2 Jun 2011

Al-Kisah, Mereka Berkempen Di dalam Perasmian Muktamar

Perasmian Muktamar Pemuda berbau kempen?

Tayangan video pendek berhubung program Pemuda PAS dalam muktamarnya pada Selasa malam menimbulkan cakap-cakap sama ada ia berbau kempen.

Ini kerana video kira-kira 10 minit itu dilihat hanya memaparkan sedutan rakaman acara melibatkan beberapa pemimpinnya sahaja.

Selepas ketua dewan itu Nasrudin Hassan menyampaikan ucapan dasar, muktamar dipertontonkan dengan tayangan mengenai program yang dianjurkan mereka, termasuk penyertaan dalam demonstrasi di ibu negara.

Antara dipaparkan dalam itu, sedutan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin sendiri yang memberi ucapan penuh semangat.

Mereka dipaparkan dalam satu sedutan video yang berasingan.

Susulan penayangannya, timbul cakap-cakap, termasuk di kalangan wartawan yang mempersoalkan sama ada suatu kempen kepada Tuan Ibrahim.

Dalam perebutan kerusi nombor dua PAS, Tuan Ibrahim menghadapi persaingan tiga penjuru dengan penyandang Nasharudin Mat Isa dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

'Jangan nilai kepetahan pidato saja'

Kira-kira hampir 700 perwakilan termasuk hadirin bagaimanapun menonton dengan penuh khusyuk tayangan tersebut.

Manakala, dalam buku ucapan dasar yang diedarkan kepada wartawan, Nasrudin juga turut menyentuh berhubung pemilihan kepimpinan parti di pelbagai peringkat.

Beliau berkata Islam mengajar supaya dipilih pemimpin yang "layak, mampu dan beramanah".

"Bukan populariti, bukan juga title yang ada pada nama dan tidak hanya dinilai pada kepetahan berpidato semata-mata.

"Sebaliknya memilih dan menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang ikhlas, benar, berilmu, mampu melaksanakan tugas dengan baik, berakhlak dan bertakwa," katanya.

Tegasnya, pemilihan tersebut usah dijadikan kesempatan untuk bersengketa tetapi dijadikan sebagai peluang "untuk merapatkan jurang, mengimpal retak, menjalin ukhwah, membina persefahaman dan menyatukan fikrah".

"Kita bentuk saf perjuangan yang satu dan padu laksanakan ikatan batu-bata, membangun menara kukuh gah di persada juang,"katanya. -mk

Ulasan GB

Memang jelas ternyata ia berbau kempen. Dan kita percaya, ini adalah siri perancangan yang teratur lanjutan dari pendedahan mengenai "geng Terengganu" yang telah menziarahi Tuan Ibrahim dan Nasruddin Tantawi sendiri.

Percubaan untuk menaikkan Tuan Ibrahim dan memburukkan Mohd Sabu sebagai calon Timbalan Presiden terlalu jelas dan nyata:


..Antara dipaparkan dalam itu, sedutan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin sendiri yang memberi ucapan penuh semangat...

"Bukan populariti, bukan juga title yang ada pada nama dan tidak hanya dinilai pada kepetahan berpidato semata-mata...


Apa ertinya kamu menyatakan "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN” sedangkan ciri-ciri mereka masih ada di kalangan kamu!

Paling memalu dan menjijikkan di dalam hidup berjemaah masih ada rupanya yang masih bersikap tahi kucing apa tah lagi di kalangan yang memakai serban pula.

Berlagak seperti ulamak tersohor sedangkan nilai tapak kaki seorang pemuda di kampung yang tidak dapat menyertai muktamar tetapi ikhlas berjuang kerana Allah mungkin jauh lebih mulia dari muka-muka mereka yang pepat di luar rencong di dalam ini.

Astaghfirullah! Kita hanya mampu berserah kepada Allah s.w.t. untuk menghukum & memancung setiap mereka yang terlibat di dalam perancangan jahat yang dilakukan oleh tangan-tangan dan hati-hati yang tidak senonoh itu.

Allah Maha Berkuasa, Maha Tahu dan Maha Melihat!


26 ulasan:

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz berkata...

apa masalahnya kalau pemuda berkempen??

adakah kerana kononnya tuduhan anda mereka berkempen untuk Tuan Ibrahim maka anda kepanasan??

mereka juga ada haq untuk menentukan masa depan Parti..

Tanpa Nama berkata...

Patutlah UMNO& Utusan Malaysia amat menyenangi kumpulan Tuan Ibrahim dan Nasruddin Tantawi ini.

Pemuda masih kuat mendokong fikrah UG.

Memang SAH, PAS akan tewas teruk di dalam PRU akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Sirr al-Asrar said...

"apa masalahnya kalau pemuda berkempen??

adakah kerana kononnya tuduhan anda mereka berkempen untuk Tuan Ibrahim maka anda kepanasan??"

