26 Mei 2011

Tabie Kurniaan Ilahi Diubah Ikut Suka...

Mahu tukar nama lelaki

TIDAK KESAMPAIAN... hasrat Mohd Ashraf Hafiz untuk menukar jantina ditangguhkan keputusannya pada 18 Julai depan.

KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.

Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.

Horley dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara jiran. -hm

Ulasan GB

Tak tahu berapa lama dunia akan bertahan... tanda-tada kehancurannya telah terlalu nyata. Tabie kurniaan Allah diubah ikut suka.. astaghfirullah...



5 ulasan:

padwo berkata...

mungkin dia khunsa yang lebih cenderung kepada wanita.. ini bukan macam kes Fatine.. sebab itu dia disahkan layak oleh Hospital Putrajaya dan Pantai. tak mungkin 2 hospital pakar kerajaan dan swasta memberikan pengesahan hanya kerana emosi dia cenderung kepada wanita.. mungkin sebab tiada kepakaran membuang alat kelamin lelakinya di Malaysia, dia buat pembedahan di Thailand.. saya sendiri mempunyai seorang kawan seperti ini, sekolah agama lagi.. Filem Waris Jari Hantu pon memaparkan kisah yang sama, cuma tak sesuai sungguh watak yang dibawa Rushdi Ramli sebab nampak sangat dia shave misai.. :).. agama Islam sendiri mengakui perkara ini, tapi biasalah masyarakat kita ni hanya nampak benda buruk saja.. saya google, dah beratus blog dan beribu-ribu kutukan terhadap dia.. wallahua'lam

Tanpa Nama berkata...

Pandangan orang lain tidak sama dengan perasaan yang ditanggong oleh empunya diri.

Berbeza dengan manusia lelaki atau perempuan yang hidup normal. Mereka memerlukan pasangan yang normal dan bercakap tentang perkara yang normal juga. Itu adalah kebiasaan.

Kita biasa mendengar dan melihat perempuan nak jadi jantan, dan yang lelaki pula nak jadi betina.

Manusia yang mempunyai perasaan yang berbeza dengan jantina inilah yang dipanggil manusia songsang. Kelakuannya berbeza dengan perwatakannya kerana perasaan dan nafsunya menguasai setiap tindakan.

Ada juga manusia yang mengubah perwatakan diri lelaki jadi betina atau perempuan jadi jantan untuk menyamar dalam melakukan jenayah.

Tapi sebahagian manusia yang mempunyai perwatakan berlawanan dengan jantina itu yang perlu diberi perhatian khusus seperti diberikan kaunseling bagi mencari kebenaran, apakah ianya benar-benar tidak normal atau ada motif lain.

Tiada siapa yang lahir dalam dunia ini mahu bersifat cacat dari segi anggotanya atau perasaannya. Pertentangan diantara jantina dengan sikap adalah berpunca dari suara jiwa. Dan jiwa itu bersangkut paut dengan kerja allah terhadap manusia.

Oleh kerana itu kita tidak boleh menghina atau mengejek perubahan dalam diri mereka itu dan terus menghukum mereka seperti tidak menghargai kurniaan Allah, atau kita menuduh mereka sebagai pengikut kaum luth.

Jika anda rasa mereka manusia pelik jangan dekati mereka. Biarkan mereka menghabiskan sisa-sisa hidup dimuka bumi ini dengan cara nya kecuali mereka adalah penjenayah...

padwo berkata...

dulu digembar-gemburkan dengan adanya pejabat baru PAS di Jalan Raja Laut, PAS dapat mendekati golongan maknyah, pondan dan pelacur. sejauh mana dakwah ini berjalan? oleh kerana tiada publisiti, saya anggap tidak.

Tanpa Nama berkata...

pakai tudung tutup aurat tu..

Tanpa Nama berkata...

dlm kes seumpama ini sy kira patut kita berfikiran terbuka. cthnya kelahiran anak khunsa ada 2 jantina, apa jantina yg sesuai ditulis dlm surat beranak, lelaki/perempuan or khunsa?
adakah kita boleh tahu jenis hormon or naluri baby itu lebih cenderung kearah mana? kalau ada DR pakar boleh tentukan maka eloklah diletak jantina yg sesuai pada surat beranak baby 2 jantina itu. bagi sy kes ini agak sensitif dan hanya pakar shj yg boleh tentukan samada melawan hukum syarak atau sebaliknya.