11 Sep 2011

Tahanan Dakwa Polis Belasah & Sapu Darah Di Lantai Ke Mukanya Guna Mop Lantai

Kuala Terengganu: “Saya terkilan dengan layanan diberikan anggota polis terhadap anak saya hingga menyebabkan dia cedera di muka dan mata kiri.

“Malah, anak saya turut lebam di kakinya selain patah satu batang gigi akibat ditendang anggota berkenaan ketika soal siasat, Rabu lalu,” kata Manap@Awang Ismail, 63, bapa kepada Mohd Azam Manap (gambar - NST pix), 31, yang mendakwa cedera dibelasah seorang anggota polis ketika dalam tahanan.

Sebelum ini, Mohd Azam yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan di rumahnya di Pekan Tepoh, di sini, jam 2.30 pagi Selasa lalu oleh sepasukan polis selepas dipercayai terbabit dalam satu kes curi.

Ketika menceritakan kejadian itu, Mohd Azam mendakwa insiden itu berlaku dalam tempoh 15 minit apabila dia ditendang beberapa kali.

“Saya bukan saja dibelasah tanpa belas, malah anggota terbabit turut menyapukan darah di lantai ke muka saya menggunakan mop lantai.

“Ketika itu ada beberapa orang dalam bilik berkenaan. Namun, hanya seorang membelasah saya. Dia hanya berhenti memukul selepas melihat keadaan saya tidak bermaya,” katanya ketika ditemui di pejabat Metro Ahad di sini, semalam.

Selain dipercayai terbabit dalam kes curi, Mohd Azam ditahan kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Bagaimanapun, Mohd Azam dibebaskan selepas diikat jamin Khamis lalu.

Akibat kecederaan itu, Mohd Azam mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan dirawat sebagai pesakit luar.

Menurut Manap, anggota berkenaan tidak sewajarnya menggunakan kekerasan ketika menjalankan soal siasat walaupun anaknya ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes curi.

“Sebagai bapa, saya sedih apabila anak saya diperlakukan sedemikian. Jika dia bersalah sekali pun, anggota berkenaan perlu mengikut undang-undang dan bukan bertindak sesuka hati.


“Mujur doktor memaklumkan keadaan anak saya tidak serius walaupun ketika ini penglihatannya ada kalanya kabur. Berikutan kejadian ini, saya membuat satu laporan di Balai Polis Kuala Terengganu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Saya tidak berniat mengeruhkan keadaan tetapi hanya mahukan keadilan, selain tidak mahu orang lain menerima nasib sama seperti anak saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Ishak mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan. -hm

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Usahlah kita bersimpati kepada penjahat, pencuri, perompak dan yg sejenisnya.

Kalau kita terlalu berlembut org yg mencuri ni lagi naik tocang....

Eloklah sekali sekala Polis bertegas dng puak ini, cuma yg kita bimbang Polis tersalah syak kepada org yg tidak bersalah.

Contohnya org dengki kat seseorg itu kemudian buat report bahawa dia mencuri, walhal dia bukan kaki mencuri pun, maka dipaksa mengaku mencuri....ini yg parah tu....

Polis kena cari satu cara utk kenal pasti bahawa mereka yg betul2 mencuri sahaja di soal siasat....

Barulah tidak berlaku kezaliman, berlaku kasar kepada org yg benar2 mencuri apa salahnya...

Baru dia serik nak mencuri lain kali.

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Tak kena anak/sedara kau senang le kau cakap.
Aku bkn nak bela yang salah. Tapi hukuman itu ialah apabila dia telah didapati bersalah.
Dalm islam ada kaedahnya. Siapa beri hak pd anggota polis itu utk menghukum budak tu? Sudahkah dia diapati benar2 bersalah dan klau bersalah pun bukan anggota polis tu yang boleh sewenang2nya mencederakan budak tu smpai berdarah. Uniform yng polis pakai tu adalh satu amanah, bukan sesuka hati nak belasah org. Kalu budak tu terikat dgn undang2 maka polis pun sama juga. Hukum dia ikut yang betul. Ni tidak, polis dgn lagak dia, sbb tu kami org awam ni tengok polis pun senget....tak ada rasa kasih sayang. Dlm hati Allah je yang tahu.

