14 Jun 2011

Lagi Isu "Perang Jihad" Nazri Turut Kata Tiada Tindakan Diambil Ke Atas Ibrahim Ali

Tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ibrahim Ali atas tindakannya sebelum ini yang mengisytiharkan 'jihad' kepada masyarakat Kristian sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abdul Aziz berkata tindakan tidak akan diambil berikutan Ibrahim tidak mengeluarkan kata- kata yang bercanggah dengan undang- undang negara.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng di Parlimen hari ini.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) sebelum ini mengisytiharkan perang jihad kepada masyarakat Kristian selepas tersebar fitnah kononnya terdapat usaha untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara.

Pendedahan palsu itu dilaporkan dimuka surat depan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia, berjudul 'Kristian Agama Rasmi'.

Apa yang mengejutkan, pendedahan itu diceduk 100 peratus daripada blogger pro- UMNO, BigDog dan MarahKu, bukannya dibongkar oleh wartawan Utusan sendiri.

Kontroversi itu bingkas disanggah Persekutuan Kristian Malaysia dalam pertemuannya bersama Perdana Menteri, Najib Razak bagi merungkai permasalahan yang timbul.

Dakwaan itu juga dinafikan pelbagai pihak termasuk Ketua Paderi Malaysia dan Paderi Besar Pulau Pinang.

Nazri sebelum ini dibidas pimpinan Pakatan Rakyat apabila menyifatkan "usaha" menggantikan Islam sebagai agama rasmi adalah gerakan yang "meletakkan seluruh negara dalam bahaya".

Nazri sebaliknya didesak menyiasat blogger yang bertanggungjawab mencetuskan kontroversi itu dan bukannya menunding jari kearah komuniti Kristian dalam isu tersebut. -tvsnews



Ulasan GB

GB sudah ulas awal pagi ini. Petikan:


Apa yang nyata ialah sikap "double standard" KDN di mana orang yang mengeluarkan kenyataan yang terang-terangan mengancam keselamatan negara tidak dikenakan tindakan.

Ini bererti sesiapa pun nanti boleh mengeluarkan kenyataan di atas nama "melancarkan perang jihad" kepada pihak lain secara terbuka untuk mewujudkan suasana tegang. Bagaimana jika satu hari Ibrahim Ali atau sesiapa, jika tidak berpuashati dengan KDN dan kemudian mengeluarkan kenyataan, lancarkan perang jihad ke atas KDN sendiri? Masa itu baru tersentak dan baru akan mengambil tindakan?



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pembetulan:
BREHENG ALI MP PASIR MAS (GOLD SAND) bukannya PASIR PUTEH (WHITE SAND).

sepupu adik GB berkata...

untuk senang paham.. hayati perumpamaan ini : "syaitan tak akan usik syaitan lain"..

serenity9260 berkata...

woi,xjantan la xberani tahan sekor berok!!!ko jantan ke pondan,ha botak??


Ni best bro!!!
Gempak Aje:XiaoKang Menjadi Iron Man!!!

Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Tanpa Nama berkata...

Jom turun ramai-ramai perhimpunan BERSIH,kalau PERKASA buat BN pejam mata, BERSIH patut dibuat secara lebih kerap disemua negeri dimalaysia

Tanpa Nama berkata...

kalau nak tau bercanggah atau tidak dengan undang undang negara apabila perkataan itu keluar dari mulut orang pr.