Menggunakan pentas muktamar untuk berkempen adalah salah dari sudut hidup berorganisasi dan amat tidak beretika.

Ia memerangkap semua para peserta muktamar.

Jika barisan kepemimpinan pemuda merasakan perlu memilih orang itu dan orang ini maka tidaklah perlu lagi kepada "pemilihan", cadangkan sahaja perlantikan.

Sebenarnya anda yang kepanasan bila konspirasi semakin hari semakin terdedah.

Seperti kata GB, Allah akan tetap menghukum kamu semua kerana menyalah-gunakan kedudukan untuk berkempen. Tidak berupaya menjadi pemimpin yang adil dan tidak berpihak.

Wallahu alam

Tanpa Nama berkata...

hancur binasa PAS dikerjakan puak-puak UG ni.... huh

Tanpa Nama berkata...

minta Allah halau jer golongan UG ini masuk ke dalam saf UMNO dan mati bersama mereka. Habis cerita.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum! Siapa lah agaknya yang dimaksudkan dikalangan calon tim Presiden yang tidak bertakwa, tidak beramanah, tidak layak, tidak mampu berkerja dengan baik? kalau diteliti dengan baik ucapan sedemikian adalah menggambarkan bibit-bibit perpecahan sedang berlaku dalam jamaah kita, pada fikiran saya lebih baik tidak bercakap dari bercakap yang mendorong kalangan ahli, penyokong, dan pemerhati membuat persepsi yang tidak sihat.
wallahualam.

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz berkata...

memerangkap perwakilan??

adakah perwakilan bodoh sangat untuk memilih pemimpon berdasarkan video 10 min??

adakah semua perwakilan pemuda layak mengundi di pusat??

dan sejak bila pula Tuan Ibrahim dalam list UG??hehe

al-faqir ibn abdillah berkata...

Allah Allah Allah

Apa nak jadi kepada parti kesayanganku PAS yg skrg ini sudah saling tak tumpah sama dengan UMNO dan PKR?

Memaparkan sedutan rakaman acara melibatkan beberapa pemimpinnya sahaja ternyata satu perbuatan keji yang tidak beretika di dalam Pemilihan.

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz berkata...

"Menggunakan pentas muktamar untuk berkempen adalah salah dari sudut hidup berorganisasi dan amat tidak beretika."

etika mana yang anda pakai??

Tanpa Nama berkata...

Sirr-Al-Asrar menulis

"dan sejak bila pula Tuan Ibrahim dalam list UG??hehe"

Jawapan: beliau bertindak selaku Pengerusi J/K Disiplin PAS yang menggantung Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti tetapi dalamasa yang sama tidak bertindak tegas ke atas Hassan Ali yang ternyata melakukan kesalahan.

Hakim sudah tentu masuk neraka kerana menjalankan tugas secara pilih kasih dan tidak saksama.

Tanpa Nama berkata...

Sirr al-Asrar said...

"Menggunakan pentas muktamar untuk berkempen adalah salah dari sudut hidup berorganisasi dan amat tidak beretika."

etika mana yang anda pakai??"

nampak sangat beliau ini tidak pernah belajar hidup berorganisasi. Rasulullah sendiri semasa memimpin jemaah tak pernah menetapkan atau berkempen untuk sesiapapun sebagai pengganti (khalifah).

Rasulullah tak membezakan dan tak melebih / mengurangkan peranan dan sumbangan para sahabat.

Ia diuruskan snediri oleh seluruh umat Islam melalui kaedah bai'ah.

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz berkata...

saidina abu Bakar r.a jelas menamakan penganti selepasnya..

ada banyak kaedah Islam anjurkan utk melantik pemimpin..

mohd shahran berkata...

Aku da knrang utk berjuang dgn PAS di zaman era Ustaz Fadhil aku rela utk disepak diternjg oleh polis demi perjuangan. . La nie dbawah Hadi lebih2 lagi Ketua Pondan PAS nie . . aku tgk dari jauh. . Tumbnagkan dulu Ketua Pondan dan Gengn T nie baru berbicara tentang perjuangan. . Ketua Pemuda warisan dulu bersedia untuk ke depan dalam pelbagai isu.. Ketua Pemuda Pondan nie ntah apa2 merepek

Tanpa Nama berkata...

TITM & Nasruddin Tantawi, wa cabar lu dua orang tunjukkan boleh menang atau tidak dalam PRU13 nanti.

wa rasa lu dua orang kalah punya.

Oleh itu, nasihat wa jgn sibuk nak pegang jawatan parti tetapi ditolak oleh pengundi.

daud berkata...

menang dlm parti tapi kalah dalam pru nak wat apa?

pemimpin pakatan rakyat majoritinya menolak kedua-dua pemimpin pahang tersebut.

Tanpa Nama berkata...

