20 Apr 2011

Video Seks: Kenapa Tiba-tiba Shuib Melenting Setinggi Siling?

Shuib cabar Anwar, dua pemimpin kanan PAS sumpah laknat

KUALA LUMPUR, 20 April — Bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR itu.

Selain itu, Shuib, salah seorang “Datuk T” turut mencabar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya melakukan perkara sama kerana bertindak menafikan kebenaran rakaman video itu tanpa pernah menontonnya.

Selain Shuib, dua lagi Datuk T adalah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang menggemparkan negara apabila mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Shuib menegaskan rakaman video seks itu perlu dijadikan bukti di mahkamah bagi menuntut keadilan.

“Mana nak cari empat saksi yang boleh dipercayai zaman sekarang ni, macam mana nak cari? Kalau Abdul Hadi dan Nik Aziz jadi saksi sudah tentu mereka tidak akan menyebelahi kami.

“Abdul Hadi dan Nik Aziz nak jadi saksi macam mana, belum tengok sudah kata fitnah... fitnah... fitnah... ustaz macam mana ni? Belum tengok sudah buat keputusan dan kata fitnah.

“Mereka tak tengok filem sudah kata fitnah... fitnah... fitnah... saya cabar Abdul Hadi, Nik Aziz termasuk Anwar Ibrahim sumpah laknat sebab kata video itu fitnah,” katanya.

Tambah Shuib, pihaknya juga mempersoalkan tindakan individu tertentu termasuk pemimpin Pakatan Rakyat yang bertindak menafikan kebenaran rakaman video seks itu tanpa menontonnya.

“Belum tengok sudah kata fitnah, saya juga cabar konco-konco mereka sumpah laknat juga... tengok dulu baru kata ini belum tengok sudah kata fitnah dan demi keadilan kena tengok dulu baru boleh cakap,” katanya.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa “Datuk T”.

Dalam perbualan ringkas itu, Shuib berkata pihaknya tidak berniat untuk menyebarkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Oleh itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai “tidak adil” kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan.

“Kita bukan tunjuk kepada awam tapi hanya kepada pemberita sebagai saksi jadi kenapa mesti kami dipersalahkan.

“Kita tahu salah tunjuk... jadi tak adil kalau nak dakwa kita sahaja sebab itu saya marah, kalau boleh kita dah sebarkan kepada ramai orang,” katanya.

Justeru kata beliau, selain memberikan keterangan di mahkamah, ketiga-tiga mereka sanggup menerima apa sahaja hukuman yang akan dikenakan nanti.

“Kalau salah tangkap sahaja kami tapi apa yang kita buat demi masa depan negara, agama dan bangsa... Anwar nak jadi perdana menteri tapi bolehkah orang yang berperangai macam syaitan dan tidak bermoral itu jadi perdana menteri?

“Bolehkah orang yang macam ini jadi perdana menteri, sebab itu kami buat pendedahan dan kami sanggup ke mahkamah, kami bukan cari salah tapi nak cari kebenaran,” katanya sambil menegaskan tidak bimbang sekiranya dikenakan kemungkinan di penjarakan.

Laporan media sebelum ini memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.

Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau. -TMI


Johari: 'Datuk Shuib pun tak percaya'

Ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang juga bapa saudaranya, juga tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditunjukkan kepadanya.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari.

Menurut Johari, Shuib hanya membawa beliau menonton video itu bagi membuat pengesahan sama ada lelaki dalam video itu benar-benar Anwar.

Malah, Johari mendakwa, Datuk Trio itu bukanlah tiga, sebaliknya hanya melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Johari menjangkakan beliau menjadi pilihan Datuk T kerana hubungannya yang rapat dengan beberapa pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tum Razak sendiri.

Selain itu, tambahnya, latar belakangnya sebagai "orang sembahyang" mungkin menyebabkan isu moral berkesan digunakan padanya.

"Saya memanglah stylish, tapi kami sembahyang. Memanglah macho, tetapi saya sembahyang," katanya berseloroh.

Sambil mendakwa apa berlaku sebagai konspirasi, Johari menafikan beliau meminta wang "pelincir" sebanyak RM100,000 untuk membawa lebih ramai wakil rakyat Pakatan menonton video seks.

"Takkanlah RM100,000. Kita ahli parlimen ni bukanlah lekeh sangat. Baik saya minta RM3 juta atau RM4 juta," katanya.

Ditanya sama ada beliau mahu menyaman Eskay dan Rahim, Johari enggan melukannya.

"Tak perlulah. Mereka pun old man," katanya lagi. -mk


Ulasan GB

Seorang lagi pendusta setelah Eskay berdusta sebelum ini.



Mengapa tiba-tiba Datuk Shuib Lazim komain melenting?

Bukankah sebelum ini, anak buahnya, Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani sendiri mendedahkan bahawa Shuib yang juga bapa saudaranya, juga tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditunjukkan kepadanya?

Jika apa yang dikatakan oleh anak saudaranya itu tidak benar, sudah pasti beliau telah membuat penafian sejak awal lagi.

Apa yang rakyat lihat kini, Eskay dan Shuib seperti "ditekan" oleh seorang lagi Datuk T supaya membuat kenyataan akhbar mengenai isu ini.

Orang itu cuba hendak mempastikan dia terselamat dan tidak ditahan serta didakwa di mahkamah. Kerana ia melibatkan kedudukannya yang masih memegang Pengerusi sebuah agensi kerajaan.