Tanpa Nama berkata...

Anon 7.25, kebanyakan sbb polis tak tau le maka depa seksa dgn harapan dia mengaku. Dan tak mustahil,ada yg tak buat salah kerana takut disiksa lebih berat, maka dia terpaksa mengaku.

Aku pun tak tau, cara Islam cam mana nak handle kes2 cam ni. Ada sapa2 bole beri ilmu?

Mat Indon berkata...

Mahkamah ada untuk menentukan kesalahhan atau tidak. Kenapa pulak nak belasah orang tu. Memang BABI polis ni. Dah dapat kuasa bantai sampai lembek orang tu supaya mengaku buat salah kat tidak. Aku rasa polis2 yang ada ni patut pergi kursus undang2 dulu la. sebab tu makin lama main biadap polis2 ni. Kurang ajar namanya.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya polis siasat dulu baru tangkap...ni tak...tangkap kemudian siasat.. tu yg banyak kes menganiaya org...

Tanpa Nama berkata...

aku sokong kenyataan kedua tu... tak kena sedara ko bleh la.. polis ni bukan betul sangat, baru soal siasat, dorang nak senang, dorang paksa kita mengaku salah sebab tu dorang buat cam tu.

zairil berkata...

Tu sebab ler cerdik pandai Melayu pernah berkata: "Bapak borek anak rintik!" Bos dia buat...dia pun buat.

Kunci dia adalah ILMU. Polis perlu berilmu terutama ilmu Psikologi. Dan dalam latihan polis perlulah diajar para polis ni cara menangani suspek dengan betul.

Bersalah atau tidak - Hakim di mahkamah yang tentukan. Itu Undang-undang.

Kebanyakan polis hanya ikut perasaan dan tekanan yang mereka hadapi. Kesian jugak. Tapi yang jadi mangsanya - orang ramai.

Tanpa Nama berkata...

Polis pun dah ramai yang mereng sekarang ni....terlalu tertekan dengan sekian banyak kes yang tak dapat diselesaikan....cari jalan mudah nak selesaikan kes...paksa suspek mengaku supaya kes selesai..

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak cari maklumat pun tak payah sampai berdarah dan lebam2 dan patah gigi. sepatutnya seorang yg profesional perlu di lantik untuk menangani masalah ini. Kita tengok kes jugalah. Kalau kes senjatapi tu kira perlu juga kekerasan tapi bukan sampai berdarah tetapi kalau setakat kes curi nie, kita guna pendekatan yang lain pun boleh. Pokoknya profesional. Ini macam negara tak bertamadun saja.

Tanpa Nama berkata...

kalau yer pun mamat tu pencuri..Polis masih tak ada hak nak belasahh...ikut jer undang2 yang ada..Polis memang ANGJING berlagak nak mampuss...Nak bergaya duit x der..Mula la pau Indon, bangla..Ake seorang peniaga...kalau aku tahu Customer tu Polis....satu sen pun aku tak bagi diskaun...Kalau org biasa cecah ribu pun aku boleh bagi less...minta Maap la yer polis...Aku potong Habisss...

Tanpa Nama berkata...

bg aku, 2-2 xleh pakai.. polis tepoh memang tak guna sebab kaki pow duit bangla... yang kene belasah tu x guna sebab kaki pecah masuk rumah orang.. pernah kantoi.. tp tuan rumah tu tarik repot sebab kene ugut..

Tanpa Nama berkata...

jangan berlaku terlalu kasar...dgn memaksa org d syaki mengaku.bila buat tuduhan tunjukan bukti ataupun carikan bukti...jgn mudahkn kerja dlm mencari keadilan...

lays berkata...

:to the 1st anonymus..org xde akal je cakap cam kau ni...setuju dgn pendapat kedua, xkena pada darah daging sendiri, bolehla cakap.
sewajarnya, sistem nk menyiasat tentang kes salah laku ni kena kembali dirujuk kepada sistem yg telah digunakan oleh rasulullah.xpenah plak dengar kes2 cmni pada zaman nabi dulu..ni sume acuan kafir laknat je ni...