Zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat
Bahkan, mereka sudah berani mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat.
Oleh itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad menyifatkan ungkapan emosi yang diucapkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad umpama lagu lama yang cuba mendekatkan kembali orang Melayu yang duah jauh dari Umno.
"Tun Dr Mahathir masih menyayi lagu yang sama mengenai perpecahan orang Melayu. Ungkapan ini tidak lebih daripada untuk meniupkan emosi orang Melayu supaya jangan jauh daripada Umno.
"Zaman untuk menganggap Umno parti keramat untuk orang Melayu sudah berlalu terutama di kalangan Melayu terpelajar dan bermaklumat. Mereka sudah mempersoalkan kenapa Melayu merempat di tempat Umno kuat,"ujarnya
Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Tarbiyah PAS Pusat berkata demikian dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Buleytinonline.
Menurutnya, orang Melayu berpecah kerana dasar 'Umno Putera' yang sudah 'mendarah daging' dalam Umno, menyebabkan Melayu tidak berdosa menjadi mangsa.
Katanya, dasar tersebut menyebabkan Kelantan dipinggirkan oleh kerajaan pusat sedangkan Kelantan adalah sebuah negeri majoriti penduduknya adalah orang Melayu.
"Sebanyak 118 projek Persekutuan disekat sejak Rancangan Malaysia Keenam (1991). Pengkhianatan royalti kepada Kelantan yang jelas termaktub di dalam undang-undang telah dicabul.
"Menafikan pendaratan minyak ke Kelantan yang hanya jarak 150 KM, berbanding dengan ke Songkla Thailand yang jaraknya 270 KM. Ini tidak termasuk diskriminasi oleh pimpinan Umno di peringkat akar umbi seperti menahan projek jalan kampung, bantuan kemiskinan dan lain-lain lagi,
"kesemua ini dilakukan kerana dasar Umno Putera,"jelas Ustaz Idris Ahmad.
Beliaa menegaskan, sikap yang ditunjuk melalui dasar 'Umno Putera' yang menyebabkan Melayu lemah.
"Terbukti... bukan bangsa lain yang menindas, sebaliknya Melayu ditindas dan dilemahkan oleh orang yang sebangsa, semata-mata kerana kerakusan kuasa dan tidak boleh menerima selain daripada parti Umno sahaja,"tambahnya -buletinonline

2 ulasan:
Mahathirlah pelopor yang menindas rakyat Kelantan.
Ada ko orang jumpa mana-mana peringkat 'pemimpin UMNO' yang susah dan merempat...?
Yang ada, dulu mereka merempat tetapi setelah berjawatan mereka berperangai seperti 'bertuan di mata bersultan di hati', lalu mereka kebanyakannya senang lenang. Rakyat dan kesusahannya hanya disebut-sebut mengikut musim sebagai 'mentera' untuk kekal berkuasa.
Awas,
Jangan terpalit dengan UMNO. Takut-takut sindrom 'kelembuan' menjangkiti anda. Buktinya penagnut fahaman umno terlalu sukar dipulihkan apa lagi untuk diajak melihat diri mereka dari luar diri mereka. Minda mereka terperangkap dalam 'kepompong kepalsuan' umno.
Catat Ulasan