9 Nov 2011

Belum Sempat Serang PR, Seluar Wak Satim Dah Terlondeh Dulu

BN Tumpu Bahas Janji-janji Pakatan Pembangkang Yang Tidak Dikotakan

SHAH ALAM, 8 Nov (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Selangor akan menumpukan perbahasan mereka kepada isu-isu pemungkiran janji oleh kerajaan pakatan pembangkang yang telah memerintah Selangor selama lebih tiga tahun di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula esok, kata Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman.

Beliau berkata BN selaku pembangkang di Selangor akan mendedahkan dan membongkar pelbagai isu dan penyelewengan pentadbiran pakatan yang dibentuk oleh PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang telah mengambil alih tampuk pemerintahan negeri selama tiga tahun tujuh bulan sejak 8 Mac 2008.

Pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji dalam manifestonya pada pilihan raya umum ke-12 lepas, yang menekankan antaranya janji-janji untuk mewujudkan pentadbiran berwibawa, bertanggungjawab, telus, cekap, jujur, amanah dan berintegriti tinggi, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohamad Satim berkata kerajaan negeri juga belum menunaikan janjinya untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus bagi rumah kediaman sehingga sekarang.

"Isu cukai pintu merupakan satu perkara yang amat besar kerana 60 peratus daripada masyarakat di Selangor adalah di bandar dan mengapa tidak turunkan cukai di peringkat pihak berkuasa tempatan," katanya.

Mohamad Satim berkata apa sebenarnya program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang dilaung-laungkan oleh kerajaan negeri sedangkan selama tiga tahun ini tiada kedengaran pelaksanaan projek rumah kos rendah atau kos sederhana rendah tetapi sebaliknya hanya memberikan kupon RM100 untuk warga emas membeli-belah.

Selain itu, urus tadbir Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut akan dipertikaikan dan sehingga sekarang laporan audit terhadap operasi PKNS yang didakwa menghadapi masalah dan berlaku penyelewengan, masih belum lagi dikeluarkan, katanya.

Menyentuh hasrat DAP untuk mengurangkan saiz perkhidmatan awam bagi mengurangkan belanjawan kerajaan, Mohamad Satim berkata beliau mencabar DAP bersama PAS dan PKR untuk memulakan tindakan mengurangkan jumlah penjawat awam di negeri-negeri yang diperintah mereka seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang terlebih dahulu.

Mengenai ketelusan, beliau juga berkata sampai sekarang para Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor (JAIS) belum menerima laporan lengkap mengenai pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap Gereja Methodist di Damansara Utama, yang menimbulkan kontroversi, Ogos lepas. -- BERNAMA

Ulasan GB

Wah, begitu hebat nampaknya Wak Satim nak asak Pakatan Rakyat di perbahasan DUN Selangor.

Tetapi Wak Satim tak perasan seluarnya dah terlucut terlebi awal sebelum sempat asakan dilakukan, BERNAMA telah melucutkan gelaran Dr. dari Wak Satim dengan hanya menyebut Wak Satim sebagai "Datuk" Mohamad Satim Diman dan bukan lagi "Datuk Dr." Mohamad Satim Diman sepertimana lazimnya.

...kerajaan pakatan pembangkang yang telah memerintah Selangor selama lebih tiga tahun di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula esok, kata Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman.

Nampaknya benarlah kata-kata GB dulu. Petikan:

Beberapa kes yang melibat orang ternama menggunakan PhD palsu semakin menjadi-jadi. Beberapa bulan lepas, dikejutkan dengan pendedahan Fazley, menantu Rosmah Miliki Ijazah MBA & PhD Palsu.

GB masih ingat di suatu masa seorang Datuk Bandar bernama Datuk Elyas Omar yang menggunakan "Dr." dipangkal namanya sedangkan beliau bukan seorang pemegang Ph D ataupun seorang bekas pelajar perubatan.