16 ulasan:

anti-zul noordin al-ghuyub berkata...

aikk Datuk T takut nampak...takkan x adil kot kalau kena hukum?...yang dok sebar dok tujuan mengaibkan orang tu adil ker? bengong punya statement... dengar apa ulama muda Umno ulas di you tube...
haram kita hebah aib orang...
saya dpt drpd blog bawah ni

http://pencacai-semalaysia.blogspot.com/2011/04/ulasan-ulama-muda-umno-tentang-video.html?sms_ss=facebook&at_xt=4da70f63306cc8f6%2C0

nanti kata bawak ulama PAS berat sebelah lak.....so dengar apa ulama muda UMNO ni ulas...lepas tu fikir2kan lah...

Tanpa Nama berkata...

depa dah mula kecut nak kena charge
takut nanti elaun mis . Tu la jangan dok suka aib orang sangat.

Tanpa Nama berkata...

Xpelah segalanya tgk pada niat gak tapi kalau datuk T berniat nak tunjuk kan salah laku pemimpin yang dikatakan berpotensi menjadi perdana menteri dan kuatir video rakaman itu akan digunakan pihak musuh untuk mengugut negara saya rasa tindakan mereka x salah...tunjuk pada wartawan terpilih untuk membuktikan bahawa mereka bukan memfitnah adlah tindakan yang bijak sekurang kurangnya wartawan2 ni boleh turut menjadi saksi di mahkamah kalau perlu...dah x der bukti datuk t yg sebar kan video ni kat yuotube...apa yg kecoh sgt...datuk t jgn risaulah

Tanpa Nama berkata...

patutnya dia orang la sumpah laknat kot....

Tanpa Nama berkata...

inilah golongan yg muflis di akhirat sok...nnti anwar akan tuntut balik hak dia di sana...
kalu hukum islam nak ikut logik palotak....batal wuduk sbb kentut ko basuhlah bontot tu...bkn basuh muka,tgn ,kaki sumer...rosak tul kalu pemimpin pikir mcm ni...

Tanpa Nama berkata...

Bila nak sumpah laknat nak guna Al-Quran. Perintah negara tak mau guna Quran dan Sunnah. Dah jadi huru haru baru nak guna Quran. Yang hang dok tayang gambar kat wartawan tu tak fikir kah bahawa ia dilaknat oleh Allah. Dah tak lama dah...BN akan berkubur.

anti-zul noording alghuyub berkata...

kah kah...malaun mana lak kata kalau ikut niat x per...mazhab atau kitab mana lu ikut?
inilah maslahah org kita..bab2 tu masih nak pertikaikan hukum..
macam dulu aku sebelum berangkat ke oversea..kat sini bertudung, tetapi jejak negara luar terus buka tudung...alasan..janji niat kat hati ni bersih...pundek punya alasan

Tanpa Nama berkata...

Tok2 Guru dalam PAS sentiasa mengajar dan berkuliah di masjid-masjid menjelaskan kefahaman kepada Ummah. sedangkan mereka ni...tak tau apa koje dok sebar benda-benda fitnah kat musuh politik mereka.. Tu lah jika hidup tak mau berguru atau menjadi guru.

bunbinban berkata...

hahaha..takut ek datuk? ginilah datuk, ngaku je la yg datuk ni gila. abis cite. tak kena charge cuma kena antor ke tanjung je. hahaha. lagi satu nak tanya datuk, tinggi benor moral pemimpin umno tu...hahaha...tepuk dada tanya kimma...hahaha

Tanpa Nama berkata...

setahu aku.. trend mengangkat sumpah laknat ni.. dilakukan oleh orang yang membuat fitnah. ni apsal Datuk ni nak suruh orang lain lak yang angkat sumpah laknat? senang citer.. sumer benda ni timbul sebab nak alih tumpuan DSAI dari terus berkempen kepada rakyat tentang keburukan BN. pilihanraya dah dekat.. ape lagi..

salehs berkata...

boleh rujuk tafsir quran utk pengesahan.

Surah Al-Qalam (10-16)
[10]
Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
[11]
Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
[12]
Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, -
[13]
Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
[14]
Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -
[15]
Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
[16]
(Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).

Tanpa Nama berkata...

Mana punya ayahanda ni? Wira melayu? Pooodaaahhh!!!

Tanpa Nama berkata...

Sudah-sudahlah Tok Ki Shuib. Hentikan perbuatan mengaibkan orang lain sebaliknya orang akan menilai wajah(perangai) hodoh kita sendiri. Tak usah nak berdolak dalik. Malulah kepada anak cucu sendiri. Sedarlah waktu umur 'emas' ni. Nanti dihukum maka harga 'emas'tidak bernilai lagi.

Martoiriat berkata...

Kata-kata Shuib dalam artikel ini ..“Mana nak cari empat saksi yang boleh dipercayai zaman sekarang ni, macam mana nak cari?
Kenyataan ini memang dangkal.Sudahlah tua, bodoh, beragama Islam pulak tapi cetek dalam hukum hakam. Zina atau liwat perlu empat saksi sebagaimana yang dituntut.

yes berkata...

Eskay dan Dato Shuib di tekan olih seorang lagi, persoalan nya siapa yang menekan dari atas. Pendek kata siapa yang pegang swiss?

Tanpa Nama berkata...

Bro Martoriat, wa sokong lu wa tambah skit, dia dah ngaku kalu ada empat saksi pun tak boleh pakai pasal semua saksi macam dia, satu sk, dua tambicik, tiga suiblazim,ampat bloger UMPORNO.

Nana