"ada banyak kaedah Islam anjurkan utk melantik pemimpin.."

memang pon byk kaedah, malah kaedah zaman uthman & ali pun ... byk fitnah disebarkan.

zaman abu bakar, sebenarnya umat Islam telah menerima Umar hasil dari cadangan Abu Bakar tetapi Umar merendah diri dan menyerahkan semula kepada Abu Bakar. Itu sebab umat Islam menerima Umar sebagai pengganti Abu Bakar.

Demikian cara yang diajar.

Bukan macam yang ada.

Waris berkata...

Pi mamposlah dengn pas kalau dah degil sangat. Tak ada beza undi pas atau umno. Dua2 melayu dan dua2 pun sama bangang. Kalau pas jahanam lepas ni maka bertanggungjawablah wahai hadi awang kerana kamu adalah kapten. Kalau rasa dah tak mampu kawal anak buah... berenti saja. Buat macam pak lah. Kami rakyat dah tak nak ambil peduli. Pas nak melingkup pun kamu punya pasal.

Zuones berkata...

Menang jawatan Ketua Pemuda tiada ertinya jika tewas dalam PRK ke 13 nanti... Perbetulkan diri anda dahulu...

tishroq berkata...

pemecah-belah PAS:
1) bloggers - contohya Greenboc, Tranungkite, dll
2) Kerajaan Perpaduan
3) ahli yang taksub dengan pemimpin tertentu - contohnya taksub dengan TGNA atau TGHH sampai tak boleh tegur
4) ejen Umno yang menyamar ahli Pas
5) pemimpin - no 5 sebab aku tengok kebnyakan diorang ni ok je sesama derang, pengikut je fanatic sgt..

Tanpa Nama berkata...

Apa mereka dapat dalam PAS..? Shahid..? Kamu sangka itukah matlamat merteka..? Fulush maaa... Tak da fulus, mamfush-laaa..

Mujur ada sosok seperti Mat Sabu dan Ust Nik ziz. Jika tidak, dah lama PAS aruah.

ST berkata...

waaahh benci nya lu org semua dgn KP dan TITM ... rileks..kalau mat sabu ada sokongan kuat, kempen byk mana oleh lawannya , dia tetap boleh menang... perwakilan bukannya bodo. diorang tau nlaa nak pilih sapa. lu org plak lebih2 kempen benci TITM, ust nasha dan KP...hape laaa

Tanpa Nama berkata...

banci terkini.. TITM 58% MS 36% NMI 6%.. penyokong NMI beralih kpd TITM.. sokongan kpd MS merosot sbb kempen terlalu agresif.. Naib 1)HM 2)NJ 3)SA 4)MO 5)IA 6)NA. HM & NJ beza 2-3%, SA & MO beza 10%+

Tanpa Nama berkata...

kita selalu dengar politik matang...Tapi bila bab pemilihan dah jadi tak matang plak...ape ke hee ni...jgan duk kalut2 sgat...perwakilan dah ada dalam kepala masing2 nak pilih sapa...dok kecoh wak per..hampas tul..tiba bab2 ni jadi boldoh lak....kalau sapa2 yang over sangat biasanya x lama...pancung la...apa susahhh...pakai otak tuuu...dok bising buat apa...haal rumah tangga kita...soseh2 sudah la...jangan riuh sekampung...itu pun nak kena ajar ker...

Tanpa Nama berkata...

nih banci ke mimpi? hang biar betul, banci Merdeka Centre ka?

Tanpa Nama berkata...

sedutan video menyebut ada 3pemimpin berucap. Pertama ust Hadi (presiden menang tanpa bertanding)dan kemudian ust nasa dan ust tuan ibrahim yang akan menentang satu sama lain.
Aku tak faham siapa kempen siapa. Takut macam cerita hantu dengan bayang-bayang.

hussin berkata...

Kalut betul... Bermula bila ni? Selepas mac 2008.

i. Pertemuan dalam gelap
ii. Kerajaan perpaduan
iii. Kepimpinan ulama tercabar
iv. Presiden dan timbalan presiden mesti ulama
v. Menambah keanggotaan dari kalangan yang bukan ulama
vi. Memperlekehkan fungsi majlis syura ulama (iv dan v)
vii. "memaksa" tuan ibrahim menerima pencalonan jawatan timbalan
viii Haron din - gandingan hadi-nasharudin masih mantap
ix. Harun taib - pilih ulama haraki untuk jawatan timbalan
x. Haron din pilih nasha
xi. Harun taib pilih tuan ibrahim (pilihang geng ganu)
xii. Bercelaru kerana "perpaduang"!!!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Tak pernah pas celaru seteruk ni. Ugv (virus ug) masih belum dineutalise lagi.

"perwakilan boleh tentukan sama ada mahu terus bersama pakatan rakyat atau kerajaan perpaduan" (tgna semasa mencadangkan muktamar khas dulu). Beliau tidak pernah berubah pendirian, hari ini beliau dipetik berpendirian yang sama!