Akhirnya terbongkar, memang sahih beliau tidak ada ijazah berkenaan, maka diarahkan beliau menanggalkan gelaran itu daripada namanya. Mujur ada pangkat Datuk, jadi ramai tak perasan mengenai ketiadaan sebutan Dr lagi pada namanya...


GB dah pesan beribu kali: jangan tipu dan jangan lawan hukum kebenaran. Kamu tidak akan menang. Kebenaran itu akan tetap terdedah jua! Firmanullah s.w.t.

Dan katakanlah: Telah datang kebenaran, dan hilanglah yang batil; sesungguhnya yang batil itu akan tetap lenyap. (Surah Al Israa : 81)


8 ulasan:

Amuraria berkata...

BILA GEROMBOLAN ANAK TOYOL LUPA SIAPA SEBENAR KAKI KELENTONG SELAMA UMPORNO-BN PERINTAH SELANGOR ! SIAPA SELINAP,SAUK DAN REMBAT BERJUTA-JUTA DAN SELEWENG TANAH-TANAH SESAMA KRONI ? BARUA INI CUBA TUNJUK JAGUH TAPI MACAM AYAM BERAK SELEKEH KAT BONTOT MENYALAK SELURUH KAMPUNG DIA DAH BERTELUR SEBIJIK !

Tanpa Nama berkata...

hasilnya sebiji telor tak sepadan dengan najis yg dibuat.

Tanpa Nama berkata...

Wak Satim tak payah nak tunjuk baik lah. selama ni yang UMNO memerintah selangor berapa banyak yang telah ditunaikan janji-janji yang dibuat semasa pilihanraya..Cuba wak satim hitungkan....Selangor ni cuma nasib baik sebab berhampiran dengan Kuala Lumpur dan banyak kawasan industri, kalau tidak Selangor pun sama senasib dengan Sabah dan Serawak juga.Banyak taik yang telah ditaburkan oleh UMNO selama 50 tahun menerajui Selangor. Lihatlah apa yang terjadi kepada peneroka Sungai Buaya????. Elok-elok ada ladang getah yang boleh diusahakan dan dijadikan bekalan haritua dan untuk anak-anak, sekarang hanya tinggal tapak rumah sekangkang kera dan rumah teres yang tidak laku.Pemimpin Selangor semuanya orang melayu tapi orang melayu lah yang hidup umpama pelarian disini.Jangan hanya cuba mencari kesalahan dan kelemahan orang tapi cuba lihat kembali apa kesalahan yang UMNO telah lakukan sebelum ini.Cuba muhasabah mengapa rakyat Selangor boleh beralih arah kepada PR dalam PRU12. Rakyat sudah cerdik dan tak boleh ditipu sekarang.

kembara putih berkata...

Kuncu-kuncu tak dapat projek kot, sebab tu bising sangat dia ni

Tanpa Nama berkata...

aku nak quote yang ini

"...kerajaan pakatan PEMBANGKANG yang telah memerintah Selangor selama lebih tiga tahun di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula esok, kata Ketua PEMBANGKANG Datuk Mohamad Satim Diman."

Siapa sebenarnya PEMBANGKANG di Selangor ni? Tak faham-faham lagi ke diri tu pembangkang?

Tanpa Nama berkata...

org kampung lain boleh la kencin org kampung kau tau la kau tu sapa mau kincing ka

Tanpa Nama berkata...

Masih ada lagi tak sedar diri

ZORRO CARCA MARBA berkata...

GUA ada satu celita baik punye... iaitu sahabat gua pernah team up sama ini SATIM DIMAN,masa dia belum Latok lagi...

Dengar celita dia ada manyak tanah sudah lapat dekat Puchong oh..masa dia AJK UMNO sana oh...

Ini kawan saya ada form satu company Sdn Bhd sama2 Satim oh.. mintak tanah dgn State Govt,time Mat Tyson oh...Nanti lapat itu nama company,wau kasi posting... bagi panas2 sikit....

Satim ni corrupted dude,man....