15 Okt 2011

Mentua Tawar RM20 Untuk Seks

Kampung Raja - Seorang isteri muda tersentak apabila mendakwa bapa mentuanya menawarkan sejumlah wang sebagai usaha memujuk wanita itu melakukan hubungan seks ketika ketiadaan anak lelakinya di rumah. Gambar fail

Bapa saudara perempuan itu yang hanya mahu dikenal sebagai Man, 40-an memberitahu, dia dihubungi adiknya iaitu ibu wanita itu memberitahu besan anaknya memujuk untuk melakukan hubungan seks.

Menurutnya, sebelum itu mangsa yang berusia lingkungan 15 tahun ditawarkan wang sebanyak RM20 oleh bapa mentuanya agar melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Kejadian terakhir dikatakan berlaku pada Aidilfitri lalu dan terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya,” katanya.

Man berkata, anak saudaranya berkahwin bawah umur selepas terlanjur dengan anak lelaki itu manakala suami wanita bawah umur itu juga menghadapi masalah tertentu.

Katanya, bagaimanapun lelaki yang didakwa menetap di sebuah kampung dekat Jertih belum sempat melakukan apa-apa terhadap menantunya kecuali pernah memegang paha dan tangannya.

“Mujurlah lelaki durjana itu tidak sempat melakukan apa-apa kepada anak saudara saya yang sanggup menawarkan wang untuk melakukan perbuatan terkutuk,” katanya yang pulang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau berkata, anak saudaranya kini tinggal berasingan dengan bapa mentuanya dan bekerja sebagai pembantu jualan di Kampung Raja.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi memberitahu pihaknya tidak ada menerima laporan mengenai kejadian itu setakat ini. -SH


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, Tuhan pemilik sekelian makhluk serta Tuhan yang Maha Mentakdirkan sesuatu. Lindungilah kami daripada terjerat oleh nafsu dan syaitan agar kami terhindar daripada gejala maksiat yang yang beraneka itu yang tentunya memungkinkan kami terazab dengan azab NERAKA Mu yang Maha Dahsyat itu.. Terimalah taubat kami Ya Allah.. aamiiin.