1 Sep 2011

20,000 Banjiri Majlis Sambutan Aidilfitri K'jaan Negeri Selangor

Lebih 20 ribu hadirin membanjiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di Dataran Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Rata-rata rakyat yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat hadir dengan gembira serta tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama dengan Pemimpin Negeri Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

turut dihadiri dengan kehadiran pelbagai pimpinan kanan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR yang juga penasihat ekonomi Negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir memeriahkan majlis dan bertemu rakyat.

Antara pemimpin lain yang hadir ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Exco-exco negeri Selangor serta tidak ketinggalan Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Keluarga yang hadir turut mendapat sumbangan duit raya dan bantuan dari Kerajaan Negeri.

Dalam sidang media majlis tersebut Khalid menyatakan program itu ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai sumbangan sosial selepas mencatatkan keuntungan yang menggalakkan tahun ini.

"Mereka diberi tanggungjawab kerana mereka dapat keuntungan tahun lepas dan digunakan sedikit untuk program ini...kita buat program ini hanya jika ada untungan. hasil keuntungan inilah yang boleh kita agihkan," kata Khalid

Khalid turut menyatakan Bangungan SAAS dipilih kerana kawasan luas memudahkan hadirin dan tidak perlu bersesak seperti sebelumnya.

Saya juga ucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor yang begitu ramai datang atas jemputan kita..Perayaan ini lebih meriah kerana tempat kita ini boleh muat 25 hingga 30 ribu orang, jadi ia lebih mudah dikelolakan," ulas beliau

Khalid turut berkesempatan melahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat meraikan kemerdekaan hari ini kepada rakyat negeri Selangor.

"Bagi pihak kerajaan Negeri sekali lagi saya ucapkan Selamat hari raya maaf zahir batin dan sekali lagi ingatkan kepada rakyat Malaysia kita turut menyambut kemerdekaan ke 54 dan kemerdekaan ini sangat penting kerana ia bagi kita harapan masa depan bahawa rakyat selangor dan Malaysia mempunyai jati diri untuk bangunkan negeri dan negara kita," kata beliau.



1 ulasan:

DTok Alang Ali berkata...

Assalammualaikum GB dan semua, Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. Benarlah kata-kata orang yang benar, 'Terimalah walaupun pahit!'.

Syabas YB Mat Sabu atas keberanian tuan. Sebenarnya masih ramai orang UMNO yang memperayai dan menyokong hujah dan bahasan tuan itu, tetapi kerana 'takut' atau kerana kealpaan yang selama ini telah diperdendangkan dengan dasar yang dipersetujui sendiri, ia tetap diangguk sahaja. Kita tunggu sampai bila, tak lama. Lihat sahaja apa dah jadi di negara-negara Arab nun sana !.

Mereka-mereka ini akan tetap mempertahankan fakta yang songsang untuk menjaga dan demi untuk menjamin kekuasaan mereka. Dan yang mustahak untuk menjamin agar nasib keturunannya boleh terus dilantik menjadi ketua menerajui negara.

Demikian juga dengan kepura-puraan mereka memperjuangkan bahasa Melayu dahulu hingga mahukan anak-anak Melayu dizaman saya bersekolah Melayu sedangkan anak-anak mereka tetap mempelajari bahasa dan gaya hidup Inggeris di luar negara.

Kini setelah anak-anak mereka dijadikan pemimpin, mudah sahaja mengatakan anak Melayu kita tidak pintar kerana tidak mengguasai bahasa Inggeris. Nak cari kerja di negara sendiri pun mesti fasih berbahasa Inggeris. Di mana faktanya ?.

Keturunan golongan ini juga yang dahulu menge-YES-kan Inggeris untuk mengatakan orang Melayu itu 'malas'. Siapakah sebenarnya yang dilihat Inggeris untuk memperlekehkan keusahaan dan ketekunan orang Melayu, kalau bukan tingkah laku Melayu elite di sekeliling mereka zaman itu ?. Pernahkan Inggeris ke bendang, ke sawah dan ke perkampungan Melayu ?. Tak mungkin berani kerana Inggeris telah dibohongi dan ditakut-takutkan akan dibunuh. Dengan tulang-4-kerat, orang Melayu telah bersawah bendang berzaman lamanya . Kalaulah orang Inggeris berani menyelusup ke perkampungan sawah padi orang Melayu, tidak perlu jauh di Rembau sahaja pun dah cukup. Tentunya akan terserlah kebenak mereka akan kerajinan orang Melayu bekerja. Siapakah yang menakut-nakutkan orang Inggeris untuk masuk kekampung kalau bukan kaum kerabat mereka ?. Kini setelah UMNO berkuasa lebih sedikit dari 54 tahun lamanya, 'Sawah dan Bendang Melayu' telah dijadikan apa ya ?.

Dan hingga kini juga kata-kata dan ejekan orang Melayu itu malas dan mudah lupa masih lagi kedengaran, malah ianya dilapazkan sendiri oleh pemimpin yang mengaku Melayu. Mereka tetap bersetuju dan sekali lagi memge-YES-kan akan kebiadapannya.

Wahai yang berhormat TSMY!, orang Johor masih bercerita akan jasa-jasa Tan Sri semasa memegang tampuk tinggi negeri Johor dahulu ?. Saya tetap ingat jasa MARA yang membiayai pelajaran saya bertahun-tahun dahulu. Wassalam, Mohd Ali Suratman Hj Kampung.