Suruhanjaya Siasatan yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock menegur penolong penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Ashraf Mohd Yunus (gambar) kerana tidak memberi kerjasama yang baik ketika memberi keterangan berhubung kes membabitkan setiausaha politik kepada exco Selangor itu.
Seorang anggota panel suruhanjaya itu, Datuk T.Selventhiranathan, yang juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan, berpendapat tindakan Mohd Ashraf itu lebih bersifat selektif kerana kebanyakan soalan yang dikemukakan kepadanya gagal dijawab.
“Saya lihat awak mengalami selektif memori... ini adalah kes penting. Mana mungkin seseorang yang terlibat dalam kes sebegini tidak ingat. Awak lebih banyak menyatakan tidak ingat. Saya harap saksi-saksi dapat membantu,” katanya pada prosiding siasatan hari ini.
Isu ini timbul apabila Mohd Ashraf, 27, iaitu saksi ke-20, tidak dapat menjawab kesemua soalan yang diajukan oleh pegawai pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud mengenai kelulusan peruntukan yang ditandatangani oleh Teoh yang menggunakan cop anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Bagaimanapun, Mohd Ashraf tidak dapat mengingatinya dengan berkata: “Saya tak ingat, sebab suara Teoh perlahan tetapi apabila kami meminta alamat e-mail Teoh, dia menulis di atas kertas.
“Saya tidak mengingat sebab banyak soalan diajukan oleh Arman,” katanya yang menjalankan siasatan untuk membantu pegawai SPRM Arman Alies.
Perkara itu turut disokong bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang kelihatan kesal dan kecewa dengan tindakan Mohd Ashraf yang enggan memberi kenyataan sewajarnya.
“Kenapa tak ingat... ini perkara penting kita tak mahu tunding jari kepada sesiapa. Kita hendak yang benar tapi kamu menjadikan perkara ini sebagai ‘‘anti-klimaks’’. Kalau benda yang penting kamu tidak ingat adakah kamu memerlukan 20 minit untuk mengingat kembali?” kata Abdul Kadir.
Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, yang juga Pengerusi Suruhanjaya Siasatan itu, kemudian menangguhkan prosiding selama 30 minit untuk membolehkan Mohd Ashraf meneliti kesemua fail dan dokumen dalam kes siasatan Teoh.
Dalam prosiding hari ini, Mohd Ashraf turut disindir oleh Awang Armadajaya yang bertanyakan kepada beliau adakah tugasnya sebagai pegawai penyiasat tidak penting dan beliau berkata: “Saya ditugaskan untuk membantu sahaja.”
Hakim Foong kemudiannya menegaskan sebagai penolong, beliau berperanan sepertimana pegawai penyiasat dan seharusnya mengetahui tugas-tugas sebagai pegawai penyiasat.
Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Suruhanjaya itu turut dianggotai Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat ‘‘keputusan terbuka’’ berhubung kes itu.
Prosiding disambung esok. — Bernama

7 ulasan:
Kesian, baru 27 tahun dah kena Alzheimer.
Itulah berkat do'a orang yang teraniaya. Allah Maha Kuasa tidak kira yang mengamalkan itu beriman atau tidak. Yang penting dia juga hamba Allah!
TBH wajar dinobatkan sebagai wira pakatan rakyat. Kerana TBH telah mengagalkan rancangan UBN dan SPRM untuk berhasil spt di Perak.
Si Ashraf ni patut dihadapkan ke panel perubatan supaya diberhentikan perkhidmatannya kerana masalah ingatan yang lemah dan makin lemah !
SPRM = Kelas Lemban
Satu spesis dgn bekas PM...tak ingat, putar belit.
macam mana boleh lulus ujian temuduga entah2 dapat kerja dengan adanya keble pehak atasan sprm patut siasat perkara ini!
Catat Ulasan