal dan cari nahas.
Pertama, berjumpa lelaki pukul 12.00 malam, apa ke jadahnya?
Kedua, pulak tu lelaki itu baru dikenali
Ketiga, mana tanggungjawab mak bapak budak perempuan ni?

9 ulasan:
HERAN ORANG MELAYU MUDAH PERCAYA ! BUKAN MUDAH LUPA MACAM MAMAK KUTTY :D
Baca perenggan pertama dah timbul bermacam soalan seperti yg GB ulas...
apa kejadah keluar tgh malam jumpa ,mana mak bapak dia, dan kenapa la bodoh sgt baru jumpa sekali dah terus buleh ikut sampai ke Dengkil, ....aku rasa didikan agama tak sampai kat budak perempuan ni..
Yang lain aku setuju. Tapi jgn nak salahkan mak bapak dia. mana tahu mak bapak dia tidur dah ke, anak dia curi2 keluar kee.. dia pun keluar dgn kwn dia. mana tahu mak bapak dia percaya dah kenal kwn anak dia.
Walaupun kita kenal dengan kawan anak, wajib tahu kemana mereka hendak pergi, apa tujuan dan tetapkan masa pulang. Jika ada sedikit rasa sangsi, harus mengintip, biarlah mereka tahu kita mengekori agar mereka takut utk
menipu. Sekali maruah hilang......
GB,
Yang ke empat:
Bebudak moto tuh rakyat tempatan atau warga baharu projek UBN haram jadah tuh ke..?
jalankan jer hukum hudud,,,
natijah hasil dari dasar yang dibawa oleh parti pemerintah yang ada sekarang oleh itu marilah kita orang melayu yang mengaku islam supaya kita tukarkan pemerintah yang ada sekarang kepada parti yang mahu kepada dasar islam.
Yer ke rogol?
tah tah suka sama suka, kemudian nak selamatkan diri, buat cerita rogol..
macam-macam & banyak lagi.... inilah balasan kalau negara x menghormati & mempermainkan hukum allah..
Catat Ulasan